Rabu, 11 Jun 2014

Senarai Panduan Buat Duit Raya 2014

with 5 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Sekarang ni kita dah hampir berada di pertengahan Bulan Syaaban.. Ini bermaksud tinggal kira-kira 15 hari sahaja lagi, sebelum kita menunaikan Ibadah berpuasa selama Sebulan di Bulan Ramadhan.. Dan ada lebih kurang 45 hari lagi, sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.. 

Dalam tempoh masa tersebut, saya masih berpeluang untuk mencari rezeki tambahan sebagai Duit Raya 2014... 

Maklumlah keluarga saya dah semakin membesar, jadi perlukan rezeki tambahan untuk menampung keperluan keluarga ketika menyambut hari raya Aidilfitri nanti.. 

Syukur Alhamdulillah... Salah satu usaha yang telah saya lakukan ialah dengan membantu ayah mertua saya menjual Cadar Patchwork Cotton.. 


Semasa mula-mula "terjebak" dalam perniagaan ini, rasa susah jer nak menjual Cadar Patchwork Cotton ni.. Tapi bila dah agak lama menceburkan diri dalam perniagaan ini, rasa seronok pula.. Lebih-lebih lagi apabila bilangan pelanggan semakin bertambah daripada sehari ke sehari.. Malah ada dalam kalangan mereka menjadi "return Customer".. Syukur Alhamdulillah di atas rezeki kurniaan Allah S.W.T..



Lebih menarik lagi, ada diantara pelanggan kami yang turut berminat untuk menjual Cadar Patchwork Cotton... Mereka juga berminat untuk mencari Duit Raya seperti saya...  Tetapi sayangnya mereka tiada modal untuk membeli Cadar Patchwork Cotton ini secara Borong.. 

Nak memborong cadar Patchwork Cotton ini memerlukan mereka membeli dalam satu kuantiti yang agak banyak... Paling sikit pun kena beli dalam 30 set cadar, dengan modal yang diperlukan sekitar RM3,500 (termasuk kos pengangkutan).. Kalau nak membeli dalam kuantiti yang lebih sedikit,  tak berbaloi nak menjual cadar ini.. Sebab harga modal bagi satu set Cadar akan jadi mahal, menyebabkan profit keuntungan yang diperolehi terlalu sedikit...

Jadi, kepada mereka yang berminat nak mencari duit raya seperti rakan-rakan saya, tetapi tidak mempunyai modal yang banyak untuk memulakan perniagaan... saya syorkan kepada mereka supaya mencari alternatif lain.. 

Banyak lagi cara nak buat duit raya yang boleh dilakukan, tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar... Berikut merupakan Senarai Panduan Buat Duit Raya 2014 untuk rujukan anda:



Semoga senarai Panduan Buat Duit Raya 2014 ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca Blog Coretan Anuar... Good Luck ;)

P/S: Kalau nak mencari duit raya, eloklah bermula dari sekarang.. Kalau boleh kita dapat selesaikan urusan mencari duit raya sebelum bulan Ramadhan nanti, supaya dapat memberi lebih banyak masa kepada kita untuk beribadah kepada Allah S.W.T sepanjang bulan Ramadhan. .

5 ulasan:

  1. wahhhh, banyaknyer cabang nak buat duit.

    BalasPadam
  2. wahhhh, banyaknyer cabang nak buat duit.

    BalasPadam
  3. memang tak lama lagi...tinggal 2 minggu

    BalasPadam
  4. xlama lagi dah nak masuk ramadhan..memang bagus cuba cari duit lebih utk persiapan raya....

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra