Rabu, 22 Jun 2011

Cuti-Cuti Malaysia Vs Pindah (Sibu-Mukah-Miri-Kota Kinabalu-Kuala Lumpur-Perak).. Bah. 4

with 0 Comment
Hari terakhir berasa di Sibu.. Sebelum pulang ke Mukah untuk mengemas baarang-barang untuk berpindah dan cuti-cuti Malaysia..

Pagi tersebut kami ronda-ronda sekitar bandar Sibu.. Sebelum berehat di Mc Donald dan seterusnya memandu pulang ke Mukah..

Hari-hari terakhir Haikal dan Adam di Sibu..

Antara kenangan Yang sukar untuk dilupakan semasa berada di Mukah Sarawak adalah perjalanan melalui Simpang Balingian ke Selangau.. Terlalu banyak perkara yang menarik untuk diceritakan tentang jalan ini.. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh layari pautan-pautan berikut:
 Tapi itu semua cerita dalam tempoh 5 tahun dahulu.. Sekarang jalan tersebut telah pun siap.. Pada hari ini masyarakat yang tinggal di Mukah boleh pergi ke Sibu dalam tempoh 2 jam.. Syukur Alhamdulillah..

Berikut merupakan gambar-gambar terkini sebahagian jalan-jalan yang terdapat di antara Simpang Balingian Ke Simpang Selangau.. 

Cantiknya jalan Simpang Balingian-Selangau..

QSN 1070.. Jalan Simpang Balingian-Selangau tinggal kenangan..

Setelah 5 tahun berada di Mukah.. Akhirnya dapat juga menikmati jalan cantik ini..

Tempat Jatuh lagikan dikenang.. Inikan pula tempat tayar kereta Pecah..

Macamana.. Cantik tak jalan baru ini.. Yang pasti ianya boleh digunakan untuk memecut sehingga 140 km/jam.. Walaubagaimanapun jangan lupa memandu secara berkhemah.. Pandu Cermat, Jiwa Selamat.. 

Sampai di rumah, dalam pukul 5 petang.. kami berhempas pulas berkemas..Sehingga jam 9.30 malam..
Disebabkan dah tak sempat nak masak.. Maka kami pun pergi ronda-ronda di bandar Mukah untuk mencari makanan..

Masa tu banyak kedai dah tutup.. Nasib baik terpandang sebuah kedai makan yang baru di buka... Jeng.. Jeng.. Jeng... Marry Brown telahpun dibuka di Mukah..

Marrybrown telah dibuka di Mukah..

Sempat makan di sini sebelum berpindah..

Nampak menarik juga Marrybrown Mukah ni..


 Malam ini merupakan malam terkahir berada di Mukah.. Esok kami akan berlepas meninggalkan Mukah ke Miri pada jam 1.30 petang.. Banyak perkara perlu disiapkan..
Ok.. Jumpa lagi pada entri selanjutnya tentang perjalanan kami untuk berpindah dan cuti-cuti Malaysia.. Sibu-Mukah-Miri-Kotaa Kinabalu-Kuala Lumpur-Perak-Selangor....

Seterusnya seperti biasa.. Jangan lupa untuk mengundi blog pilihan anda dalam senarai berikut:

Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 1-50)
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 51-100)
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 101-150)
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 151-200)
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 201-250)
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 251-300)

Cara nak mengundi mudah sahaja.. Anda hanya perlu tuliskan no. pendaftaram peserta berserta urlnya sekali di pautan berikut:

Tempat Undian Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Minggu ke 2 (Klik DI Sini)

Anda boleh mula mengundi sekarang juga di Facebook dengan klik pada icon di bawah:

                                       

Dalam masa yang sama anda juga boleh klik "like" di facebook pada mana-mana blog yang anda minati..

Anda Juga Mungkin Meminati:
Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra