Jumaat, 28 Mac 2014

Teknik SEO terbukti dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada blogger

with 21 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama betul saya tak menulis cerita tentang SEO.. Sebabnya saya hanya berkongsi info tentang SEO berdasarkan pengalaman yang saya lalui.. Tanpa ada pengalaman terbaru, maka tiadalah entri terbaru berkaitan dengan SEO wujud di blog ini...

Pengalaman terbaru yang saya lalui dalam cabaran SEO ialah sewaktu menyertai cabaran Affiliate  Tim Infokerjaya..

Dalam persaingan cabaran Affiliate tersebut, semua peserta bebas untuk menggunakan strategi pemasaran masing-masing dalam usaha promosi.. Ada peserta yang mempromosikan ebook yang dijual dengan menggunakan strategi pemasaran email, Strategi pemasaran facebook, Twitter, Strategi pemasaran SEO, dan sebagainya.. 


"Encik Titan yang sememangnya terkenal sebagai otai dalam buat duit melalui blog juga tidak terkecuali menyertai cabaran affiliate ini, dengan mempraktikkan teknik SEO Merah Jambu yang telah beliau kuasai" 

Berdasarkan pemerhatian saya, strategi pemasaran yang dilakukan oleh kebanyakan blogger ialah dengan hanya menggunakan teknik SEO yang telah mereka kuasai.. Walaupun mereka hanya mempraktikkan teknik SEO, tetapi hakikatnya mereka mampu menyaingi usahawan-usahawan internet yang mempunyai pelbagai strategi pemasaran, terutamanya strategi pemasaran melalui email.

Lebih menggembirakan lagi.. dalam cabaran Affiliate Pakej Rujukan peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29, yang diadakan pada awal bulan ini diungguli oleh seorang blogger yang terkenal dengan kehandalan teknik seonya..

Berbekalkan satu blogpost sahaja, tanpa follow up email, dan mempunyai sebuah blog niche personal tetapi berjaya menghasilkan jualan hampir RM7000 dan menjadi Top affilliater dalam cabaran Affiliate tersebut..

 Blogger yang saya maksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah saudara Khairul Asrol... 

Dengan kehandalan teknik SEO yang beliau miliki, membolehkan blogpost beliau memprolehi 11,000 pageviews, 1282 klik ke website infoKerjaya dan berjaya menghasilkan 108 jualan dengan hanya berbekalkan satu blogpost sahaja. 

Senarai Top Affiliate dalam Cabaran PPTM F29
Kredit : Tim Infokerjaya

Lebih menggembirakan lagi, beliau juga turut memenangi Bonus berjumlah RM800 selaku pemenang tempat pertama cabaran tersebut.... Kejayaan beliau secara tidak langsung telah mengejutkan ramai otai-otai usahawan Internet, termasuklah admin Tim Infokerjaya sendiri.. Dengan kejayaan ini secara tidak langsung telah menjadikan beliau antara pakar seo yang dikagumi pada hari ini....

Senarai penerima bonus untuk Top 10 Cabaran Affiliate PPTM F29

Memang murah betul rezeki seorang blogger yang berjaya mempraktikkan teknik SEO dengan berkesan, seperti saudara Khairul Asrol.. Dalam tempoh masa tak sampai satu minggu Khairol Asrol berjaya menjana pendapatan melebihi RM4,000 berbekalkan hanya satu Blogpost sahaja...

Jom kita lihat bukti kejayaan Saudara Khairul Asrol melalui hasil carian beberapa keyword tentang Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29..


Berjaya mendominasi Keyword Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29


Di Tempat ke 3 melalui hasil carian Keyword Tips Lulus Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Dan beliau juga turut berjaya menempatkan blog beliau di page pertama hasil carian Google melalui beberapa keyword lain yang berkaitan dengan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29.. Sememangnya beliau layak untuk mengungguli cabaran affiliate yang dianjurkan oleh Tim Infokerjaya pada kali ini...

Tahniah diucapkan kepada Khairul Asrol dan juga blogger-blogger hebat yang lain yang saya kenali dalam senarai Top Affiliate PPTM F29 seperti Azrizam Mansor, Ahmad Nazmi, Mohd Shamsuriyadi, Ahmad Faizal Abi Setama dan lain-lain..  

Banyak ilmu berkaitan blog, SEO dan strategi pemasaran yang perlu saya pelajari daripada mereka...

Ya... Pencapaian saya dalam cabaran Affilate pada kali ini sama juga seperti dalam cabaran-cabaran affiliate sebelum-sebelum ini agak mengecewakan... Saya hanya mampu menghasilkan dua jualan sahaja, menyebabkan nama saya tidak layak untuk tersenarai dalam Top cabaran affiliate tersebut..

Nampaknya lepas ni saya kena lebih banyak belajar tentang SEO daripada pakar-pakar SEO yang terdapat di Malaysia seperti :


Sebagai seorang blogger, sangat rugi sekiranya kita tidak mempelajari ilmu SEO.. Kerana dengan mempunyai ilmu dan kemahiran SEO yang baik secara tidak langsung akan dapat menjadikan blog kita sebagai sumber pendapatan yang kedua... Malah mungkin satu hari nanti, pendapatan yang berjaya kita perolehi melalui blog (dengan bantuan teknik SEO) lebih lumayan berbanding pendapatan yang diperolehi melalui pekerjaan utama kita sekarang ini... 

Buktinya telah pun ada dihadapan mata... Saudara Khairul Asrol telah pun membuktikannya... Bagaimana beliau mampu menjana pendapatan melalui Blog melebihi RM4,000 dalam masa tak sampai seminggu dengan bebekalkan  satu blogspot sahaja...

Saya percaya semua blogger juga mampu melakukannya... Dengan syarat kita tak jemu dan berputus asa untuk belajar daripada mereka yang lebih arif... Good Luck untuk kita semua... ;)

P/S : Saya mula mengenali Saudara Khairul Asrol sewaktu saya menganjurkan Contest SEO My Kad Smart Shopper kerana beliau berjaya menjadi salah seorang pemenang Contest tersebut dengan menggunakan domain blog Broblogger.net


21 ulasan:

  1. Seo oh seo...byk lg nk kena menuntut ni...

    BalasPadam
  2. kapak .. memang power budak ni.

    BalasPadam
  3. Khairul Asrol ni memang power dengan teknik SEO. Terbaiklah..

    BalasPadam
  4. saya amat mengkagumi anak muda ini..terbaik dia tu

    BalasPadam
  5. elebihan SEO, memang terbaik :)

    BalasPadam
  6. bila pakar beraksi.... sangat mengagumkan..

    BalasPadam
  7. bila pakar beraksi.... sangat mengagumkan..

    BalasPadam
  8. rasa nak pitam tengok earning di atas tu, tudiaa eh. haha, hebat betul penangan seo ni kan, in sha Allah, akan cuba dipratikkan. Terima kasih atas perkongsian, semoga terus berjaya bro. Chayok chayok :D

    BalasPadam
  9. thanks bro sudi buat ulasan ni. saya masih belajar jugak bro. :)

    BalasPadam
  10. Saudara Khairol Asrul saya tahu melalui Blogger HH yang tag dalam salah satu status fbnya. Rupanya masih ramai lagi otai-otai yang saya masih belum kenal...

    BalasPadam
  11. Teknik yang bagus untuk SEO,

    Terbaik...

    BalasPadam
  12. tahniah buat saudara Khairul Asrol, memang beliau terbaiklah...

    BalasPadam
  13. kena caranya..memang mudah buat duit. hoho..

    BalasPadam
  14. Tahniah.
    Terima kasih kongsi ilmu.
    Banyak lagi yang saya perlu belajar.

    BalasPadam
  15. Hebat dan tahniah buat semua blogger yang berjaya dalam teknik SEO

    BalasPadam
  16. Memang nak kena belajar banyak tentang seo no. zero knowledge

    BalasPadam
  17. Power! Satu blogpost je boleh dapat macam tu :D

    BalasPadam
  18. otai the lejen..khairul...terbaik...

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra