Ahad, 28 April 2013

PRU13 : Janji-janji Pihak Kerajaan dan Pembangkang dalam PRU13

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

5 Mei 2013 merupakan tarikh penting bagi negara kita iaitu akan berlangsungnya PRU 13 yang akan menjadi penentu kepada masa depan negara.. Saya kira pastinya seluruh rakyat Malaysia sudah membuat perancangan untuk menghadirkan diri ke tempat mengundi bagi memberi sokongan kepada wakil rakyat pilihan mereka.. 

PRU 13 kelihatan lebih rancak berbanding pilihan-pilihan raya sebelum ini... Mungkin akibat kesan daripada PRU12 yang mana pihak yang mendominasi kerusi pemerintahan sebelum ini iaitu Barisan Nasional (BN) telah kehilangan beberapa kerusi ditangan pembangkang hasil gabungan parti PAS, PKR dan DAP..    


Sebelum menjelang PRU 13  kita dapat melihat satu pendekatan positif yang masa setiap wakil rakyat  cuba sehabis baik untuk menawan hati rakyat... Wakil rakyat pada kali ini berkemungkinan besar akan disingkirkan sekiranya tidak pernah tunjuk muka untuk mendengar permasalahan rakyat... Pendekatan sebegini yang kita mahukan... Iaitu rakyat bijak untuk membuat penilaian bagi mencari pemimpi terbaik yang boleh dipercayai supaya dapat memegang taggungjawab yang diamanahkan kepada mereka...

Sumber : Klik Di Sini

Untuk menawan hati rakyat, pihak kerajaan (BN) telah memperkenalkan produk-produk dahulukan rakyat 1 Malaysia.. Terdapat 232 produk kesemuanya yang pastinya mampu membuatkan rakyat Malaysia tersenyum menerimanya... Antara produk-produk Dahulukan Rakyat 1 Malaysia ialah:

  • BR1M - Memberi bantuan sebanyak RM500 kepada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan
  • TR1MA - Insentif Untuk Pemandu Teksi
  • Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia - untuk meringankan perbelanjaan pelajar IPT
  • Komputer 1 Malaysia - Mengurangkan jurang digital dalam kalangan rakyat Malaysia
  • Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) - Dapat mengurangkan kos ambil lesen
  • PR1MA - Menawarkan harga rumah 20% lebih rendah berbanding dnegan harga pasaran
  • Baucer Buku 1 Malaysia - Pemberian Baucer buku berjumlah RM250 kepada pelajar IPT
  • Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PPR)  
  • Pakej komunikasi belia 1 Malaysia - pemberian rebat RM200 bagi pembelian satu telefon pintar
  • Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) 1 Malaysia
  • Program Get Malaysia Business Online (GMBO) 1 Malaysia - pemberian RM1000 kepada 50 ribu usahawan kecil untuk memulakan perniagaan online
  • Rumah Kos rendah (SPNB) 1 Malaysia - Membina sebanyak 22,855 unit rumah mampu milik untuk rakyat Malayssia
  • Rumah mesra rakyat 1 Malaysia - Membina 21000 rumah mesra rakyat berharga RM65,000 dengan subsidi sebanyak RM20,000 
  • Skim Rumah Pertamaku (SRP) 1 Malaysia - Membantu golongan muda yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama
  • Diskaun PTPTN 1 Malaysia - Diskaun 20% diberikan ke atas jumlah pinjaman PTPTN
  • Dan banyak lagi.... Tak larat untuk saya menulis kesemuanya 232 Produk-produk dahulukan rakyat 1 Malaysia... 

Hmmmm... Nampaknya pihak kerajaan bersungguh-sungguh untuk menawan hati rakyat supaya dapat terus memberi mandat kepada mereka untuk mentadbir negara untuk 5 tahun akan datang... 

Selain pihak kerajaan, barisan pembangkang juga menawarkan insentif yang menarik sekiranya mereka diberi peluang untuk mentadbir negara... Walaupun insentif yang bakal diberikan mungkinlah tidak sebanyak produk-produk dahulukan rakyat 1 Malaysia. tetapi ianya juga boleh membuatkan seluruh rakyat Malaysia tersenyu.... ;)

Berikut merupakan janji-janji pembangkan sekiranya mereka diberi kepercayaan oleh rakyat untuk mendtadbir negara:


  • Pendidikan Percuma - Yuran Hapus Pinjaman PTPTN jadi biasiswa
  • Hapuskan Tol 
  • Harga kereta lebih murah - Kurang hutang, hidup lebih ceria
  • Mikro Kredit Usahawan - Bantuan kewangan untuk usahawan
  • Imbuhan Guru - sebanyak RM500 sebulan supaya guru dapat lebig fokus dalam mendidik anak bangsa
  • Caruman Wanita Nasional - RM600 setahun simpanan hari tua suri rumah
  • Turunkan harga minyak - Bila harga minyak turun, harga barang juga akan turun dan kos sara hidup lebih rendah
  • Intensif penjagaan anak-anak - RM1000 setahun
  • Wifi Percuma - memberi kemudahan kepada orang ramai untuk berhubung secara online
  • Rumah pertama wanita - 
  • Gaji minimum RM1100 sebulan 
  • Mengutamakan kebajikan untuk rakyat Malaysia..

Sekarang pihak kerajaan dan pihak pembangkang telah memberi janji dan harapan kepada seluruh rakyat Malaysia, sekiranya mereka diberi pilihan untuk menerajui negara dalam tempoh 5 tahun akan datang... Diharap mereka akan menunaikan janji-janji mereka seandainya  mereka diberi mandat untuk mentadbir negara.. 

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kita yang terdahulu kerana telah berusaha sehabis baik untuk mentadbir negara... Semoga perdana menteri akan datang dapat mentadbir negara dengan lebih baik lagi.... 


P/s : Stakat ini penganalisis politik masih belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang calon perdana menteri Malaysia yang seterusnya.. Selepas mereka menggunakan nama RAHMAN, untuk menentukan senarai nama perdana menteri Malaysia pada beberapa tahun yang lalu.. Kita tunggu sahaja... Mungkin selepas PRU13 ada rangkaian nama baru yang akan dikeluarkan... ;) 

2 ulasan:

  1. Tak sabar nak balik mengundi! ^_^

    BalasPadam
  2. kita saksikan siapa yang bakal mengetuai negara.. =)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra