Sabtu, 24 Julai 2010

Mukah-Sibu-KL-Kota Bharu Bahagian 1

with 0 Comment
Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog ini..

Hampir 1 minggu kita tidak bertemu diharapkan semua pembaca dapat beristirehat sambil membaca blog ini.. ;)

Pada post kali ini, saya ingin berkongsi cerita pengalaman menjejakkan kaki ke negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan. Untuk makluman pembaca semua, ini merupakan kali pertama saya pergi ke negeri Kelantan. Dengan erti kata lain, Kelantan merupakan negeri terakhir daripada 14 negeri dalam Malaysia yang saya kunjungi.

Saya bertolak dari Mukah ke Kelantan pada 13 Julai 2010 jam 4.00 pagi dengan menggunakan Hilux Politeknik (Pacuan 4 Roda).. Untuk kali ini tak dapat naik kapal terbang dari Mukah ke Kuching disebabkan lewat menempah tiket kapal terbang.. Hehehe padan muka saya.. Dalam masa yang sama Air Asia sedang upgrade sistem. Jadi, pihak kewangan politeknik tidak dapat membelikan tiket Air Asia untuk saya seperti  kebiasaannya..

Jeng..jeng..jeng.. Syukur Alhamdulillah, penerbangan saya ke Kelantan pada kali ini dapat naik MAS.. Hampir setahun, tak dapat naik Kapal Terbang MAS semasa pergi Mesyuarat melainkan naik Twin Otter.. Tapi pada kali ini, rezeki saya dapat pergi Kelantan, dapat pula naik MAS.. Alhamdulillah.. Tapi balik tak dapat naik Mas hehehe..


 Tiket penerbangan saya dari Sibu Ke KLIA pada pukul 12.15PM dan mendarat di KLIA pada pukul 2.15pm. Persiapan menghadiri mesyuarat lembaga pada kali ini, paling kelam kabut disebabkan kami baru sahaja selesai mengadakan Majlis Konvokesyen ke 3 PMU pada 8 Julai 2010.. Penerbangan dari KLIA ke Kota Bharu pada jam 6.25 PM. Jadi sementara menunggu masa penerbangan tersebut, sempat saya ronda-ronda di KLIA..

Saya menaiki kapal terbang dari KLIA ke Kota Bharu pada pukul 6.55pm (delay lah).. Nasib baik delay tak lama.. Kebetulan pula jumpa dengan Anuar Wahab dari Politeknik Sandakan (Nuar juga hehehe).. Dapatlah kami bersembang sementara menunggu masa untuk berlepas ke Kota Bharu.. Berita menariknya, ini juga pengalaman pertama Anuar Wahab menjejakkan kaki Ke Kota Bharu...

Sampai di Kota Bharu hampir pukul 8.00 malam (Waktu sebenar tidak diketahui sebab terlupa tengok jam hehehe).. Kebetulan nasib saya baik pada ketika itu ayah kepada abang Din (Sarifuddin Semail yang bertugas di Politeknik Sandakan) mengambil saya dan Anuar Wahab untuk di bawa ke hotel di tempat kami menginap..

Tamat Hari Pertama..

Memulakan Hari Kedua..

Hari kedua tidak ada cerita menarik untuk diceritakan.. Seperti biasa kami adakan mesyuarat, buat semakan dokumen, membuka, membaiki dan binding balik dokumen.. Itu memang kerja rutin saya semasa menghadiri mesyuarat lembaga.. hehehe.. Tapi untuk kali ini, saya terlepas itu semua..Fuh.. Selamat.. Tapi kena buat analisis untuk 6 kursus terpilih sahaja..

Memulakan Hari Ketiga..

Pada pagi hari Ketiga iaitu pada 15 Julai 2010, kami bertolak ke Renaissance Hotel, Kota Bharu.. Ini merupakan acara kemuncak mesyuarat ini, di mana semua laporan lembaga akan disahkan termasuk kes rayuan pelajar semester akhir..




Ini merupakan mesyuarat Lembaga yang ke 5 saya hadiri.. Mungkinkah ini mesyuarat Lembaga terakhir yang saya hadiri?.. Jawapannya hanya Allah sahaja yang mengetahui.. Tetapi seperti biasa pada kali ini juga saya menghadiri mesyuarat lembaga dengan Pengerusi Jawatankuasa peperiksaan yang berbeza.. Tapi pada kali ini dengan pengarah sebenar Politeknik Mukah Sarawak.. Harapan saya semoga pengarah kali ini akan kekal lama sedikit di Mukah. Supaya mesyuarat lembaga akan datang akan dihadiri oleh Pengarah yang sama dari Mukah.. Berikut merupakan senarai kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Peperiksaan PMU ke mesyuarat Lembaga Peperiksaan:
  1. Julai 2008-------Pengarah -------------Berpindah keluar dari PMU pada Disember 2008
  2. Januari 2009 ---Timbalan Pengarah 1-- masih kekal di PMU
  3. Julai 2009 ------Timbalan Pengarah Akadmik, Berpindah keluar dari PMU pada Disember 2009
  4. Januari 2010 ----Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Berpindah keluar dari PMU sebaik sahaja mesyuarat lembaga selesai (Februari 2010)
  5. Julai 2010 -------Pengarah
 Mesyuarat lembaga tamat pada jam 2.00 petang.. Pada petang tersebut merupakan acara bebas bagi semua pegawai peperiksaan disebabkan urus setia dan semua pengarah perlu menghadiri majlis perpisahan Pengarah PUO dan pengarah PKB.. Jadi pada kesempatan ini Ayah Abang Din membawa kami berjalan-jalan di Rantau Panjang.. (Sempadan Thailand)..






Di atas merupakan gambar-gambar yang sempat saya rakam semasa berada di Rantau Panjang.. Barang-barang di sini di jual dengan harga yang murah.. Tetapi harganya hampir sama dengan barang-barang yang di jual di Kota Bharu.. Cuma dekat sini, saya dapat melihat sempadan Siam dan merasai makanan dari Siam.. Semasa di Rantau Panjang ini saya sempat pekena ais krim makanan siam.. (Dicampur dengan jagung, pulut, dll). Di samping itu juga saya sempat pekena sup perut.. Perghh.. sedapnya makan sup perut dekat sini..

Semasa di Rantau Panjang ini adalah juga saya bershopping seperi membeli Narita, aneka keropok, baju, gula kabung dll.. Semasa pulang ke Kota Bharu, kami menyusuri Sungai yang memisahkan Kota Bharu dengan Siam.. Baru saya tahu upanya senang sahaja nak ke Siam.. Dapat menyeberangi sungai tersebut dah sampai ke Thailand.. Tetapi risiko tanggung sednirilah yer.. hehehe..
Pada petang tesebut kami terpaksa bergegas ke hotel kerana ada mesyuarat post lembaga yang bermula pada jam 8.00 malam.. Tapi kami sempat singgah di Rumah Ayah Abang Din untuk menikmati keropok dan minum petang..

Selepas selesai mesyuarat, kira-kira jam 11.30 malam kami berjalan-jalan di Wakaf Che Yeh.. Nasib baik pada hari sebelumnya saya dah pun memborong tudung Natasha sampai 10 helai di sekirat Pasar Siti Khatijah.. Jadi semasa pergi ke Wakaf Che Yeh saya hanya nak cari 2 perkara sahaja iaitu Durian dan Keropok Lekor.. Wakaf Che Yeh dapat digambarkan sebagai sebuah pasar malam yang besar.. Yang menjual pelbagai barangan kering atau basah termasuk Pakaian, tudung, kain, baju, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, VCD, kasut, minyak wangi, semua ada.. Termasuk juga barang yang tidak sepatutnya (XXX)seperti yang terdapat di water front, Kuching (pada sebelah malam) juga turut ada di jual di sini..

Cukup perkongsian saya untuk Bahagian 1 perjalanan ke Kota Bharu.. Bersambung pula pada bahagian ke 2 dalam post yang akan datang.. Sekian, terima kasih..

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra