Selasa, 22 Mac 2016

Bagaimana membeli buku secara online dengan menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)?

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah...

Ramai Pelajar Institut Pengajian Tinggi telah pun menerima Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M). Termasuk para pelajar Politeknik di tempat saya bekerja... Apabila BB1M mula diagihkan pada hari ini.


Lakonan penerimaan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) oleh rakan sekerja saya... ;)

Jelas terpancar kegembiraan di wajah para pelajar apabila menerima Baucer buku tersebut. Tentulah seronokkan.. Bila masing-masing dapat Baucer buku bernilai RM250 seorang.

Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M). Setiap pelajar mendapat 5 keping baucer buku bernilai RM50

Sebelum ini, Baucer Buku 1 Malaysia boleh digunakan di mana-mana kedai buku yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia.. Termasuk rangkaian perniagaan Mydin.. 

Tapi Pada tahun ini, Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) juga boleh digunakan untuk membeli buku secara Online.


Bagaimana membeli buku secara online dengan menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)?


Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) boleh digunakan untuk membeli buku secara Online di laman web bookcafe.com.my

Sumber : bookcafe.com.my

Cara Nak Membeli Buku Secara Online dengan menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) di laman web Bookcafe.

1. Layari Laman web bookcafe.com.my

2. Cari Banner Indie Box seperti dalam gambar di bawah. Dan Klik Banner tersebut. 

3. Pilih Naskah buku, samada 2, 5, 7, 10 atau 12.

4. Pilih Pembayaran secara BB1M 

5. Pos BB1M ke Bookcafe
Maklumat/Salinan Dokumen Yang Perlu Dihantar kepada Bookcafe
Sumber : Klik Di Sini


6. Terima Buku yang dipesan menerusi Pos Laju.

Langkah-langkah Membeli Buku Secara Online dengan menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) di laman web Bookcafe.

Jadual Bilangan Buku yang boleh dipilih mengikut Bilangan BB1M 


Walaubagaimanapun terdapat Terma dan Syarat untuk membeli buku secara online dengan menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M).


Terma & syarat

1. Hanya buku dalam kategori Indie Box sahaja layak menikmati tawaran Indie Box.

2. Pembelian 5 naskhah ke bawah tiada free shipping. Pelanggan perlu menanggung kos pos buku secara berasingan (bayar secara bank-in).

3. Pilih kuantiti buku yang tepat dengan nilai BB1M iaitu RM50 = 2 buku, RM100 = 5 buku, RM150 = 7 buku, RM200 = 10 buku, RM250 = 12 buku.

4. Hanya pemilik BB1M yang sama untuk 1 pesanan. Tidak boleh campur BB1M milik orang lain dalam pesanan yang sama.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini

Semoga info ringkas ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar IPT yang ingin membeli buku dengan cara yang lebih mudah, iaitu secara Online..

"Usah Berkira Belanja Wang Untuk Buku

Sewaktu kecil, saya belanjakan wang yang yang diberi ibu bapa saya untuk beli buku pada hari minggu.

Saya Banyak membaca Buku Bahasa Inggeris, jadi sebab itu saya fasih dalam pertuturan Bahasa Inggeris. Dari kecil lagi saya meletakkan kepercayaan tinggi, apabila kita buat berulang kali untuk sesuatu perkara, jika dapat tidak, kita akan jadi cekap, termasuk membaca buku.
Jika anda banyak membaca, otak anda makin cekap. Apa yang anda bakal capai 3-5 tahun, adalah dari apa yang anda baca sekarang. Usah berkira untuk belanja wang ringgit untuk dapat bahan bacaan. Nilainya bukan apa yang kita keluarkan (Wang Ringgit), tetapi apa yang kita akan dapat nanti (ilmu)."
-Tun Dr Mahathir Mohamad-
Sumber : Majalah Niaga

Semoga pesanan mantan Perdana Menteri ini akan menjadi pendorong buat seluruh rakyat Malaysia, supaya rajin membaca buku. Melalui pembacaan, secara tidak langsung akan dapat memberi nilai tambah secara berterusan dalam diri kita. In Shaa Allah..  


2 ulasan:

  1. owh bagusnya boleh tebus dgn online je.

    BalasPadam
  2. Yang susahnye nk postkn baucer ke store dia Tu..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra