Sabtu, 30 April 2011

Jualan Murah Lobster dan Udang Galah di Mukah..

with 9 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... (Tak jawab dosa ;)

Hari ni dah masuk hari ke 6 Pendaftaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular di buka.. Setakat ini sambutan yang diberikan oleh rakan-rakan blogger sangat menggalakkan.. Ini membuatkan saya jadi bersemangat untuk menganjurkan pertandingan ini..

Terasa lama betul nak tunggu 31 Mei untuk menutup tempoh pendaftaran dan seterusnya membuat satu entri tentang senarai peserta yang mendaftar untuk diundi.. Walaubagaimanapun manusia berpegang kepada janji.. Kalau saya tutup penyertaan ini dengan lebih awal, nanti ada rakan-rakan blogger yang rasa terkilan sebab tak sempat nak join..

Memandangkan ini merupakan kali pertama saya menganjurkan pertandingan ini.. Sasaran peserta pertandingan ini dalam lingkungan 100 orang blogger.. ;)

Oklah kita berbalik kepada tajuk entri pada kali ini iaitu "Jualan  Murah, Lobster dan Udang Galah di Mukah"


Bulan April ini ada berlaku satu aktiviti menarik di Mukah Sarawak iaitu Pesta Kaul.. Biasanya pada masa ini, kaum nelayan mendapat hasil tangkapan laut yang agak banyak..

Pada pagi Rabu hari tu, selepas menghantar anak-anak ke rumah pengasuh mereka... Saya dan isteri sempat "Window shopping" di Pasar Mukah.. ;)

Hasil daripada "window Shopping" kali ni memang berbaloi.. Kami dapat membeli udang galah dan Lobster dengan harga yang murah berbanding kebiasaannya..

Lobster di jual dengan Harga RM25 Sekilogram

Walaupun Lobster (Udang kara) yang saya beli kali ni agak kecil.. Tapi berbaloi dengan harga yang diperolehi.. Paling penting dapat rasa makan Lobster dengan harga yang murah..

Udang Galah Di jual dengan harga RM30 untuk 2 longgok..

Udang Galah Sepit Biru ni memang terkenal di Mukah Sarawak.. Bagi sesiapa yang bergelar kaki pancing tu memang seronok duduk dekat sini.. Kalau ada rezeki memang hari-hari dapat bawa balik Udang Galah ke rumah.. Tapi kalau bukan musim udang, agak susah juga nak dapat udang ni... Kalau tak dapat udang jangan kecil hati.. Sebab ada strategi lain untuk menggembirakan hati isteri di rumah... ;)

Caranya... dengan memancing udang di Pasar Mukah dengan berumpankan wang ringgit.. hehehe.. Ini merupakan satu tips kepada kaki-kaki pancing untuk menyejukkan hati isteri di rumah.. ;)

Lagipun udang-udang yang dijual di pasar Mukah ni kebanyakannya hidup-hidup lagi.. Jadi tak nampak sangat lah yang kita memancing udang di pasar Mukah.. ;)

Jadi pada minggu ini.. menu makan malam kami adalah udang dan Lobster.. Tapi hari tu tak sempat pula nak tangkap gambar udang masakan isteri saya..

Cuma sempat tangkap gambar masakan Lobster.. Lobster masak stim..

Lobster masak Stim..

Masa awal-awal saya sampai dekat Mukah... Tak tahu macamana nak masak Lobster ni.. Masak pun ikut kepala sendiri sahaja.. Bila dah masak, nak makan pula tak reti.. Nak buka macamana Lobster ini pun tak tahu..

Tapi sekarang bila dah duduk lima tahun di Mukah ni.. Alhamdulillah dah pandai dah..

Mungkin anda boleh baca entri koleksi saya di blog sembang hari2.. tentang Lobster ni.. Sekiranya berminat anda boleh layari pautan di bawah:-

::: Macamana Cara Nak masak Lobster (klik di sini)

9 ulasan:

  1. wah!!sgt murah la!!best gle..adoi la..kat sini..mahal tue..

    BalasPadam
  2. Baru malam tadi makan Lobster + Udang Galah masak Asam Pedas.. Keenakannya hingga menjilat jari.. Yummmi..

    BalasPadam
  3. rm25 sekilo. murah tuuu...ni yg tak sabo nak gi nih

    BalasPadam
  4. terliur tgk lobster ..nak2 murah lak tu

    BalasPadam
  5. Caranya... dengan memancing udang di Pasar Mukah dengan berumpankan wang ringgit.. hehehe.. Ini merupakan satu tips kepada kaki-kaki pancing untuk menyejukkan hati isteri di rumah.. ;)<-ajaran sesat betul..hahahaaa.. lainkali suami nk gi mancing pastikn x bwk duit lebih utk beli udang..hehe

    BalasPadam
  6. udang!! kegemaran AcHiKz tu.. goreng dengan garam kunyit pun dah puas hati.. SEDAPNYA~~

    BalasPadam
  7. hi hi nice to meet you here, thanks for viewing my blog, hope to see your visit again soon, have a nice day !! =D

    BalasPadam
  8. Lmenye ta update blog , teringin kirim lobster

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra