Jumaat, 2 Oktober 2015

Pengalaman Membeli BUKU MURAH Secara Online!

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 2 Minggu lepas, saya ada membeli buku secara Online menerusi laman web Bookplanet.com.my.

Dah tentulah MURAH... Sebab tu lah saya beli....

Kalau tak murah, mungkin kena fikir 4-5 kali dulu baru nak beli..

Buku-buku yang dijual di laman web tersebut, hampir kesemuanya diterbitkan oleh True Wealth Sdn. Bhd. sebuah syarikat penerbitan milik Jurulatih Jutawan Malaysia... 

Siapa  lagi?... Tak lain dan tak bukan dah tentulah Azizi Ali.. 

Buku-buku Terbitan True Wealth Sdn. Bhd. ni biasanya mahal.. Tapi kali ni ada jualan penghabisan STOK... Saya pun ambil kesempatan ini untuk membeli buku-buku Promosi tersebut...


Senarai Buku Terbitan True Wealth Sdn. Bhd. yang saya beli secara Online


9 Buah buku kesemuanya.... Setiap buku saya beli pada harga RM6.00... Jumlah harga kesemuanya RM54.00.. Campur Shipping Cost RM9.00, jadi RM63.00.... Oklah tu kan?  

Antara buku-buku yang berbaloi sangat saya beli ialah:


Serius! memang berbaloi sangat beli buku ni secara Online pada harga RM6.00... Sebab buku ada dijual dalam Versi Ebook + Audio pada harga RM69.00.. Kalau TAK PERCAYA boleh KLIK DI SINI

So, nampak... Berapa banyak penjimatan yang berjaya saya dapat sekarang ni.... Ini baru satu buku, belum lagi buku-buku yang lain.... 

Dan yang bestnya lagi....

Hari ni saya beli.... Hari ni juga buku-buku tersebut di bungkus dan dihantar ke syarikat penghantaran.... 


Status Pembelian buku-buku yang saya beli secara Online...

Memang pantas betul servis yang diberikan.... Bab ni saya puji sangat-sangat...
Sebab saya dapat Tracking Code penghantaran dalam masa beberapa jam selepas selesai melakukan pembayaran secara Online....

Dalam tempoh satu hingga 2 hari, buku-buku yang saya oder pun sampai...

Buku-buku yang saya oder dihantar dengan menggunakan Pos Laju...

Saya letak alamat pejabat, semasa order buku-buku tersebut..
Kawan saya yang tolong ambilkan bungkusan ni...

Ramai rakan-rakan sepejabat saya yang Excited nak tahu isi kandungan Kotak ni...

Bila bungkusan di buka...First sekali saya tengok Invoice...

Invoice yang saya terima..

Kawan-kawan saya pula, tak sabar nak tengok buku...



Hasil Membeli BUKU MURAH Secara Online! RM6.00 jer sebuah.. Ok lah kan?

Bila kawan-kawan saya tengok harga Buku yang saya beli.... Pada mulanya, dia orang macam tak PERCAYA.. Tapi itulah realitinya.... RM6.00 sahaja sebuah...

Lepas tu ada yang siap pesan lagi... Lepas ni kalau nak beli buku secara Online, jangan lupa ajak dia orang join sekali... ;)

So, kepada pembaca blog ini yang ingin membeli buku-buku murah seperti saya.... Anda masih berpeluang untuk mendapatkannya sebelum jam 12.00 malam ini...

TAPI...

Bukan di laman web Bookplanet.com.my

Sebaliknya menerusi laman web Bookcafe.com.my

SERIUS... Murah giler...

Sempena #MYCYBERSALE - Jualan Online TERBESAR di Malaysia (28 Sept - 2 Okt 2015).. Yang akan berakhir pada hari ini...

So, kepada peminat-peminat buku seperti saya.... Inilah masa terbaik untuk menambah koleksi buku di rumah anda... ;)

Ingat ya... Nak beli buku murah... Kena beli sekarang sehingga jam 12.00 malam ini... Atau kena tunggu tahun depan sehingga #MYCYBERSALE datang lagi... 

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra