Jumaat, 20 Disember 2013

Memborong buku Selama 2 Jam Di Big Bad Wolf Book Sale

with 9 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada hari Sabtu baru ini, semasa menyertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia, saya berkesempatan untuk memborong buku di Big Bad Wolf Book Sale..



Saya sempat menjejakkan kaki ke Big bad Wolf Book Sale pada jam 1.00 petang.. Iaitu ketika waktu rehat bagi event mini seminar Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia ... Inilah peluang terbaik yang saya ada, untuk membeli buku-buku yang dipesan oleh isteri, ayah mertua, adik ipar dan anak-anak saya...

Pintu Masuk Big Bad Wolf Book Sale..


Seperti yang dijangka, harga buku yang dijual di Big Bad Wolf Book Sale memang murah-murah belaka.. Para pengunjung boleh membeli buku-buku pada harga Discount 75% sehingga 95%,.. Bagi peminat buku seperti saya, memang rambang mata dibuatnya...

Para pengunjung begitu sibuk memilih buku-buku Di Big Bad Wolf Book Sale..

Laluan Sesak..
 
Memang rambang mata dibuatnya... 

Lebih menarik lagi buku-buku yang pernah saya beli sebelum ini seperti A-Z Blogger : Tips untuk blogger wanita, Buat Duit Dengan Blog dan Buat Duit Dengan Affiliate pun ada dijual di sini.. Masa saya beli dulu, buku-buku ni dijual pada harga RM14.00.. Masa tu dah rasa murah dah sebab dapat diskaun sekita 10-20%... Tapi, dekat sini kebanyakan buku-buku tersebut dijual pada harga RM5-RM6 sahaja... Sangat murah.. ;)

Sebagai contoh, Buku Urus Bisnes dengan Google ni... Harga Asal RM25, dekat sini dijual pada harga RM6... Discount 76%.. Banyak tu..


Buku Urus Bisnes dengan Google

Dan ada bermacam-macam jenis buku lagi, yang kebanyakannya dijual pada harga RM5-RM6... Kalau saya ada lori dan ada banyak duit, rasa nak borong kesemuanya... Supaya cita-cita saya untuk mempunyai sebuah perpustakaan mini dekat rumah dapat direalisasikan dengan kadar segera



Koleksi buku-buku Bahasa Melayu dijual pada harga RM5-RM6 sebuah..

Selain buku Bahasa Melayu, saya juga tertarik dengan buku-buku masakan.. Buku-buku masakan berkulit tebal, dengan gambar-gambar yang berkualiti, mempunyai pelbagai aneka resepi dijual pada harga RM20 sebuah... Saya percaya peminat masakan, pasti akan memborong buku-buku resepi ini... 

Buku-buku pendidikan dan komik untuk anak-anak juga tidak kurang hebatnya.. Terlalu banyak pilihan, sehingga saya tak tahu nak membeli yang mana satu... Disebabkan mempunyai kekangan masa dan kudrat untuk mengangkat buku-buku tersebut, jadi saya sempat menyambar mana yang ada...

Pada mulanya nak membeli 5 buah buku sahaja, seperti yang telah dipesan oleh Isteri, ayah mertua, adik ipar dan anak-anak saya.. Masa tu saya tak ada perancangan pun ank membeli sebarang buku... 

Tetapi, tak sangka inilah hasilnya... 61 buah buku telah berjaya dibeli... Dekat RM400 juga saya berhabis membeli buku-buku pada kali ini.. 

Resit pembelian buku.. 

Walaubagaimanapun, ianya masih belum mampu memecah rekod saya ketika membeli buku di Big Bad Wolf Book Sale pada tahun lepas.. ;)

Antara buku-buku menarik yang sempat saya beli di Big Bad Wolf Book Sale pada kali ini ialah:
  1. Aku mahu naik pangkat RM6 (Harga Asal RM21)
  2. Komunikasi di tempat kerja RM5 (Harga asal RM17)
  3. Supaya poket tidak kosong lagi RM5 (Harga asal RM16)
  4. Eksekutif Smart : Bekerja dengan lebih efektif RM5 (harga Asal RM25)
  5. Hidup kaya tanpa riba RM5 (Harga asal RM21)
  6. Urus bisnes dengan google RM6 (Harga asal RM25)
  7. Didik anak urus wang RM5 (Harga asal RM15)
  8. Didik anak jadi usahawan RM5 (Harga asal RM16)
  9. Kemahiran menulis RM5 (Harga asal RM20)
  10. Pemasaran gerila penulis RM6 (Harga asal RM31.50)
  11. Mesyuarat Efektif RM6 (Harga asal RM20)
  12. Komunikasi Efektif RM5 (Harga asal RM20)
  13. Set Eklusif DOa : 25 himpunan doa terpilih RM12 (Harga asal RM43)
  14. Ilmu HIkmah RM3 (Harga asal RM11)
  15. Ibadah membina tamadun manusia RM5 (Harga asal RM16)
  16. Busana Muslimah RM6 (Harga asal RM15)
  17. Chinise & Thai 400 Delicious Recipy RM20
  18. 500 Chille recipes RM20 
  19. The classic indian recipe book RM20
  20. Trik Penipu di Ebay RM5 (Harga asal RM15)
  21. Internet marketing untuk bisnes kecil RM5 (Harga asal RM16)
  22. Top Ten Of Everything 2012 RM15
  23. Kerjaya Sebagai Doktor Perubatan RM5 (Harga asal RM19)
  24. 15 teknik efektif pemasaran SMS RM5 (Harga asal RM15.50)
  25. Buat duit dengan baiki handphone RM5 (Harga asal RM17.50)
  26. Pintar Bahasa Inggeris melalui kaedah Greek & Latin RM5 (RM22)
  27. Suburkan perkahwinan RM3 (Harga Asal RM10)
  28. Buat duit dengan Katering RM3 (Harga asal RM14)
  29. Di sebalik tabir You Tube RM5 (Harga asal RM13)
  30. Rahsia Pengurus Insurans hayat RM5 (Harga Asal RM23)
  31. Strategi Bisnes Manchaster United RM5 (Harga asal RM16)
  32. Rahsia melabur dalam unit amanah RM5 (Harga asal RM20)
  33. Card Craft RM15 (Harga asal US$25)
  34. Decorate life Celebrations RM8 (Harga asal US$20)
  35. Mathematic in Action 5B RM3
  36. The little mermaid RM5
  37. Cars RM5
  38. Toy Story RM5
  39. Max the Monster RM 10..
  40. Five Little Duck RM6 (harga asal 4.99 Pound)
  41. Turn And Lead Words RM6 (Harga Asal $7.99 canada)
  42. Kerjaya sebagai perancang kewangan peribadi RM6 (Harga asal RM16)
  43. 15 Teknik Efektif internet marketing RM5 (Harga asal RM25)
  44. Sembuhkan virus-virus bisnes RM5 (Harga asal RM16.50)
  45. Cari duit cara mudah sebagai penulis bebas RM6 (Harga asal RM27)
  46. Mathematic in Action 6B RM3
  47. Kerjaya dalam bidang Insurans RM6 (harga asal RM17.50)
  48. Menjadi selebriti melalui Youtube RM5 (Harga Asal RM17.50)
  49. Kerjaya dalam bidang perakaunan RM5 (Harga asal RM17)
  50. Kerjaya sebagai pegawai perancang bandar & Desa RM5 (Harga asal RM)
  51. Kerjaya dalam bidang perhotelan RM6 (Harga asal RM18)
  52. Kerjaya sebagai pengurus kewangan koporat RM6 (Harga asal RM18)
  53. Buat Duit sebagai ejen unit amanah RM5 (harga asal RM16)
  54. Buat Duit sebagai ejen Insurans dan Takaful RM5 (harga asal RM16.50)
  55. Buat Duit dengan jaga budak RM5 (harga asal RM14.50)
  56. Buat Duit dengan kedai jahit RM5 (harga asal RM14.00)
  57. Buat Duit dengan Kraf tangan RM5 (harga asal RM14.00)
  58. Buat Duit dengan cendawan RM5 (harga asal RM13.50)
  59. Buat Duit dengan Video Perkahwinan RM5 (harga asal RM14.50)
  60. Dan .......


Disebabkan terlalu banyak buku yang dibeli sehingga saya tidak larat untuk membawanya ke Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia yang belum selesai lagi... Nak hantar buku-buku ke kereta, jauh sangat.. Sebab kereta saya diparking dekat aras B3.. 

Jadi sebagai jalan penyelesaiannya, terpaksalah saya membeli sebuah beg... Mujur pula ada beg yang dijual pada harga yang agak murah...  


Hati rasa lega, apabila telah selesai membeli buku.. Diharap saya tidak lupa untuk menyimpan resit pembelian buku untuk tujuan claim semasa mengisi borang Cukai Pendapatan nanti.. ;)

9 ulasan:

  1. Wah-wah sakan bro ekk memborong..haha

    BalasPadam
  2. tips untuk next time, bawaklah beg roda untuk borong buku
    kan bro? hehe

    BalasPadam
  3. yah best camtuh.boleh tak berikan salah satu kupasan buku yang admin beli tu hee...

    BalasPadam
  4. pergghhh tu dia, boleh buka mini perpustakaan dah kat rumah tu...

    BalasPadam
  5. untungnya bro ada kuasa membeli buku...lepas ini buat review buku pula!

    BalasPadam
  6. wahhhh,,,,banyak sekali memborong bukunya.tapi memang kalau ada diskon buku sangat membuat selera berbelanja semakin tinggi

    BalasPadam
  7. banyaknye borong..time cik tom pi xbyk buku best sgt...tp tue pun dh rambang mata gak..hehe

    BalasPadam
  8. Peergh byk nya...

    Tapi saya frust sebab tahun lepas dan tahun ni miss...

    BalasPadam
  9. Wouw,,banyak sekali buku yang dibeli.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra