Selasa, 16 September 2014

Cek-cek bernilai 4 dan 5 angka sangat memotivasikan saya pada Hari Malaysia ke 51

with 0 Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia yang ke 51 kepada para pembaca blog Coretan Anuar,  .... Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.. disamping dapat meluangkan masa cuti ini bersama seisi keluarga.. ;)

Berbalik kepada tajuk entri saya pada kali ini.. Pada pagi tadi, saya terbaca status Facebook Tim Infokerjaya dengan melihat gambar-gambar cek bernilai 4 dan 5 angka yang telah siap di tulis nama penerimanya.. Apabila melihat deretan cek tersebut, membuatkan saya rasa termotivasi untuk berusaha dengan lebih gigih lagi, supaya satu hari nanti nama saya turut tertulis dalam salah satu cek tersebut..  



Sumber : Tim Infokerjaya

Tentu ada yang bertanya macamana diaorang boleh dapatkan cek bernilai 4 hingga 5 angka tersebut? Apa yang mereka jual?

Untuk makluman anda, cek-cek tersebut merupakan bayaran komisyen yang diberikan oleh Tim Infokerjaya kepada ejen-ejen mereka yang berjaya menghasilkan jualan yang begitu memberangsangkan.. 

Contohnya dalam jualan satu produk Tim Infokerjaya yang terbaru.. Nilai jualan produk tersebut mencecah angka RM335K dalam tempoh 4 hari sahaja.. Ianya berlaku dengan bantuan ejen-ejen affiliate yang berjaya menghasilkan jualan 4 hingga 5 angka dalam tempoh tersebut... Hebat bukan?




Sumber : Klik Di Sini

Dahsyat betul mereka ni.. Tak sia-sia mereka mempelajari teknik pemasaran internet daripada Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM).. Keluar modal sekitar RM300, untuk menghasilkan pendapatan sehingga 5 angka dalam tempoh 4 hari sahaja.. Fuh!! Dahsyat betul..



Paling best sekali.. Saya dapat mempelajari saya dapat mempelajari sedikit ilmi pemasaran daripada beberapa orang otai.. Terdapat beberapa orang otai yang sudi berkongsi rahsia kejayaan mereka untuk menghasilkan jualan 5 angka dalam tempoh 4 hari.. Antaranya:

1# Kuda Tua : Berada di tempat kedua dalam cabaran affiliate kali ini, dengan nilai jualan sebanyak RM32,360 dalam tempoh 4 hari

Strategi Affiliate Kuda Tua

Dalam cafaran Affiliate pada kali ini Kuda Tua telah menggunakan kesemua strategi pemasaran yang beliau ketahui.. 
  • Daripada Banner blog beliau berjaya menghasilkan jualan sebanyak 11 unit daripada 893 clicks.. 
  • Daripada teknik pemasaran email (Menggunakan Getresponse lama) berjaya menghasilkan 47 jualan daripada 1508 clicks
  • Daripada teknik pemasaran email (Menggunakan Getresponse baru) berjaya menghasilkan 291 jualan daripada 1822 clicks
  • Daripada Fanpage Penguasa Kastam, berjaya menghasilkan 19 jualan daripada 1319 clicks
  • Daripada Blog, beliau berjaya menghasilkan 47 jualan daripada 1634 clicks
  • dan PM customer (melalui Facebook), beliau berjaya menghasilkan 2 jualan daripada 66 clicks

Fuh!! Berpeluh dahi dibuatnya apabila melihat pelbagai strategi pemasaran yang telah digunakan oleh Kuda Tua.. Hari ni barulah saya tahu, nak dapatkan sales banyak macam tu tak boleh bergantung kepada satu strategi pemasaran semata-mata.. Kena pelbagaikan strategi pemasaran..  Terima kasih Kuda Tua di atas perkongsian rahsia kejayaan pada kali ini.. 

2# Jamal SifuFbAds : Berada di tempat kelima dalam cabaran affiliate kali ini, dengan nilai jualan sebanyak RM18,760 dalam tempoh 4 hari

Tuan Jamal SifuFbAds, merupakan otai lama pemasaran affiliate.. Suatu masa dahulu nama beliau sering disebut-sebut setelah berjaya mengungguli setiap cabaran affiliate yang beliau sertai.. Tetapi sejak beliau bergelar Sifu FB Ads, beliau dah kurang aktif menyertai cabaran Affiliate.. Dan kali ini apabila beliau turun padang, ramai dah menjangka prestasi beliau.. Dan hari ini kita dapat sama-sama melihat hasilnya... 


Strategi Affiliate Tuan Jamal Sifu FBAds



Dalam eksperimen yang beliau jalankan sepanjang menyertai cabaran affiliate ni. Didapati dari segi conversion;
  1. TOP 1 - email marketing (Kumpul List guna FB Ads) : Guna List Aweber berjaya menghasilkan 102 juakan daripada 931 clicks. 
  2. 2nd - SEO : Guna List Norabots berjaya menghasilkan 87 jualan daripada 804 clicks
  3. 3rd - FB Ads - desktop feed : Berjaya menhasilkan 26 jualan daripada 1083 clicks

3# Mohd Shamsuriyadi : Berada di tempat ketujuh dalam cabaran affiliate kali ini, dengan nilai jualan sebanyak RM13,660 dalam tempoh 4 hari

Tuan Mohd Shamsuriadi merupakan seorang yang pakar dalam seni pemasaran Google Adwords.. Dalam cabaran pada kali ini, beliau telah membuktikan kehebatan teknik yang telah beliau ptaktikkan.. 

Berikut adalah result daripada Google Adwords. Beliau telah mengeluarkan kos pengiklanan sebanyak RM288.84 sepanjang kempen... Dan Jualan yang terhasil adalah 197 unit dengan jumlah RM13660.00. 



Teknik yang telah beliau gunakan ada dikongsikan dalam Ebook Seni Adwords (Klik Di Sini)



Saya rasa cukup setakat itu sahaja perkongsian ilmu pemasaran yang telah dilaksanakan oleh 3 orang otai.. Terima kasih di atas perkongsian ilmu tersebut. Masih jauh lagi langkah saya untuk sampai ke tahap itu.. Dalam cabaran Affiliate pada kali ini saya hanya berjaya menghasilkan tak sampai 10 jualan, dengan nilai jualan sebanyak RM500 sahaja. 

Hasil Affiliate saya guna FBAds

Dalam cabaran Affiliate pada kali ini buat kali pertama saya menggunakan strategi pemasaran berbayar, iaitu dengan menggunakan FB Ads.. Iklan pertama yang saya lakukan tidak mendatangkan hasil yang lumayan.. Iklan yang kedua nampaknya memberikan hasil yang lebih bagus daripada iklan yang pertama.. 

Walaubagaimanapun, Syukur Alhamdulillah.. Saya dah mula nampak strategi pemasaran yang betul semasa menggunakan FB Ads.. dan akan cuba juga mempelbagaikan strategi pemasaran dalam cabaran affiliate yang akan datang..  

Semoga satu hari nanti saya juga mampu menghasilkan pendapatan 5 angka dalam tempoh 4 hari, seperti yang telah dilakukan oleh otai-otai affiliate.. ;)



Produk Niche X Mastery daripada Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)

Produk Niche X Mastery merupakan gabungan beberapa strategi pemasaraan internet yang telah digunakan oleh kebanyakan Usahawan Internet di Malaysia... Dan kesemua strategi ini terbukti telah berjaya dipraktikkan.. Terdapat beberapa testimoni daripada mereka yang telah berjaya menjana pendapatan yang lumayan setelah menggunakan strategi-strategi tersebut...

Jom baca senarai Testimoni tersebut menerusi pautan berikut:



Testimoni ini turut diperkukuhkan lagi dengan hasil-hasil jualan yang berjaya diperolehi oleh para pembeli Produk Niche X Mastery... Antara testimoni menarik yang dapat saya kongsikan ialah:
  • Zeo Unic berjaya berada dalam senarai Top 5 Cabaran Affiliate  Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27, dengan jumlah nilai jualan sebanyak RM8,880
  • Saimi Ramlan @ Hati Putera berjaya berada dalam senarai Top 10 Cabaran Affiliate  Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27, dengan jumlah nilai jualan sebanyak RM4,220
  • Tok Puteh berjaya berada dalam di tempat ke 2 Cabaran Affiliate Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27, dengan jumlah nilai jualan sebanyak RM10,920
  • dan terdapat banyak lagi testimoni kejayaan para pembeli Produk Niche X Mastery, yang tidak dapat untuk saya tunjukkan kesemuanya menerusi blog ini.. 

Persediaan untuk Menyertai Cabaran Affiliate  Tim Infokerjaya yang seterusnya

Pada hujung Bulan Oktober ini, akan ada lagi satu peperiksaan Online SPA (Berdasarkan Takwim Peperiksaan Online SPA... Cabaran Affiliate pada kali ini dijangka lebih sengit berbanding Cabaran Affiliate Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 dan juga Penguasa Kastam W41.. 

Berdasarkan rekod jualan tahun-tahun lepas, ramai ejen affiliate yang mampu menghasilkan jualan melebihi 5 angka.. Jom tengok rekod jualan dalam gambar di bawah:


Sumber : Klik Di Sini

Rekod jualan tertinggi pada tahun sebelum ini untuk cabaran Affiliate yang akan datang boleh mencapai sehingga RM65,875.00.. Menarik bukan?.. 

Jadi, potensi untuk cabaran Affiliate akan datang jauh lebih besar... Nak berjaya dapat jualan yang banyak perlukan strategi yang telah dilakukan oleh usahawan-usahawan internet yang telah terbukti berjaya.. 

Disebabkan itu, kenapa saya dan anda perlu mendapatkan dalam Produk Niche X Mastery keluaran Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM).. 

Walaupun pada hari ini mungkin anda tidak pandai membuat laman web, tidak pandai menghasilkan blog, tidak pandai menulis blog, dan sebagainya.. Tetapi dengan panduan yang terdapat dalam Produk Niche X Mastery, In Shaa Allah kita mampu melakukannya..

Ini kerana 90% Peserta Berjaya Buat duit setelah membeli Produk Niche X Mastery.. Untuk maklumat lanjut, boleh klik pada banner di bawah..


Sumber : Klik Di Sini

Semoga entri ini bermanfaat kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk meningkatkan sumber pendapatan, dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat pada hari ini.. 

Perkara yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan perkara yang tidak baik itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri sebagai HambaNYA... Walaahualam.. 

Sekian sahaja daripada saya pada kali ini.. Sekiranya anda memerlukan sumber rujukan lain untuk memahami affiliate, saya syorkan anda membaca pada pautan-pautan yang saya senaraikan di bawah:

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra