Khamis, 18 Ogos 2016

Suami ku seorang 'Cleaner' Homestay

with 27 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Suami ku seorang 'Cleaner' Homestay.. Hahaha... Macam best jer tajuk ni kan? Agak-agak ada tak penulis Novel yang berminat nak pilih tajuk ni untuk novel terbaru mereka?.. 

Tentu tak lah kan.. Maklumlah kerja sebagai 'Cleaner' Homestay bukanlah pekerjaan yang glamour seperti Ustaz, Jururawat, Kapten, Playboy, Encik Sotong dan lain-lain.

Tetapi mungkin inilah salah satu kerjaya pilihan saya, bila saya pencen nanti... In Shaa Allah kalau panjang umur...  


Suami ku seorang 'Cleaner' Homestay... Boleh buat tajuk novel terbaru tak? hehehe
Bilik Tidur Utama - Pak Ya Homestay 1

Al-kisah Suami ku seorang 'Cleaner' Homestay

Pada hari Ahad baru-baru ni saya sempat meluangkan masa untuk membersihkan Pak Ya Homestay 1 dan Pak Ya Homestay 2 bersama ayah mertua saya. 

Kebetulan pula semasa saya berada di kampung baru-baru ni kedua-dua Homestay tersebut ada orang yang menyewa...
Jadi, seperti biasa sekiranya aktiviti membersihkan dan mengemas homestay dilakukan ketika saya berada dikampung, kenalah join sekali... Dapatlah juga menolong meringankan kerja ayah mertua saya... Betul tak? 

Membersihkan dan Mengemas Pak Ya Homestay 1 seawal pukul 7.00 pagi

Sebenarnya ini kali pertama saya dan ayah mertua membersihkan homestay seawal jam 7.00 pagi.. Ini disebabkan ada penyewa nak masuk Pak Ya Homestay 1 pada pukul 9.00 pagi.. Fuhh Awalnya..

Memang awal pun... Tapi ni kira oklah juga, daripada pemanggil yang menghubungi ayah mertua saya nak masuk homestay pada jam 12.00 malam .... Huhuhu...  Memang tak sanggup lah kan? 12.00 malam tu.. Masa orang sedap-sedap nak tidur... Tiba-tiba nak kena kemas homestay pula... 

So, yang nak masuk pukul 12.00 malam tu terpaksalah ayah mertua saya tolak... Tapi yang nak masuk pukul 9.00 pagi ni ayah mertua saya terima.. Itupun setelah mempertimbangkan anak kecil yang dibawa oleh penyewa...

Kesian... Bertolak dari Kelantan pada pukul 11.00 malam.. Sampai di Batu Gajah Perak dalam pukul 5.00 pagi bersama seorang baby berumur 1 tahun lebih... Untuk tidak menghampakan penyewa, kami pun segera membersihkan homestay pada pukul 7.00 pagi, supaya penyewa dapat masuk pada pukul 9.00 pagi.

Bilik Tidur Ke 2 - Pak Ya Homestay 1


Bilik Tidur Ke 3 - Pak Ya Homestay 1

Ruang Tamu - Pak Ya Homestay 1

Ruang makan - Pak Ya Homestay 1

Alhamdulillah... Lebih kurang pukul 8.30 kerja-kerja membersihkan dan mengemas Pak Ya Homestay 1 selesai dilaksanakan. 

Syukur Alhamdulillah... Mujur Sempat.. Fuhhh.. ;)

Tumpang gembira melihat reaksi wajah kegembiraan penyewa ketika masuk ke dalam homestay kami. Semoga mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan. In Shaa Allah..


Membersihkan dan Mengemas Pak Ya Homestay 2 pada jam 10.00 pagi

Penyewa Pak Ya Homestay 2 dah bagi tahu nak keluar awal pada pagi hari Ahad. Mungkin ada hal yang perlu diselesaikan setelah 3 hari tinggal di homestay tersebut.

Jadi, pada pukul 10.00 pagi saya dan ayah mertua saya pergilah membersihkan dan mengemas Pak Ya Homestay 2.

Sewaktu membersihkan Pak Ya Homestay 2 taklah stress sangat seperti ketika membersihkan dan mengemas Pak Ya Homestay 1. Sebab tidak ada orang yang menghubungi ayah mertua saya untuk menyewa Pak ya Homestay 2 pada hari tersebut.

So, legalah sikit yer... Boleh buat kerja dengan relax, tak perlu mengejar masa..

Ruang makan - Pak Ya Homestay 2

Ruang dapur - Pak Ya Homestay 2

Ruang Tamu - Pak Ya Homestay 2

Bilik ke 2 - Pak Ya Homestay 2

Alhamdulillah... Dalam pukul 11.30 dapat selesaikan kerja saya sebagai seorang 'Cleaner' Homestay pada hari tersebut. 

Nak kata penat sangat tu taklah.. Mungkin rezeki saya agak baik hari tu, sebab homestay tak terlalu kotor. Jadi, kerja-kerja untuk membersihkan dan mengemas homestay tidak mengambil masa yang lama.


Peluang Pekerjaan Sebagai seorang 'Cleaner' Homestay

Untuk makluman pembaca budiman. 'Cleaner' Homestay merupakan salah satu peluang pekerjaan yang boleh di ceburi oleh anak-anak muda, terutamanya bagi mereka yang sedang mencari kerja.

Peluang pekerjaan sebagai 'Cleaner' Homestay ni biasanya banyak terdapat di kawasan-kawasan tertentu seperti berkut: 
Dekat kawasan-kawasan yang saya senaraikan di atas terdapat berpuluh-puluh homestay yang sentiasa bersedia untuk dibersihkan. Disamping itu, terdapat ramai lagi pemilik rumah yang berminat untuk menjadikan rumah mereka sebagai homestay, tetapi tidak ada orang yang ingin menguruskannya.

Berdasarkan kepada keadaan ini, sebenarnya ada banyak peluang pekerjaan yang tidak diiklankan secara terbuka. Iaitu dengan menjadi seorang "Cleaner" Homestay.

Pendapatan seorang 'Cleaner' Homestay

Saya ada membuat survey tentang upah yang diterima oleh seorang 'Cleaner' Homestay di Seri Iskandar Perak. Kadar Upah yang mereka terima daripada pemilik Homestay adalah sekitar RM50 setiap kali membersihkan dan mengemas sebuah rumah.

Hmmm.. Lumayan juga tu.. 

Cuba bayangkan kalau kita buat servis 'Cleaner' Homestay untuk 10 buah homestay. Cukuplah 10 buah homestay dulu sebagai permulaan.

Katakan purata penyewa untuk setiap homestay adalah 10 hari sebulan.
10 hari sebulan X 10 rumah = 100 kali 
100 kali membersihkan dan mengemas Homestay dalam masa sebulan. 

Setiap kali membersihkan Homestay dapat bayaran RM50.
RM50 X 100 kali = RM5000 sebulan.
Banyak juga kan?. Potensi pendapatan sehingga RM5000 sebulan.

Purata masa yang diperlukan untuk membersihkan dan mengemas sebuah rumah adalah 1 jam setengah hingga 2 jam.

Katakan kita ambil purata masa maksimum 2 jam untuk sebuah rumah. Jadi, masa kita bekerja sebulan adalah selama 200 jam.
200 jam /30 hari = 6.67 jam sehari tempoh bekerja.
oklah tu kan?... Masa selebihnya boleh dimanfaatkan untuk aktiviti harian yang lain..
..
..
..
..

Mungkin ini merupakan salah satu cabang kerjaya saya apabila dah pencen nanti...
Servis 2 dalam 1 -> Pengiklanan homestay dan 'Cleaner' Homestay

Masa tu isteri saya akan berkata :
"Suami ku seorang 'Cleaner' Homestay"

Anak-anak saya pula akan berkata :
"Ayah ku seorang 'Cleaner' Homestay"

Tak salah kan? Asalkan dapat rezeki yang halal.

Oklah... Cukuplah setakat ini tantang perkongsian saya angan-angan saya tentang peluang kerjaya sebagai seorang 'Cleaner' Homestay. Jumpa lagi di lain waktu.. Semoga apa yang saya kongsikan kali ini dapat memberi manfaat kepada orang lain. In Shaa Allah..



Info Berkaitan:

27 ulasan:

  1. ada homestay memang sudah lumayan

    BalasPadam
  2. haha..ada kot orang nk buat tajuk novel..

    kalau 5000 sblan.. ok sgt kerja ini..

    BalasPadam
  3. Lumayan sungguh. Memang patut kita ceburi bidng pembersihan ni. Cuma bukan semua sanggup sebab kena mengemas dan mencuci.

    BalasPadam
  4. Kalau penyewa jenis yang jaga kebersihan, senang kerja :D Kalau dapat penyewa yang kemas rumah dulu sebelum keluar lagi bagus, kan

    BalasPadam
  5. Teringin nak ada homestay sendiri...kewangan belum mengizinkan lagi

    BalasPadam
  6. bapa mertua pun mesti bangga ada 'menantuku seorang cleaner homestay'..terbaek bro.

    BalasPadam
  7. wah, homestay terbaik..menantu mithali..

    BalasPadam
  8. tuan boleh juga buat kerja-kerja cleaner ini..tetapi sebagai tauke..cari pekerja

    tak perlu tunggu pencen kecuali pencen muda

    BalasPadam
  9. Cameron Highlands Muslim Homestay
    019 621 2160 AziziCameron
    http://aziziyatisurianalavender.blogspot.my

    BalasPadam
  10. Cameron Highlands Muslim Homestay
    019 621 2160 AziziCameron
    http://aziziyatisurianalavender.blogspot.my

    BalasPadam
  11. Homestay kami di MELAKA

    www.4rhomestay.blogspot.com

    BalasPadam
  12. Homestay kami di MELAKA

    www.4rhomestay.blogspot.com

    BalasPadam
  13. Menarik juga ni. Siapa yang memerlukan bantuan untuk mengemas dan pembersihan homestay selepas digunakan boleh contact sy. Hahaha. Pendapatan sampingan ^_^ Kihkih.

    BalasPadam
  14. Bagus article ni. Beri idea yang baik. Memang agak sukar cari cleaner Homestay.
    Saya juga ada homestay di Pulau pinang, dekat uitm
    www.facebook.com/teratakputeri

    BalasPadam
  15. Menarik jugak kan jadi cleaner homestay. Macam nak try buat jugak je.hehehe

    BalasPadam
  16. Perghhhh... Boleh tahan gak dia punya income jadi cleaner homestay ni.. rabun mata jap tengok pengiraan tu.. haha

    BalasPadam
  17. ini terbaik sebab gaji halal Allah amat suka..rezeki tu bukan muah nak dapaat.asal kerja jangan memilihkan

    BalasPadam
  18. besar rumahnya. emm lumayannya gaji hehe...
    kecing kecing kecing... duit masukkkk

    BalasPadam
  19. besar juga ya nampak homestay tu. Katil pun sedap empuk je nampak.

    BalasPadam
  20. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  21. homastay memang kene ada seorang yg menguruskannya nak pula kalau owner tinggal agak berjauhan.

    BalasPadam
  22. kami ada dua homestay di Tangkak. Kadang-kadang kesian jugak ayah yang kena bersihkan setiap kali ada customer yang nak masuk.

    Anak-anak yang lain dah bekerja.

    kalau ada yang berminat memang dialu-alukan.

    BalasPadam
  23. Yang di Perak khususnye kawasan sekitar Sri Iskandar n Bota...ade tak yg perlukn cleaner homestay?sy sedang bantu seorang wanita yg kini berusia 64 tahun...masih gagah bkeje...skrg beliau bekeje kontrak pembersihan d uitm...tp dsebabkn umo da 64 tahun, kontrak smpai hujung tahun 2017 ni. Beliau tiada ape2 sakit syukur alhmdulillah...harap de pluang rzeki pkerjaan utk beliau.Lesen motor pun ada & beliau masih menunggang motosikal. Jika ade, hubungi sy d 0163303642 ~ Mas

    BalasPadam
  24. saya perlukan org yg boleh kemas homestay di taman sri pulai dan taman teratai johor bahru. minat http://wasap.my/60127293727

    BalasPadam
  25. Saya perlukan pengemas homestay 2 bilik saya di teluk batik lumut.. Siapa sudi boleh contact saya 0195741907

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra