Selasa, 7 Jun 2016

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1437H

with 12 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, kita masih lagi dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk bersama-sama menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan pada tahun ini.

Seharusnya kita rasa bersyukur... Kerana mendapat peluang sekali lagi... Berbanding sahabat-sahabat kita, kenalan-kenalan kita dan saudara mara kita yang tidak berpeluang untuk bersama-sama kita pada tahun ini... Kerana terlebih dahulu pergi menghadap Illahi.. 

Jangan lupa Sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita.. Semoga roh mereka di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman... Amin...  


Baiklah... Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1437H!

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1437H
Kredit : Pusat Islam PSIS

Saya ingin memohon maaf, sekiranya ada salah dan silap... Jika selama ini ada tulisan saya atau tindakan saya dalam tidak sedar telah menyinggung perasaan anda, saya menyusun sepuluh jari mohon kemaafan.

Semoga segala dosa kita akan terhapus dan semua ibadat yang kita lakukan di bulan yang penuh mulia ini diberkati Allah SWT.

Dalam bulan puasa inilah masanya untuk kita berjuang sehabis baik untuk beribadat dan berniaga serta mencari keredhaan-NYA agar hidup kita sejahtera.

Ganjaran Puasa di Bulan Ramadhan
Peluang terbentang luas dan Ganjaran yang bakal menanti kita di Bulan Ramadhan

Semoga di bulan yang penuh mulia ini kita akan beroleh keberkatan dan rezeki yang berlipat ganda dari Yang Maha Esa.

Semoga Ramadhan tahun ini akan memberi seribu keberkatan dan sama-sama kita dapat melipat gandakan amalan kita... In shaa Allah..

12 ulasan:

  1. Selamat berpuasa dan mengerjakan ibadah didalam bulan puasa.

    BalasPadam
  2. Selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia ini

    BalasPadam
  3. Selamat berpuasa utk Anuar dan keluarga. :D

    BalasPadam
  4. selamat berpuasa diucapkan, semoga ibadah kita diterimaNya dan lebih baik dari sebelumnya

    BalasPadam
  5. Selamat Berbuka Puasa, salam kenal

    BalasPadam
  6. Selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa.

    BalasPadam
  7. Selamat berpuasa bro dan keluarga.. semoga amalan diterima Allah Di bulan mulia ni...

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra