Selasa, 12 Ogos 2014

Jadual Klinik UPSR Fasa 2 2014 Didik BH

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Peperiksaan UPSR dah nak dekat dah ni.. Para calon hanya mempunyai masa tak sampai sebulan sahaja lagi untuk membuat persediaan, Sebelum menduduki peperiksaan UPSR pada 9-11 September 2014..  

Dapatkan jadual Waktu peperiksaan UPSR 2014 (Klik Di Sini) 

Dalam kerancakan para Calon mencari maklumat berkaitan peperiksaan UPSR 2014 melalui enjin carian google.. Rupanya ada juga yang mencari keyword "Jadual Klinik UPSR Fasa 2 2014 Didik BH"..  


Maklumlah zaman sekarang ni informasikan berada di hujung jari.. Sesiapa sahaja boleh mencari maklumat menerusi internet tanpa mengira batasan usia.. Pelajar berumur 12 tahun, rasanya dah pandai cari maklumat berkaitan peperiksaan UPSR melalui internet... Ataupun Ibu/Bapa atau Abang/Kakak mereka yang tolong mencari maklumat untuk mereka?

Tak kisahlah.. sesiapa pun yang mencari maklumat tentang peperiksaan UPSR.. dan juga maklumat berkaitan "Jadual Klinik UPSR Fasa 2 2014 Didik BH".. Tetapi yang pastinya, saya sangat berterima kasih kepada mereka.. Disebabkan mereka, keyword tersebut telah tersenarai sebagai keyword terbaik Blog Coretan Anuar pada kali ini.. 

Keyword Terbaik kali ini: Jadual Klinik UPSR Fasa 2 2014 Didik BH

Berpegang kepada pepatah orang tua-tua... "Orang berbudi Kita Berbahasa, orang memberi kita merasa"

Untuk itu, dengan gembiranya saya ingin kongsikan Jadual Klinik UPSR Fasa 2 2014 Didik BH, supaya mereka berjaya mendapatkan maklumat yang dicari menerusi blog ini..


Jadual Klinik UPSR Fasa 2 2014 Didik BH

Berdasarkan maklumat yang tertera dalam Jadual di atas, Klinik UPSR Didik Berita Harian (Fasa 2) akan diadakan di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam, Selangor berdasarkan ketetapan seperti berikut:
  • Tarikh dan Hari :  23 & 24 Ogos 2014  (Sabtu & Ahad)
  • Masa                :  8.00 Pagi - 6.00 Petang
  • Tempat            :  Dewan Syarahan Utama PSIS
  • Yuran Penyertaan : RM130.00/peserta (RM120 bagi peserta yang telah menyertai Klinik UPSR Didik Berita Harian Fasa 1)

*Nota : Turut disediakan Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang
Draft Banner 1 : Klinik UPSR Didik Berita Harian

Dalam klinik ini para peserta akan mendapat pendedahan daripada guru-guru pakar tentang teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR secara berkesan bagi 4 subjek iaitu:
  1. Bahasa Melayu ( Pemahaman & Penulisan)
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
*Nota : Elemen motivasi diterapkan mengikut subjek

Draft Banner 2 : Klinik UPSR Didik Berita Harian

Klinik Didik UPSR Berita Harian telah berjaya membantu peserta-peserta sebelum ini mendapat keputusan UPSR yang cemerlang, sehingga menjadikan Klinik UPSR ini terus mendapat sambutan di seluruh negara. 

Boleh baca testimoni kejayaan kami sewaktu menganjurkan Klinik UPSR Dan Seminar SPM Didik Berita Harian sebelum ini..

Selain mendapat pendedahan tentang teknik menjawab soalan, para peserta klinik ini juga akan mendapat:
  1. Sijil Penyertaan
  2. Kerta Kerja (Diberikan dalam aktiviti yang dijalankan)
  3. Makan dan minum sebanyak 3 kali sehari (Minum Pagi, Makan Tengahari, dan minum petang)

Klinik UPSR Didik Berita Harian


Tempat adalah terhad untuk 200 Peserta. Pendaftaran dilanjutkan sehingga 14 Ogos 2014




Jadi, apa tunggu lagi.. Jom dapatkan Borang penyertaan sekarang.. Kemudian isi dan hantar kepada kami.. 


Untuk urusan pendaftaran dan sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui no. talian seperti berikut:
  • En. Anuar       : 016-5425547
  • Pn. Rozilailli   : 019-5705988
  • Cik Azrin        : 019-2281435

Penginapan untuk Ibu Bapa Pelajar di Luar Daerah Sabak Bernam

Sekiranya terdapat ibu bapa pelajar dari luar daerah Sabak Bernam yang berminat untuk menghantar anak mereka untuk menyertai Klinik UPSR Didik Berita Harian di Politeknik Sultan Idris Shah, terdapat hotel/bilik (asrama hotel) yang boleh disewa oleh ibu bapa.

Di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), kami ada menyediakan perkhidmatan Hotel dengan kadar harga seperti berikut:
  • RM50 untuk bilik Single
  • RM70 untuk bilik Twin Sharing
  • RM80 untuk bilik Deluxe
  • RM100 untuk bilik Superior
Nota : Diskaun harga untuk kakitangan kerajaan adalah sebanyak 50%

Hotel yang ada di PSIS merupakan Hotel latihan untuk pelajar, jadi tiada tempat makan di sediakan di hotel kami. Walaubagaimanapun para penyewa boleh membeli makanan di kafeteria atau kedai-kedai makan yang berhampiran dengan istitusi kami.


Artikel Berkaitan:


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra