Isnin, 9 Mei 2016

HARI TERAKHIR PBAKL 2016 DAN CARTA TOP 10 EBOOK KLIKJER APRIL 2016

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam entri pada kali ni saya nak share tentang dua info...

Info pertama tentang Hari Terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016

Seperti yang tertera dalam banner di bawah... Hari ni 9 Mei 2016 merupakan hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016. 
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)

Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk pergi ke PBAKL2016, anda masih boleh pergi ke Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS).

Majlis Perasmian penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016 akan diadakan pada jam 5.00 petang ini. Bolehlah datang di sekitar masa tersebut. Manalah tahu ada rezeki anda boleh dapat peluang beli buku diskaun di saat-saat akhir.

Biasanya ada publisher jual buku pada harga lelong pada masa tu, sebab nak let go semua buku-buku yang ada. Alasannya, sebab nak 'clear'kan stock! Tak nak bawa balik buku-buku yang berat. ;)

P/S : Inilah antara rahsia kenapa ada sesetengah orang suka pergi ke Pesta Buku di saat-saat akhir... Jangan bocorkan rahsia ini ye!! Biar Kita-kita jer yang tahu.. K ;) 


Info Kedua tentang Carta Top 10 Ebook Klikjer April 2016

Tadi cerita tentang buku fizikal.. di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016

Sebenarnya terdapat banyak cara nak promosi buku fizikal, antaranya: 

Sekarang ni saya nak cerita tentang buku digital pula... atau dikenali sebagai ebook.. cara nak promosikannya ada satu cara sahaja.... Iaitu secara Online..

Pagi tadi saya menerima email daripada Admin laman web Klikjer.com

Antara kandungan email tersebut, ada info tentang Carta Top 10 Ebok Klikjer sepanjang Bulan April 2016.

Berikut merupakan cartanya... Kedudukan carta tersebut adalah berdasarkan bilangan unit ebook yang terjual sepanjang bulan April 2016. 

1. BisnesAiskrim.com 


2. RahsiaTaobao.com  


3. IGKaboom.com  


4. PikatLelaki.com  


5. BisnesAirBalang.com  


6. SuamiUnggul.com   


7. RahsiaSolat.com   


8. PanduanMuet.com   


9. FormulaKurus.com   


10. SistemSaham.com    


Apabila melihat kepada carta tersebut... Tentu ramai yang berminat nak tahu.. Kenapa ada sesetengah ebook ni begitu laris terjual macam goreng pisang panas?. Ada pula yang tidak... Sedangkan kesemua ebook tersebut diterbitkan oleh penerbit yang sama iaitu Klikjer.com

Anda ingin tahu rahsianya?

Inilah salah satu sebab kenapa saya suka mengumpul maklumat-maklumat berkaitan dengan carta Top 10 jualan produk-produk bagi sesuatu syarikat... Tidak lain tidak bukan adalah untuk membuat perbandingan tentang beberapa elemen yang dapat membantu melariskan jualan sesuatu produk secara online... 

Baiklah... Saya nak share sedikit info tentang strategi jualan ebook berdasarkan sedikit analisis yang telah saya lakukan... Pastinya agak berbeza dengan strategi jualan buku Fizikal... Ini kerana ebook dijual secara online manakala buku fizikal boleh dijual secara online dan juga offline.. 


Strategi Menjual Ebook secara Online


1. Grafik yang menarik
Grafik yang dapat mempengaruhi jualan secara online terbahagi kepada 3 jenis grafik iaitu:
  • Banner yang menarik macam contoh-contoh di atas - Boleh diletakkan pada blog atau laman web yang mempunyai Niche yang sama dengan sesuatu produk
  • Laman web Jualan yang menarik - Design laman web jualan dapat memukau pengunjung supaya selesa dan tertarik untuk terus kekal membaca kandungan laman web dari A-Z. 
  • Cover Ebook yang menarik - Cover ebook yang menarik dapat menambat hati seseorang untuk "Jatuh Cinta" pandang pertama. Kata orang panahan mata boleh jatuh ke hati..  ;)..  Ia dapat diumpamakan sepeeti istilah ini "Cintailah seorang wanita kerana budi pekertinya,  Tetapi kalau wanita tersebut juga mempunyai wajah yang cantik,  sudah tentu ia dapat menjadi bonus kepada tuan yang empunya diri"

2. Copywriting yang mampu memukau pelawat menjadi pembeli 

Setelah Grafik dah mantap, tugas seterusnya akan digalas oleh Copywriting (ayat Jualan) yang dapat memukau pengunjung laman web menjadi pembeli.
"Copywriting bermaksud, seni penulisan untuk mempersembahkan produk atau servis dalam bisnes. Objektinya cukup mudah. Buat pelanggan faham tentang apa sebenarnya kelebihan sesuatu produk."
Struktur Copywriting adalah seperti berikut:

a. Headline
Headline adalah ayat pertama yang prospek baca. Jadi kegunaan headline adalah sangat penting. Jika anda perhatikan, headline adalah pencetus utama audien atau prospek terus membeli setrusnya membuat pembelian produk anda.

Pendedahan Perkataan Ajaib - Ayat POWER

Contoh perkataan ajaib yang mampu memberikan impak yang baik dalam ayat power pemasaran.
  • Siapa
  • Apakah
  • Adakah
  • Mahukah
  • Bagaimana
  • Rahsia
  • Mengapa
  • Pendedahan
  • Terbongkar
  • Cipta
  • Eksklusif
  • New / Baru
  • Penting
  • Jalan Pintas
  • Ketahui
  • Bukti Kukuh
  • Formula
  • Terbukti
  • Berkesan
  • Automatik
  • Langkah Demi Langkah
  • Ledakkan
  • Letupkan
  • Limpahan
  • Terhad
  • Peluang
  • Luar biasa
  • Laris
  • Habis / Sold Out
  • Sulit
  • Rahsia Dalaman
  • Strategi
  • Tips
  • Teknik
  • Terkini
  • Laporan lengkap
  • Hak eksklusif
  • Khas
  • Ajaib / Magic
  • Sistem
  • Kuasai
  • Perhatian
  • Penyelesaian

NOTA: Masukkan Kombinasi 2 hingga 3 perkataan ajaib ke dalam Headline, untuk memberi impak yang lebih berkesan di hati pembaca. Contohnya:
  • Rahsia Terbongkar!
  • Pendedahan Sulit!
  • Rahsia Sulit Terbongkar!
  • PENTING! Ketahui Rahsia
  • dan lain-lain



b. Sub-Headline
Sub-headline biasanya digunakan untuk membantu headline. Sesetengah produk perlukan lebih penerangan, disinilah fungsi sub-headline. Menekankan lagi maksud utama pada headline.

Contoh-contoh Headline dan Sub-Headline adalah seperti berikut:

Headline dan Sub-headline untuk BisnesAiskrim.com 
"Panduan Jana RM5K Sebulan Secara Part Time dengan Bisnes Aiskrim
Tengah Cari 'Side-Income' Yang Boleh Menjana RM5k Sebulan Secara Part-Time Pada Hujung Minggu Tanpa Perlu Berhenti Kerja Serta-merta? 
Tahukah Anda? Anda boleh menjana pendapatan sampingan sehingga empat angka sebulan dengan hanya berniaga ais krim? Baca sampai habis untuk ketahui bagaimana caranya.." 
Sumber : BisnesAiskrim.com


Headline dan Sub-headline untuk RahsiaTaobao.com
"Panduan Import Barang Dari China Secara Online 
Ingin tahu bagaimana cara memborong barang dari China secara Online? 
Saya akan tunjukkan anda Bagaimana anda boleh memborong barang dari China, dengan hanya duduk di depan Komputer anda, serta bagaimana menjana untung besar dengan bisnes borong ini!" 
Sumber : RahsiaTaobao.com


Headline dan Sub-headline untuk IGKaboom.com  
"Panduan Tingkatkan Follower & Letupkan Jualan Di Instagram 
Khas Untuk Anda Yang Nak Berniaga Di Instagram! 
Ketahui Bagaimana Mendapatkan 10,000 Real Follower Dan Letupkan Jualan Anda Menerusi Instagram Dalam Hanya 5 Minggu!"
Sumber : IGKaboom.com  

Soalan Cepu Emas : Berdasarkan 3 contoh di atas, dapatkan anda mengenal pasti yang mana satu Headline dan yang mana satu Sub-Headline?


c. Body Copy / Content
Product Descriptions (Kelebihan, Kekuatan, Keunikan)
Dalam bahagian ini kena tulis secara panjang lebar menceritakan tentang kelebihan, kekuatan dan keunikan produk. Pengisian perlu padat dengan fakta dan apa yang membezakan diantara produk anda berbanding produk-produk lain yang terdapat di pasaran.


d. Closing
Closing biasanya terbahagi kepada 3 perkara iaitu:
  • Testimoni - Boleh letakkan sebarang testimoni pengguna produk. Jika tidak ada, abaikan bahagian tersebut.
  • Bonus @ DiscountBeri sebarang bonus atau diskaun jika ada
  • Call to Action - Beberapa cara yang sesuai. Boleh call, sms, whatsapp atau apa-apa cara yang sesuai.
NOTA PENTING: Ikut kesesuaian bisnes dan produk!

Contoh :
  • Headline: KURUS DALAM TEMPOH 7 HARI! TERBUKTI BERKESAN!
  • Sub-headline: Tanpa Perlu Berdiet, Tanpa Perlu Berlapar & Tanpa Perlu Sebarang Ubat!
  • Body Copy / Content - Isi kandungan penting dalam menyampaikan info tentang produk. Kebanyakan copywriting yang digunakan memfokuskan tentang… Masalah & Penyelesaiannya!
  • Closing - Ini adalah antara bahagian penting. Selepas menerangkan banyak perkara tentang produk, penting untuk anda buat jualan. Disinilah fungsi closing. Antara point penting yang biasa digunakan ialah Membuat tawaran produk, Menawarkan harga terbaik, Menawarkan diskaun atau bonus, Kemudian membuat 1 arahan yang jelas bagaimana untuk mendapatkan produk anda.
NOTA PENTING: Ikut kesesuaian bisnes dan produk!

Nak tengok lebih banyak contoh... Boleh klik mana-mana contoh laman web yang terdapat dalam senarai Carta Top 10 Ebook Klikjer April 2016...
  1. BisnesAiskrim.com 
  2. RahsiaTaobao.com  
  3. IGKaboom.com  
  4. PikatLelaki.com  
  5. BisnesAirBalang.com  
  6. SuamiUnggul.com   
  7.  RahsiaSolat.com   
  8. PanduanMuet.com   
  9. FormulaKurus.com   
  10. SistemSaham.com    
Kenal pasti macamana menulis Headline, Sub-Headline, Isi kandungan Body Copy /Content dan Closing. 

Kesemua laman web ini telah terbukti mampu menghasilkan jualan... Dan mampu memberikan impak yang positif kepada pembeli...

Terima kasih kerana sudi membaca... semoga bermanfaat..

Info Berkaitan:

4 ulasan:

  1. Bisnes Aiskrim tu, panas2 gini memang ramai yang cari kan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu! Dekat sekolah anak tu berebut-rebut pelajar sekolah nak beli ais krim..

      Padam
  2. sayang tak sempat ke sana. hujung minggu lalu anak2 demam, tak kemana kami

    BalasPadam
  3. uuuuuu. tak berkesempatan nak pergi T.T

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra