Jumaat, 5 April 2013

Rural Business Challenge kembali lagi: peluang Memenangi Geran Perniagaan Sehingga RM2 juta

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtara..

Masihkah anda ingat lagi tentang program Transformasi Belia Desa yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah pada tahun lepas??  Program tersebut dikenali sebagai Rural Business Challenge (RBC) yang merupakan satu Pertandingan Rancangan Perniagaan yang memberi peluang kepada belia Malaysia khusunya di luar bandar untuk merealisasikan ide-idea bernas untuk diterjemahkan kepada satu perniagaan yang berdaya maju.. 

Berita baik buat anda semua... Khususnya kepada belia di luar bandar....  


Rural Business Challenge (RBC) kembali lagi.. Anda berpeluang untuk memenangi geran perniagaan sehingga bernilai RM2 juta melalui pertandingan ini... Disamping itu terdapat hadiah tambahan lain yang turut disediakan pada kali ini iaitu Idea kategori Perniagaan Terbaik bakal memenangi wang tunai sehingga RM10,000 


Hmmmm... Menarik ni... Kepada rakan-rakan belia yang mempunyai idea yang bernas dan menarik untuk diketengahkan sebagai satu perniagaan... Cubalah sertai pertandingan ini... Buat satu rancangan perniagaan yang menarik dan hantarkan Rancangan Perniagaan anda yang telah lengkap kepada:


Sekretariat RBC
Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Bahagian Pengupayaan Ekonomi
Aras 19, No 47, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
MALAYSIA

Sebelum 30 April 2013.. 

Penghantaran Rancangan Perniagaan hendaklah melalui kaedah berikut :
a. Pos Laju;
b. Pos Berdaftar; 
c. Kurier; atau
d. Serahan Tangan.

Berikut antara pautan-pautan yang boleh anda layari untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pertandingan ini:
  • Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang terma dan syarat pertandingan, sila klik di sini
  • Untuk mendapatkan Format Rancangan Perniagaan, klik di sini
  • Untuk mendapatkan Panduan Rancangan Perniagaan, klik di sini
  • Untuk mendapatkan Borang Penyertaan RBC, klik di sini

Jadi, apa tunggu lagi... Manalah tahu ada rezeki anda... Boleh dapat geran perniagaan sehingga bernilai RM 2 juta.. Boleh belanja saya makan hehehe... ;)

1 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra