Rabu, 20 Februari 2013

Kek Lapis Sarawak..

with 8 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Pada pagi ni tiba-tiba saya teringat dekat Kek Lapis Sarawak yang "nyaman" (sedap) tu... Maklumlah dah lama tak makan makanan tradisional ini...


Semasa tinggal di Mukah Sarawak dulu, Selalu dapat makan ke Lapis.. Sebab mudah nak beli kek lapis dekat sana... Lagipun ramai juga kawan-kawan atau penduduk Mukah yang rajin buat kek lapis... 

Kebetulan pula anak saya tinggal dekat rumah pengasuh (orang Sarawak).. Jadi kalau pengasuh atau saudara mara beliau buat kek lapis, dapat lah kami tumpang makan sekali... hehehe...

Paling senang nak makan kek lapis ni semasa menyambut Hari Raya Puasa.. Berkunjunglah dekat mana-mana rumah, mesti ada dihidangkan kek lapis.. Kek lapis seakan-akan satu hidangan wajib yang perlu ada pada setiap rumah apabila menyambut Hari Raya Puasa.. Kadang tu kekenyangan disebabkan banyak makan kek lapis.. 

Ialah.. mana taknya.. Pergi rumah A, ada kek lapis Evergreen dan Idola.. Pergi rumah B pula ada kek lapis Zigzag dan Coklat.. pergi rumah C pula ada kek lapis Chess Coklat dan sisik ikan.. dan sebagainya.. Kadang tu dekat satu rumah yang kami kunjunngi ada menyediakan macam-macam jenis kek lapis.. Takkan setakat nak tengok jer... Mesti teringin nak rasa punya..  Lebih-lebih lagi anak saya kedua, Adam.. Yang cukup suka makan kek lapis Sarawak..


Disebabkan keenakan kek Lapis Sarawak... Ada beberapa orang rakan/isteri rakan dari semenanjung yang sama-sama bertugas di sana belajar membuat kek lapis.. Dan apabila dah mahir ada yang mengambil tempahan untuk mencari pendapatan sampingan menjelang musim perayaan.. 

Salah seorang daripadanya adalah Nadrah... Isteri kepada rakan sekerja saya Che Deen...

Sekarang ni, walaupun Che Deen telah berpindah ke semenanjung.. Tetapi isteri beliau tetap meneruskan perniagaan mengambil tempahan kek Lapis Sarawak... Ini merupakan satu berita baik kepada orang semenanjung yang berminat nak merasa makan kek Lapis sarawak...

Tak perlu pergi ke Sarawak pun boleh beli dan makan kek lapis Sarawak.. Macam-macam jenis kek lapis boleh ditempah melalui beliau.. Antaranya ialah:
  1. Kek lapis Evergreen 
  2. Kek Lapis Idola
  3. Kek Lapis Purnama
  4. Kek lapis Zigzag 
  5. Kek Lapis Coklat
  6. Kek lapis Chess Coklat 
  7. Kek Lapis Sisik ikan
  8. Kek Lapis Horlick
  9. Kek Lapis Horlick Milo
  10. Kek Lapis Kopi Susu Dangdut
  11. Kek Lapis Setiaraja
  12. Kek Lapis Chindai
  13. kek lapis Intan terpilih
  14. Kek lapis Strawberi



Jangan risau tentang rasa dan kualiti kek lapis yang dihasilkan... Walaupun orang semenanjung yang buat, tapi rasanya tetap sama dengan buatan asli Sarawak.. Maklumlah berguru dengan orang Sarawak.. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. 

Selain daripada mengambil tempahan kek lapis, beliau juga ada kongsikan cara-cara membuat kek lapis di Fanpage Facebook perniagaan beliau... Gambar-gambar di bawah merupakan sebahagian gambar yang dapat saya kongsikan tentang cara membuat kek lapis Sarawak.. 

Proses 1 membuat kek lapis Sarawak (Lapisan 1)

Proses 2 membuat kek lapis Sarawak (Lapisan 2)

Proses 3 membuat kek lapis Sarawak

Tetapi untuk mendapatkan maklumat lanjut, tentang proses tersebut, saya syorkan anda mengunjungi Fan Page beliau.. 

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Nadrah melalui:

Tel            :  012-7863396
Email        :   cargas.mnia@gmail.com
Facebook  :  https://www.facebook.com/LayersMNIA

P/s: Sekiranya anda merasakan info ini bermanfaat, diharap sudi memberi sokongan kepada Kementerian Pelancongan Malaysia untuk mempromosikan makanan dan tempat-tempat menarik di Malaysia.. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini 

8 ulasan:

  1. banyaknya kuih lapis.. boleh buat tempahan bila ada open house nanti hehe

    BalasPadam
  2. macam2 jenis kek lapis sarawak ada rupanya. kalau buat tempahan lebih baik rasanya, boleh mintak kurangkan manis.

    BalasPadam
  3. terima kasih tuan atas artikel yang tuan tulis..

    Insya Allah kepakaran kami menghasilkan kek lapis Sarawak yang bermutu dan sama kualiti kepada mereka yang berminat..

    untuk makluman semua, ketika ini kami di Layer's MNIA akan fokuskan pada produk yang kami namakan Idola MNIA Layers Cake yang akan berada di pasaran..

    untuk tempahan selain produk di atas, kami masih terima pada saiz 8inci x 3 inci..

    feel free to like us at https://www.facebook.com/LayersMNIA

    terima kasih kepada En Anuar dan saya doakan blog ini terus dilawati oleh sahabat handai..

    Salam ceria

    Che Deen

    BalasPadam
  4. untung la...
    kat mana2 ada kek lapis sekarang nie...
    sesuai untuk musim perayaan..
    tapi lambat lagi musim beraya...

    BalasPadam
  5. pehh, macam2 kek lapis ada sekarang ye.

    BalasPadam
  6. hemmm,,,maknyussss,nampak sangat lezat sekali kue lapisnya,boleh saya bagi lah dikit

    BalasPadam
  7. Mantapya makan kue di pagi2 sambil ngopi

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra