Selasa, 29 Oktober 2013

Syukur Alhamdulillah... Tiada Dokumen Perjalanan Terhad untuk anak ke 3..

with 12 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Keputusan Permohonan kenaikan Pangkat DH44 telah pun keluar pada 27 Oktober 2013.. Tahniah Saya ucapkan kepada rakan-rakan yang berjaya dalam permohonan tersebut.. 

Semoga dengan kejayaan ini akan lebih memotivasikan diri mereka dalam kerjaya sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (Skim DH)... ;)

Kepada yang berasa gembira kerana dapat terus kekal bertugas di tempat lama, saya ucapkan tahniah.. Kepada yang bersedih kerana terpaksa berpindah ke tempat yang baru terutamanya Borneo, saya ucapkan selamat menimba pengalaman yang baru..... 

Sememangnya inilah lumrah yang terpaksa kita hadapi sepanjang berkhidmat dalam skim ini... Tiada jamainan untuk kita berasa selesa berada di tempat kerja yang kita sukai... Pada bila-bila masa sahaja kita boleh ditukarkaan dengan kehendak pihak atasan... 

Jadi, saya harap kita dapat bersabar, dan cubalah cari sesuatu yang menarik untuk mengisi masa lapang kita di tempat baru, supaya dapat meredakan sedikit perasaan sedih atau tidak puas hati, sepanjang kita bertugas di sana.... In Shaa Allah ada sesuatu yang baik bakal menanti kita sekiranya kita dapat berfikir secara positif, dan redha dengan ujian Allah S.W.T... 


Baiklah dalam entri pada kali ini, saya ingin berkongsikan sedikit info tentang salah satu persediaan yang perlu dilakukan oleh rakan-rakan yang kena berkhidmat di kepulauan Borneo...

Bagi staf dari semenanjung yang mendapat surat arahan untuk bertugas di Sabah/Sarawak, mereka perlu mempunyai sebuah dokumen yang dikenali sebagai Dokumen Perjalanan Terhad... 

"Dokumen Perjalanan Terhad dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dari Semenanjung bagi tujuan perjalanan keluar/masuk dan tinggal sementara di Sabah dan Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan."Sumber : Portal Rasmi jabatan Imigresen Malaysia

Dokumen Perjalanan Terhad

Bayaran yang diperlukan untuk mendapatkan Dokumen ini ialah RM5.00. Dokumen ini boleh di pohon di jabatan-jabatan Imigresen yang terdapat di Malaysia...  Senarai Pejabat Pengeluar Dokumen Perjalanan Terhad (DPT)  (Klik Di Sini)

Kalau tak ada dokumen ini, kita hanya mempunyai had maksimum selama 3 bulan atau 90 hari sahaja untuk tinggal di Sabah/Sarawak... Jadi, kalau nak duduk dekat Sarawak dalam satu tempoh yang lama, kenalah dapatkan dokumen ini... Tetapi nak dapatkan dokumen ini, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Imigresen..  

Tempoh Sah laku dokumen ini ialah selama Lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan, dan boleh dilanjutkan selama 5 tahun lagi... 

Dokumen Perjalanan Terhad yang telah dilanjutkan selama 5 tahun lagi..


Syarat-Syarat lain untuk mendapatkan Dokumen Perjalanan Terhad ialah:
  • Melengkapkan borang Pasport Malaysia (IM.42) yang boleh didapati di kaunter pejabat pasport atau dimuat turun melalui Laman Web Imigresen secara percuma. Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran 3.5 cm x 5 cm - dua (2) keping
  • Dokumen Perjalanan Terhad yang sedia ada (jika berkaitan)
  • MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)   bagi pemohon berumur melebihi 12 tahun.
  • Sijil Kelahiran bagi pemohon dibawah 12 tahun.
  • Pemohon mesti hadir semasa permohonan dibuat.
Kami sekeluarga mempunyai Dokumen Perjalanan Terhad.... Tarikh Dokumen Perjalanan Terhad saya dan isteri ialah pada 23 Mac 2006, Haikal (anak Pertama) 26 Dis 2007, dan Adam (anak Kedua) 18 Feb 2010... 

Dokumen Perjalanan Terhad milik saya...

Dokumen Tamat Tempoh pada 23 Mac 2011 dan tempoh sahlaku dokumen ini telah dilanjutkan sehingga 23 Mac 2016..

Saya dan isteri telah berkhidmat di Mukah Sarawak melebihi 5 tahun... Jadi tempoh sahlaku dokumen kami telah dilanjutkan 5 tahun lagi sehingga 23 Mac 2016... Walaupun saya telah berpindah ke semenanjung pada 1 Julai 2011, tetapi Dokumen Perjalanan Terhad saya masih lagi boleh digunakan, sekiranya saya menjejakkan kaki ke Sarawak....

Baru-baru ini saya telah berkunjung ke Kuching, Sarawak dan menambahkan koleksi pengesahan Imigresen pada dokumen tersebut... ;)

Mendapat pengesahan Imigresen yang terbaru pada 23 September 2013...

Dokumen Perjalanan Terhad milik Isteri saya... 

Dokumen Perjalanan Terhad milik Haikal (Anak Sulung saya)...

Dokumen Perjalanan Terhad milik Adam (Anak Kedua saya)...

Walaupun Adam (anak Kedua) dilahirkan di Mukah Sarawak, tetapi beliau tetap perlu mempunyai Dokumen Pejalanan Terhad, disebabkan kedua ibu bapa Adam berasal dari semenanjung.. Berdasarkan maklumat yang saya terima, Adam boleh dikecualikan daripada menggunakan Dokumen Perjalanan Terhad apabila telah berumur 18 tahun ke atas... 

Keputusan Kenaikan Pangkat DH44 dah keluar

Sewaktu keputusan naik pangkat DH 44 diumumkan di laman web Esis, saya dan isteri mula berdebar... Adakah kami perlu membuat Dokumen Perjalanan Terhad untuk anak ke 3 kami iaitu Assyifatu Naila?

Berdebar betul nak tahu keputusan tersebut... Debaran pertama disebabkan keputusan Samada berjaya ataupun tidak... Debaran kedua disebabkan nak tahu penempatan perkhidmatan kami selepas ini.....

Dan keputusannya....

V
V
V
V
V
V


Keputusan pemangkuan Kenaikan Pangkat saya...

Keputusan pemangkuan Kenaikan Pangkat puan isteri...

Syukur Alhamdulillah... Rezeki anak ke 3 kami... Kami berjaya dalam permohonan tersebut dan yang lebih menggembirakan lagi, penempatan kami tetap di Politeknik Sultan idris Shah, Sabak Bernam... Jadi, tak perlulah saya nak buatkan satu lagi dokumen Perjalanan Terhad untuk anak ke 3 kami, Naila...

In Shaa Allah, sekiranya ada lebihan rezeki yang kami terima melelui pemangkuan kenaikan pangkat ini, bolehlah digunakan untuk pelaburan masa hadapan anak ke 3 kami.... 

Perancangan yang ada setakat ini ialah dengan mengambil lagi satu polisi Takaful Prudential untuk Naila... Dan dalam masa yang sama sedang membuart survey untuk mencari sebuah lagi rumah  untuk pelaburan masa hadapan Naila... 


Jadilah... Itu sahaja perancangan yang dapat kami lakukan setakat ini untuk pelaburan masa hadapan anak-anak kami, bergantung kepada rezeki yang berjaya kami perolehi... Syukur Alhamdulillah...  


12 ulasan:

  1. tahniah...semoga semakin murah rezeki dan maju jaya..

    BalasPadam
  2. Ehh untuk anak pun ada sekali?haha

    BalasPadam
  3. Hoo...baru tahu, kalau nak menetap sana atau kerja kena ada dokumen ini rupanya. Kalau pergi sekejap pun kena ada jugak ke? macam melancung atau daki gunung kinabalu ke?

    BalasPadam
  4. hebat2.. tahniah2... keje rajin2 lagih

    BalasPadam
  5. tahniah bro, isteri dan sahabat bro semua. kenaikan bergandalah suami isteri ni.

    BalasPadam
  6. bakal suami adik ipar seorang cikgu di Sarawak , dengar cerita selepas kahwin hendak memohon berkhidmat di Semenanjung...

    BalasPadam
  7. Saya pernah ada dokumen perjalanan terhad (it was long time ago) untuk membolehkan kami warga Johor ke Singapura tapi dah lama dimansuhkan rasanya.

    Tahniah di atas rezeki yang diberi. Insya allah lebih dimurahkan rezeki pada masa mendatang.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, tahniah rezeki anak-anak.
    Ibu bapanya dapat kekal di tempat sama tak perlu fikir nak kena pindah kan.

    BalasPadam
  9. ingatkan dah tak kena dokumen perjalanan terhad nie, ini bermakna anak saya seorang army yang bertugas di Sandakan Sabah pun kena ada dokumen ini yea....baru tahu.....

    BalasPadam
  10. Dua2 dapat naik pangkat dan di tempat yang sama. Kira memang berita gembira la tu. Tahniah. Skim DH ni kira mengajar jgk ke bro?

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra