Khamis, 30 Jun 2016

Nak Makan Laksa Sarawak lagi? Kena tunggu lepas Ramadhan..

with 7 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Kira-kira 5 tahun yang lalu, saya dan isteri pernah bertugas di Mukah, Sarawak. Lama juga kami bertugas di sana. Dari April 2006 sehingga Jun 2011. Adalah dalam 5 tahun 2 bulan... 

Sepanjang berada di bumi Sarawak...  Antara makanan kesukaan saya ialah Laksa Sarawak, Umai,  mee kolok, Kek Lapis Sarawak, Ikan Terobok masin, Lobster , SIET (Ni Paling Tak Suka..Tak pernah makan pun.. Hahaha), Tebaloi dan sebagainya... 

Tapi,  bila dah duduk dekat Semenanjung ni...  memang dah lama betul tak rasa makanan -makanan tersebut... Adalah dekat 5 tahun kot...

So, nak dijadikan cerita baru-baru ni masa tengah jalan-jalan cari makan dekat Shah Alam (Sebelum Bulan Ramadhan)... Terjumpa pula satu Restoran yang menjual aneka jenis masakan Sarawak... 

Restoran ini dikenali sebagai Dapur Sarawak. Terletak di Seksyen 7 Shah Alam.

Dapur Sarawak Seksyen 7 Shah Alam
Dapur Sarawak Seksyen 7 Shah Alam



Menu makanan Sarawak yang terdapat di Restoran Dapur Sarawak


Tanpa melengahkan masa... Isteri saya pun orderlah semangkuk Laksa Sarawak dan semangkuk Mee Kolok Sarawak.. memang dah lama betul tak merasa kedua-dua makanan ni... Hmmmm Tak sabarnya nak makan... pada masa tulah... hehehe

Laksa Sarawak di Semenanjung Malaysia
Laksa Sarawak di Shah Alam Selangor

Mee Kolok Sarawak di Semenanjung Malaysia
Mee Kolok Sarawak di Shah Alam, Selangor

Saya pula order nasi Manok Panggang jer... Lebih kurang nasi ayam penyet rasanya.. Di Sarawak ayam dipanggil sebagai 'Manok'.. Jadi, memang betullah ni nasi ayam penyet.... hehehe.. ;)

Nasi Manok Panggang ....

Alhamdulillah... Semua masakan yang kami order memang sedap... Rasa sama macam masa kami makan dekat Sarawak dulu...

Menu air yang terdapat di Restoran Dapur Sarawak

Air pun sama... Tak kurang hebatnya... Memang sedap... Air tea "C" Special (3 Layer Tea) yang saya order juga tidak mengecewakan... Rasa sama macam masa saya minum dekat Sarawak dulu... ;)

Air tea "C" Special (3 Layer Tea) yang tengah tu menjadi pilihan utama saya...

Secara keseluruhannya... Saya dan isteri rasa puas hati dapat makan di Restoran Dapur Sarawak, Seksyen 7 Shah Alam.

Antara pelanggan yang mengunjungi Restoran Dapur Sarawak,Seksyen 7 Shah Alam.

Dekorasi Restoran Dapur Sarawak membuatkan seakan-akan kita sedang menikmati hidangan di Kuching Sarawak.

Sekiranya ada kesempatan datang ke Shah Alam, mungkin boleh singgah lagi ke Restoran ini... Tapi selepas bulan Ramadhan lah yer.... 

Sebab semasa kami makan di sana... Ada notis pemberitahun yang ditampal... Memaklumkan Restoran ini tidak dibuka sepanjang bulan Ramadhan tahun ini...

Info Berkaitan:

7 ulasan:

  1. Tempat menarik ni.. Saya yang duduk shah alam pun xtau.. Ade tempat baru yg boleh disinggah.. Terima kasih atas perkongsian.. Hehe

    BalasPadam
  2. tak sangka tuan pernahberkhidmat di serawak..

    pelik jer kan bunyi mkanannya..takpe janji sdap..

    BalasPadam
  3. nak jejak sarawak, entah bila. menarik gak dtg sini. hehe

    BalasPadam
  4. first time dengar nasi monok pangang tu...

    BalasPadam
  5. Macam best ja... ayam tu nampak sedap, big portion

    BalasPadam
  6. Dah pergi tempat ni. Laksa Sarawak mmg bukan selera tekak saya... huuu

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra