Isnin, 9 Jun 2014

Bayar Sewa rumah sampai mati!

with 11 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya tertarik membaca berita utama, muka depan Akhbar Harian KOSMO! bertarikh 4 Jun 2014 (Hari Rabu lepas) bertajuk "Sewa Rumah Sampai Mati".. 





Dalam laporan akhbar tersebut, membincangkan tentang kenaikan harga rumah sebanyak 8% setahun iaitu dalam tempoh April 2013 sehingga Mac 2014.. Keadaan ini secara tidak langsung semakin menyukarkan generasi muda untuk memiliki rumah sendiri.. Terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan elit yang mempunyai kepadatan penduduk seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. 


Ekoran kenaikan harga rumah tersebut, berkemungkinan besar akan menyebabkan generasi muda terpaksa menyewa rumah sampai mati.. Malah berkemungkinan besar golongan muda yang tinggal di  bandaraya utama terpaksa berdepan dengan kadar sewa rumah yang tinggi..

"Sepanjang tahun lalu harga Rumah di Malaysia dilaporkan telah naik kira-kira 30% berbanding tahun sebelumnya dan ia naik lagi pada suku pertama tahun ini. Setiap rakyat Malaysia memerlukan gaji atau pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan untuk melayakkan mereka membuat pinjaman membeli rumah yang kini berharga lebih RM350,000 seunit dan kita kena faham mereka perlu juga menanggung perbelanjaan lain seperti kereta dan makan minum"
- Prof. Dr. Amir Baharuddin, Penganalisis Ekonomi -

Hmmm... Berapa ramai golongan muda yang mempunyai pendapatan sekitar RM5,000 sebulan? Bagi pekerja makan gaji (kakitangan kerajaan) seperti saya, nak dapat gaji sekitar RM5,000 sebulan memakan masa antara 5-9 tahun perkhidmatan. Dalam tempoh tersebut, kemungkinan harga rumah akan terus meningkat. 5-9 tahun sebelumnya dengan pendapatan RM5,000 sebulan, membolehkan kita membeli rumah teres dua tingkat atau rumah semi-D.. Tetapi pada 5-9 tahun berikutnya dengan pendapatan tersebut, berkemungkinan kita hanya mampu membeli apartment biasa yang tidak selesa untuk didiami oleh keluarga kita yang semakin membesar.  Inilah kesan kenaikan harga rumah kepada generasi muda sekarang ini. 

"Mereka yang mempunyai pendapatan bersih RM4,500 ke atas layak membeli rumah selepas ini. Itu pun, untuk rumah yang berharga sekitar RM350,000 seunit dan kalau di ibu negara, rumah yang layak untuk mereka hanyalah sebuah apartment biasa, manakala harga rumah teres dua tingkat kini lebih RM400,000 seunit"
- Mohammad Noorizuddin Nooh, Pensyarah Kanan Ekonomi dan Muamalat USIM- 

Apabila harga rumah semakin naik, pemilik rumah juga pasti akan menaikkan kadar sewa rumah.. Ianya secara tidak langsung akan meningkatkan kos sara hidup golongan muda yang tinggal di kawasan bandar.

 Jom baca.. Apa kata pengunjung blog Coretan Anuar, tentang isu kenaikan harga rumah?




Apabila melihat senario ini, saya berpendapat golongan muda pada hari ini perlu mempunyai ilmu bagaimana untuk menceburkan diri dalam pelaburan hartanah. Apabila kita mempunyai ilmu pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah.. In Shaa Allah, walaupun gaji kita tidaklah sebanyak mana, tetapi kita mempunyai strategi untuk membeli rumah.. 

Bukan semua orang bergaji besar mampu membeli rumah.. Dan bukan semua orang yang bergaji kecil tidak mampu untuk membeli rumah... Ianya terletak pada kebijaksanaan masing-masing untuk menguruskan duit gaji dan membeli rumah mengikut kemampuan masing-masing..

Jadi, ada dua orang Sifu yang saya percaya dapat membantu anda untuk memiliki rumah sendiri, walaupun gaji anda tak sampai RM5,000 sebulan.. Mereka berdua yang saya maksudkan ialah:

Cuba anda belajar daripada mereka yang telah berjaya, untuk mengubah kehidupan anda pada masa hadapan.. 




P/S : Tak rugi kita membuat pelaburan ke atas ilmu.. Sebab Pelaburan ke Atas Ilmu, merupakan pelaburan terbaik sepanjang zaman.. 

11 ulasan:

  1. Cheap chanel Replica
    This is a topic that's near to my heart... Take care!
    Exactly where are your contact details though?

    BalasPadam
  2. Kalau ada sebidang tanah dikampung bolehlah mula kumpul duit untuk bina rumah. Kalau kawasan Lembah Kelang dan beberapa kawasan lain yang mahal perlu berhijrah mencari harga rumah masih rendah.

    BalasPadam
  3. apapun mesti ada ilmu, kalau rasa kurang cari sebanyak mungkin untuk tambahkan pendapatan seiringan dengan pengurusan kewangan yang baik.

    BalasPadam
  4. Dengan kenaikan kos hidup yang semakin tinggi, kita akan disibukkan dengan mencari duit bukan mencari agama.

    BalasPadam
  5. Bagi yang kerja makan gaji dan kerja dalam sektor kerajaan memang seksa nak beli rumah sekarang ni.

    BalasPadam
  6. makin sukar nampaknya kita
    sewa rumah sampai mati
    jangan2 nanti tanah kubur juga kena bayar sewa

    BalasPadam
  7. Memang betulla tu, orang muda macam saya memang sewa rumah je lah sampai mati agaknya.

    BalasPadam
  8. beli umah dlm wishlist ciktom..hrp kesampaian niat ni 1 hari nati...

    BalasPadam
  9. Ada tanah kt pahang dan banting. Tapi tak tau nak wat rumah ke tidakk

    BalasPadam
  10. Harus mencari rumah di daerah perkampungan, dimana harganya masih miring.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra