Sabtu, 16 Februari 2013

Pemberian Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) di PSIS

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada minggu lepas bersamaan hari Khamis (7 Februari 2013) berlangsungnya Pemberian Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).. Semua pelajar yang mendaftar untuk mengikuti sesi pembelajaran Dis 2012 mendapat Baucer buku tersebut, termasuklah anak PA (Penasihat Akademik) saya..


Betapa gembiranya anak PA Puan Ruhiyah menerima Baucer Buku 1 Malaysia..

Semasa majlis rasmi Pemberian Baucer buku tersebut diadakan, semua pensyarah yang mempunyai kelapangan masa dijemput untuk turut sama memeriahkan majlis tersebut.. Disebabkan ada kelas, saya tidak turut serta menghadiri majlis tersebut... lagipun anak PA saya terdiri daripada pelajar semester 5.. Tidak diwajibkan hadir seperti Penasihat Akademik Pelajar semester 1..


Mujur pula kawan saya ada menghadiri majlis Perasmian tersebut... Jadi, dapatlah gambar 'lakonan semula' beliau menerima replika cek Baucer buku 1 Malaysia daripada seorang sahabat... ;)

Lakonan semula Replika Penyerahan Baucer Buku 1 Malaysia kepada seluruh pelajar PSIS.. 

Selepas majlis Penyerahan tersebut selesai diadakan.. Penasihat akademik boleh mula mengambil Baucer Buku 1 Malaysia tersebut untuk diserahkan kepada anak PA masing-masing.. Pada semester ini saya mempunyai 29 anak PA.. Maka inilah hasilnya..

Baucer Buku 1 Malaysia dan Dokumen Penyerahan untuk 29 orang anak PA

Sampul Baucer Buku 1 Malaysia seumpama Angpau Tahun Baru Cina.. Memandangkan Baucer buku tersebut diberikan sebelum Perayaan Tahun Baru Cina..

Baucer Buku 1 Malaysia.. Seorang pelajar dapat 5 keping bersamaan RM250.00

Betapa gembiranya para pelajar menerima Baucer Buku tersebut.. Baucer Buku 1 Malaysia boleh digunakan di mana-mana kedai buku yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia.. Termasuk yang terbaru, rangkaian perniagaan Mydin.. 


2 Orang anak PA saya yang sedang mengambil Baucer Buku 1 Malaysia..

Diharapkan para pelajar dapat menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia ini dengan sebaik-baiknya... Terdapat segelintir orang di luar sana, yang cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan daripada Baucer Buku 1 Malaysia.. Diharap tiada pelajar kami yang terpedaya dengan taktik-taktik yang mereka gunakan untuk tujuan tersebut...   

P/s: Beruntung pelajar IPT zaman sekarang ni.. Boleh dapat Baucer Buku 1 Malaysia.. Daripada RM200, kini dah menjadi RM250.. Kenapalah zaman saya belajar dulu tak ada dapat Baucer buku macam ni... Harap mereka lebih bersemangat untuk belajar lepas habis cuti pertengahan semester ini... 

2 ulasan:

  1. dah dapat dah last week kat sini.
    tapi tak guna lagi. haha
    tak tau nak beli ape dah.. stationery pun 20% je valid..

    BalasPadam
  2. kerajaan sekarang sangat prihatin setelah kerajaan pembangkang kaut

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra