Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Saya rasa tentu ramai yang dah tahu, sekarang ni sedang berlangsungnya #MYCYBERSALE : Jualan Online terbesar di Malaysia yang bermula dari 26 September sehingga 30 September 2016.
Kemeriahan #MyCyberSale sudah mula di rasai di seluruh negara, apabila kebanyakan laman web sudah mula buat promosi secara besar-besaran. Termasuk laman web BookCafe.com.my
Kemeriahan #MyCyberSale sudah mula di rasai di seluruh negara, apabila kebanyakan laman web sudah mula buat promosi secara besar-besaran. Termasuk laman web BookCafe.com.my
Sumber : BookCafe.com.my
Disebabkan saya ni peminat buku, jadi bila ada event macam ni, dah tentulah saya akan mengambil peluang ini untuk window shopping di laman-laman web yang ada menjual buku.. ;)
Koleksi Buku Perubatan Islam Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dalam #MYCYBERSALE
Koleksi Buku Perubatan Islam Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dalam #MYCYBERSALE
Semasa saya Window Shopping di laman web BookCafe.com.my, saya tertarik melihat Koleksi Buku Perubatan Islam Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.
Seperti yang kita semua sedia maklum, Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din baru sahaja meninggalkan kita pada minggu lepas. Walaupun arwah sudah tiada lagi, tetapi buku-buku penulisan beliau terutamanya dalam bidang perubatan islam masih boleh di jadikan panduan dan rujukan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Sekiranya anda mencari Buku Perubatan Islam Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din untuk dijadikan sebagai koleksi dan rujukan, mungkin anda boleh mendapatkan buku-buku tersebut.

1. KAEDAH MERAWAT SAKA
- Saiz: 6" x 9"
- ISBN-13: 978-967-411-300-1
- Tarikh Terbit: 13 Nov 2014
- Jumlah Muka Surat : 104
- Berat (kg): 0.21
- Penulis: Dato' Dr. Haron Din & Tuan Hj. Mokhtar Hassan
- Harga Selepas Diskaun : RM15.30
Sumber : https://bookcafe.com.my/en/agama/
Sinopsis buku Kaedah Merawat Saka
Saka merupakan makhluk halus yang diwarisi daripada leluhur seperti ayah, nenek, atau datuk dalam keadaan sedar ataupun tidak. Saka atau jin yang diwarisi kebiasaannya memerlukan waris bagi memberi makanan atau persembahan kepadanya. Makhluk ini kemudiannya diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi berikutnya apabila waris mengabaikannya. Ini mungkin terjadi kerana leka atau waris tidak mengetahui kewujudannya.

Dalam syariat Islam, bergantung kepada jin dan syaitan adalah dilarang dan boleh membawa kepada syirik. Seperti yang disebut dalam surah Al-Jin ayat 6:
"Dan sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga, dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan daripada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."
Kaedah-kaedah rawatan dalam buku ini adalah panduan berdasarkan pembelajaran dan pegalaman penulis. Dinasihatkan para pesakit supaya mendapatkan perhatian daripada pengamal perubatan Islam yang diyakini pegangan syariatnya.
Isi Kandungan Buku Kaedah Merawat Saka
Bab 1: Makhluk Halus
Bab 2: Saka
Permulaan Saka
Tujuan Memelihara Saka
Gangguan Saka
Bab 3: Mengatasi Gangguan Saka
Mengenal Pasti Gangguan Saka
Rawatan
Pemutus Saka
Bab 4: Pendinding daripada Gangguan Jin dan Syaitan
Pagar 1: Amalan Pada Waktu Pagi & Petang
Pagar 2: Amalan Sebelum Tidur
Pagar 3: Pagar Rumah dan Kediaman
Bab 5: Soalan Lazim
Bagaimana hendak mengetahui seseorang itu mewarisi saka?
Bolehkah saka dibuang?
Bolehkan kita membiarkan saka sekiranya ia tidak menganggu?
Bolehkah kita menerima saka sekiranya tidak berjaya membuangnya?
Bolehkah berubat dengan orang yang menggunakan jin atau khadam bagi membuang saka?
Bab 6: Pengalaman Merawat Pesakit Saka
Pelajar IPT
Eksekutif Syarikat Swasta
Pegawai Syarikat SwastaPenutupRujukan
Al-Quran
- Saiz: 6'' x 7.5''
- ISBN-13: 978-967-366-200-5
- Tarikh Terbit: 30 Apr 2013
- Jumlah Muka Surat : 128
- Berat (kg): 0.25
- Penulis: Dato' Dr. Haron Din & Tuan Hj. Mokhtar Hassan
- Harga Selepas Diskaun : RM15.30
Sumber : https://bookcafe.com.my/en/agama/
Sinopsis buku Kaedah Merawat Santau
Santau adalah amalan sihir yang sering menghantui masyarakat khususnya di Malaysia. Walaupun teknologi berubah dan semakin canggih, gejala santau masih berleluasa. Masyarakat pula menjadi keliruapabila mahu mendapatkan penyembuhan, antara berjumpa dengan bomoh, ataupun pengamal perubatan alternatif yang mengikut landasan syariat.

Saban tahun, semakin ramai pesakit datang bertamu, dan seiring dengan itu juga, semakin bertambah pengamal perubatan yang diiktiraf. Buku ini terhasil berdasarkan ilmu dan amalan para penulis dalam merawat penyakit-penyakit yang disebabkan santau, sejak tahun 1980-an. Darussyifa' sendiri terkenal sebagai antara pelopor perubatan alternatif di Malaysia.
Buku Kaedah Merawat Santau ini adalah ikhtiar yang dilakukan demi membantu pesakit bagi menghadapinya. Sesungguhnya Allah s.w.t. juga menyembuhkan setiap penyakit para hamba-Nya, seperti ucapan Nabi Ibrahim a.s. dalam surah As-Syu'arakayat, ayat 80 yang bermaksud:
"Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku."
Isi Kandungan Buku Kaedah Merawat Santau
Bab 1: Pengenalan kepada Santau
Bab 2: Mengenal Pasti Pesakit Santau
Bab 3: Rawatan Santau Menggunakan Kaedah Tepuk Daun Nangka
Bab 4: Pantang Selepas Rawatan Tepuk Daun Nangka
Bab 5: Ubat Herba bagi Pesakit Santau
Bab 6: Rawatan Penyakit Berkaitan
Bab 7: Pemutus Ubat
Bab 8: Pendinding Diri, Keluarga, Kediaman, dan Harta
Bab 9: Mengetahui Pembuat Santau
Bab 10: Persediaan Rawatan
Bab 11: Soalan Lazim
Bab 12: Pengalaman Pesakit Santau
Kesimpulan
Lampiran
Rujukan
Biodata Penulis
3. KAEDAH MERAWAT SUSUK
- Saiz: 6" x 9”
- ISBN-13: 978-967-411-661-3
- Tarikh Terbit: 30 Jan 2016
- Jumlah Muka Surat: 88
- Berat (Kg): 0.20
- Penulis: Dato' Dr. Haron Din & Tuan Hj. Mokhtar Hassan
- Harga Selepas Diskaun : RM15.30
Sumber : https://bookcafe.com.my/en/agama/
Sinopsis buku Kaedah Merawat Susuk
Buku Kaedah Merawat Susuk ini berkenaan amalan orang zaman dahulu yang memakai susuk untuk tujuan tertentu. Susuk adalah amalan kebiasaan orang kita semenjak dari dahulu lagi. Ia adalah ilmu yang diamalkan yang mempunyai unsur syirik dan mengandungi unsur makhluk halus.
Buku ini dapat menjadi pedoman kepada pembaca supaya sedar dan dapat berfikir dengan waras dan elakkan daripada amalan syirik. Kebiasaanya, Orang yang memakai susuk mengalami kesukaran ketika hendak meninggal dunia. Dalam Al-Quran ada menyatakan,
“Tidak lambat sesaat, atau cepat sesaat.” Apabila sampai ajal, Allah s.w.t. memberi peringatan kepada orang yang sihat supaya mengambil iktibar tentang apa yang berlaku kepada pesakit yang meninggal dunia yang memakai susuk.
Isi Kandungan Buku Kaedah Merawat Susuk
BAB 1: PENGENALAN
- Susuk dari segi bahasa
- Susuk dari pandangan pengamal perubatan Islam
- Susuk dan ilmu kebatinan lain
- Hukum memakai susuk
- Susuk dari penemuan perubatan moden
BAB 2: SUSUK
- Tujuan memakai susuk
- Jenis-jenis susuk
- Pemilihan susuk
- Lokasi pemakain susuk
- Proses pemakaian susuk
- Pantang pemakai susuk
- Pantang makanan
- Pantang perubatan
BAB 3: RAWATAN
- Mengesan lokasi susuk
- Mengeluarkan susuk dengan pembedahan
- Mengeluarkan susuk dengan ruqyah dan bahan alami
- Peringatan
- Mengatasi gangguan makhluk halus
BAB 4: PENGALAMAN PENGAMAL SUSUK
Kisah 1 – pekerja am
Kisah 2 – bekas penyanyi
Kisah 3 – suri rumah
BAB 5: PENDINDING DIRI
- Amalan pada waktu pagi dan petang
- Amalan sebelum tidur
- Pagar rumah dan kediaman
BAB 6: SOALAN LAZIM
- Benarkah seseorang yang memasang susuk terhalang rohnya untuk meninggal dunia sehingga sakit tenat yang lama?
- Apakah kesan terhadap pemakai susuk selepas susuk dibuang?
- Bolehkah seseorang itu memakai susuk untuk tujuan keselamatan diri ataupun tujuan kesihatan?
- Adakah kaedah implant benang emas menyamai susuk? Adakah ia dibenarkan dalam Islam?
- Apakah hukum suntikan botox untuk tujuan kecantikan?
BAB 7: ALTERNATIF KEPADA SUSUK
- Petua untuk sihat dan kelihatan muda
- Doa-doa amalan pilihan
RUJUKAN
Sekiranya berminat untuk mendapatkan Koleksi Buku Perubatan Islam Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din ini, sila klik link di bawah:
Sekiranya berminat untuk mendapatkan Koleksi Buku Perubatan Islam Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din ini, sila klik link di bawah:
Semoga segala ilmu yang ditinggalkan oleh Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din melalui penulisan-penulisan beliau dapat menjadi saham akhirat beliau ketika berada di akhirat nanti. Sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan ahli-ahli Syurga.
"Dan apabila matinya seseorang anak Adam itu, maka terhapuslah segala amalannya di dunia, melainkan tiga perkara iaitu:
- sedekahnya yang berterusan,
- ilmu yang memberi faedah, dan
- Hadis Sohih-
- anak-anak soleh yang mendoakannya kelak."
- Nak Belajar Buat Blog Dengan Blogspot? CUMA RM2 Sahaja!
- Merdeka Sales dan Promosi Buku Sejarah di BookCafe.com.my (Sehingga 31 Ogos 2016)
- ANTARA BUKU-BUKU YANG BARU DILANCARKAN DI PBAKL 2016
- Pesta Buku Online - Flash Sale RM1 (29 April hingga 9 Mei 2016)
- Kisah Hidup Graduan Politeknik ditulis dalam buku "Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya"
- Pakej Combo Pemasaran Internet.. Tengah murah sekarang ni.
- Seminar Tajwid Luar Biasa di Kuala Lumpur dan Johor Bahru
11 Ulasan
Allhamdulillah... buku2 yg sgt menarik... nice review
BalasPadammeninggalnya ulama meinggalkan ilmu berpanjangan. memang menarik buku2 ini utk jadi koleksi
BalasPadampergh! kaw kaw harga sale dia :D
BalasPadamsangat menarik dan berbaloi
BalasPadamPerginya ulama seperti tuan gutu meninggalkan banyak ilmu untuk diwakafkan..betapa hebatnya beliau
BalasPadamIlmu yang berterusan adalah saham di akhirat nanti
BalasPadambuku-buku yang sangat heabt nie..rugi kalau tak beli
BalasPadamNak beli buku koleksi arwah ust Haron Din.
BalasPadamIlmu tentang kaedah perubatan Islam ni sangat mahal. Memang patut kita baca. Mungkin kita tak akan jadi seorang perawat, namun setidak-tidaknya lepas baca buku-buku ni kita dapat bezakan mana satu perawat yang benar dan yang patut kita lari jauh-jauh
BalasPadambanyaknya buku hasil penulisan Ustaz Haron Din...harga pun berpatutan..
BalasPadamAlhamdulullah. Saya sudah ada kesemuanya..
BalasPadam