Sabtu, 17 November 2012

Bagaimana ingin menjadi Jutawan hartanah? (Siri 1)

with 17 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah.. Setelah sekian lama.. Akhirnya saya berpeluang membaca buku   Rich Dad Poor Dad yang terkenal sebagai buku Bestseller sepanjang zaman disebabkan hasil jualannya yang sangat memberangsangkan di seluruh dunia.. 

Setakat ini saya telah berjaya membaca hampir separuh isi kandungan buku ini.... Dan Insya Allah, Kalau tiada sebarang halangan, saya akan cuba membaca buku ini sehingga tamat sebelum berakhirnya bulan November.. 

Saya perlu mencapai sasaran yang telah ditetapkan, supaya selepas ini saya dapat membaca buku-buku lain lagi yang telah memenuhi rak buku di rumah saya... disamping untuk meluangkan masa memenuhi azam tahun baru 1434 Hijrah.. ;)


Setelah berjaya membaca buku Rich Dad Poor Dad karangan Robert T. Kiyosaki sehingga  muka surat ke 80, saya lebih memahami maksud sebenar tentang aset dan Liabiliti mengikut apa yang di ajar oleh Rich Dad kepada beliau.. 

Sebelum ini berdasarkan maklumat yang saya tahu, pelaburan ke atas rumah dan hartanah tergolong dalam pelaburan aset.. Tetapi menurut apa yang disampaikan oleh Rich Dad:
"Orang kaya mengumpul aset. Orang miskin dan kelas menengah mengumpul liabiliti yang mereka sangka adalah aset"

Saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Rich Dad.. Disebabkan itu kita lihat ,orang kaya akan menjadi semakin kaya, manakala orang miskin dan golongan pertengahan akan terus dibebani dengan hutang...

Rumah atau hartanah akan menjadi aset, sekiranya ianya dibeli untuk tujuan pelaburan.. Sebaliknya sekiranya ianya dibeli untuk didiami, tanpa memberikan sebarang pulangan aliran tunai ke dalam penyata pendapatan kita.. ia dianggap sebagai liabiliti..

Sumber : (Klik Di Sini)

Dengan bahasa mudahnya.. "Aset menambah wang ke dalam poket kita. Liabiliti mengambil wang dari poket kita"..

Jadi sebarang perkara yang mengambil wang dari poket kita dianggap sebagai liabiliti seperti rumah untuk didiami, Kereta, Kad Kredit, perabot rumah dan sebagainya..

Justeru itu.. sebelum kita mengambil keputusan untuk membeli kereta atau rumah untuk didiami... kita jangan sesekali terpengaruh dengan perkara yang dilakaukan oleh rakan sekerja dan jiran tetangga kita, yang mempunyai anggaran pendapatan hampir sama dengan kita..

Ramai dalam kalangan golongan berpendidikan tinggi, berminat untuk membeli kereta dengan bayaran melebihi RM1000 sebulan dan rumah dengan bayaran bulanan melebihi RM1500 sebulan... Walaupun secara realitinya mereka mampu memilikinya.. 

Dengan memiliki rumah dan kereta seperti di atas, hidup kita kelihatan dalam keadaan mewah... Tetapi secara realitinya kita mempunyai banyak hutang yang perlu dibayar pada setiap bulan.. 

Terlalu banyak aliran wang tunai akan mengalir keluar daripada poket kita sehingga boleh menyebabkan kita terjerumus dalam masalah kewangan pada setiap bulan.. Inilah hakikat sebenar yang berlaku kepada sebahagian besar Rakyat malaysia.. Untuk maklumat lanjut (klik di sini)

Lebih baik kita belajar hidup bersederhana macam brader Hensem ini, yang hanya menaiki sebuah kereta proton wira "Second Hand" tetapi berjaya memiliki 14 buah rumah sewa.. 

Kesemua rumah sewa yang beliau miliki adalah Aset dan bukan liabiliti.. Kini beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti daripada bekerja makan gaji, setelah mendapati aset yang beliau kumpul mampu memberi jaminan kewangan dalam kehidupan beliau..

Terima kasih di atas nasihat yang telah beliau berikan, sebelum saya berhasrat untuk membeli sebuah rumah Banlow satu Tingkat di batu gajah Perak..


Sumber : (Klik Di Sini)

Disebabkan itu dalam pelaburan hartanah, kita disyorkan untuk membeli rumah kos sederhana yang berharga sekitar RM100,000 berbanding rumah kos mewah yang berharga dalam lingkungan RM200,000 ke atas.. 

Anda nak tahu kenapa?

Ini kerana dengan melabur ke atas rumah kos sederhana, ianya akan mengurangkan liabiliti terhadap hartanah... dan dalam masa yang sama dapat membantu kita menambahkan aset.. ;) 

Inilah yang dilakukan oleh para pelabur hartanah sehingga membolehkan mereka menjadi jutawan..


Percaya atau tidak, Semua orang berpeluang untuk menjadi jutawan hartanah dengan hanya bekerja makan gaji??


Saya pernah membuat satu analisis, tentang strategi untuk menjadi jutawan dalam pelaburan hartanah dalam ebook kedua saya berjudul 7 Strategi tambah Wang Saku... Dalam analisis yang telah saya buat, kita perlu mengeluarkan modal sebanyak RM1,000 sebulan secara berterusan selama 30 tahun..

  • Modal yang kita keluarkan adalah sebanyak RM30,000 + (RM1,000 X 12 bulan X 30 tahun) = RM 390,000
  • Keuntungan minimum yang berjaya kita perolehi adalah sebanyak = RM1.5 juta..

Analisis tersebut saya lakukan secara realistik dengan menganggarkan kenaikan harga rumah minimum 5% setahun di kebanyakan tempat di Malaysia.. 
"Anda mungkin lebih bernasib baik sekiranya dapat membuat pelaburan di kawasan elit seperti di kawan Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru yang kenaikan harga rumahnya boleh mencecah sehingga 2 kali ganda daripada harga asal.. Untuk maklumat lanjut (sila klik di sini)"
Secara realitinya, semua orang boleh menjadi jutawan Hartanah dengan memiliki 1 buah rumah kediaman setiap 5 tahun Dan Berhenti Membayar Ansuran Rumah dalam tempoh 30 Tahun..

Membeli rumah Kos sederhana berharga dalam lingkungan RM100,000 dengan modal permulaan RM30,000 dengan kadar faedah yang sama 8% setahun selama 30 tahun. 

Katakan kita bermula pada tahun 2012 dan berakhir pada tahun 2042. Komitmen kewangan anda untuk pelaburan ke atas rumah adalah RM1,000 sebulan. Di mana sebahagian daripadanya digunakan untuk membayar ansuran rumah dan sebahagian lagi digunakan untuk mengumpul deposit bagi bayaran rumah seterusnya. Kita andaikan peningkatan nilai rumah adalah 5% setahun.

RUMAH KEDIAMAN (RUMAH 1), RUMAH 2, RUMAH 3, RUMAH 4, RUMAH 5 DAN RUMAH 6

  • Wang Deposit Hartanah : RM30,000.00 (modal permulaan untuk memulakan pelaburan) 
  • Komitmen bayaran setiap bulan : RM1,000 selama 30 tahun
RUMAH 1

  • Tempoh Pinjaman : 20 Tahun (8% setahun)
  • Bayaran bulanan ansuran rumah kediaman : RM594
  • Sewa rumah sebulan RM650
  • Bayaran tabungan tetap sebulan RM406 untuk deposit rumah dan mendapat dana tambahan RM55 setiap 5 tahun daripada perbezaan sewa rumah dengan bayaran ansuran bulanan
Tahun
Baki akaun semasa
Simpanan tahunan
Keuntungan setahun
Jumlah
1
0.00
4872.00
487.20
5359.20
2
5359.20
4872.00
1023.12
11254.32
3
11254.32
4872.00
1612.63
17738.95
4
17738.95
4872.00
2261.10
24872.05
5
24872.05
4872.00
2974.40
32718.45
Nota: Menggunakan RM 30,000 untuk membayar deposit rumah  ke 2.. Akaun berbaki RM2,718.45


RUMAH 2

  • Tempoh Pinjaman : 20 Tahun (8% setahun)
  • Bayaran bulanan ansuran rumah kediaman : RM594
  • Sewa rumah sebulan RM650
  • Bayaran tabungan tetap sebulan RM406 untuk deposit rumah dan mendapat dana tambahan RM55 setiap 5 tahun daripada perbezaan sewa rumah dengan bayaran ansuran bulanan
  • Anggaran dana yang berjaya dikumpul untuk dua buah rumah sewa bagi tahun ke 6 hingga ke 10 seperti dalam jadual di bawah:

Tahun
Baki akaun semasa
Simpanan tahunan
Keuntungan setahun
Jumlah
6
2718.45
5532.00
553.20
8803.65
7
8803.65
5532.00
1433.57
15769.22
8
15769.22
5532.00
2130.12
23431.34
9
23431.34
5532.00
2896.33
31859.67
10
31859.67
5532.00
3739.17
41130.84
Nota: Menggunakan RM 30,000 untuk membayar deposit rumah  ke 3.. Akaun berbaki RM11,130.84


RUMAH 3
  • Tempoh Pinjaman : 20 Tahun (8% setahun)
  • Bayaran bulanan ansuran rumah kediaman : RM594
  • Sewa rumah sebulan RM650
  • Bayaran tabungan tetap sebulan RM406 untuk deposit rumah dan mendapat dana tambahan RM55 setiap 5 tahun daripada perbezaan sewa rumah dengan bayaran ansuran bulanan
  • Anggaran dana yang berjaya dikumpul untuk tiga buah rumah sewa bagi tahun ke 11 hingga ke 15 seperti dalam jadual di bawah:
Tahun
Baki akaun semasa
Simpanan tahunan
Keuntungan setahun
Jumlah
11
11130.84
6192.00
619.20
17942.04
12
17942.04
6192.00
2413.40
26547.44
13
26547.44
6192.00
3273.94
36013.39
14
36013.39
6192.00
4220.54
46425.93
15
46425.93
6192.00
5261.79
57879.72
Nota: Menggunakan RM 50,000 untuk membayar deposit rumah  ke 4.. Akaun berbaki RM7,879.72

RUMAH 4

  • Wang Deposit Hartanah : RM50,000.00 (dana yang berjaya dikumpul daripada rumah sewa 1-3)
  • Tempoh Pinjaman : 15 Tahun (8% setahun)
  • Bayaran bulanan ansuran rumah kediaman : RM486.79
  • Sewa rumah sebulan RM650 
  • Bayaran tambahan tabungan tetap sebulan RM163 (perbezaan antara sewa rumah dengan bayaran ansuran bulanan
  • Anggaran dana yang berjaya dikumpul untuk 4 buah rumah sewa bagi tahun ke 16 hingga ke 20 seperti dalam jadual di bawah:
Tahun
Baki akaun semasa
Simpanan tahunan
Keuntungan setahun
Jumlah
16
7879.72
8148.00
814.80
16842.52
17
16842.52
8148.00
2499.05
27489.57
18
27489.57
8148.00
3563.76
39201.33
19
39201.33
8148.00
4734.93
52084.26
20
52084.26
8148.00
6023.23
66255.49
Nota: Menggunakan RM 60,000 untuk membayar deposit rumah  ke 5.. Akaun berbaki RM6,255.49.. Bayaran ansuran bulanan rumah 1 telah selesai (Wang deposit untuk rumah pertama sebanyak RM486.79 sebulan juga dimasukkan ke dalam akaun).. 

RUMAH 5

  • Wang Deposit Hartanah : RM60,000.00 (Dana yang berjaya dikumpul sebelum ini)
  • Tempoh Pinjaman : 10 Tahun (8% setahun)
  • Bayaran bulanan ansuran rumah kediaman : RM496.77
  • Sewa rumah sebulan RM650 
  • Bayaran tambahan tabungan tetap sebulan RM153 (perbezaan antara sewa rumah dengan bayaran ansuran bulanan
  • Rumah 1 telah selesai di bayar. Wang tambahan bayaran ansuran untuk rumah 1 sebanyak RM594
  • Anggaran dana yang berjaya dikumpul untuk 5 buah rumah sewa bagi tahun ke 21 hingga ke 25 seperti dalam jadual di bawah:
Tahun
Baki akaun semasa
Simpanan tahunan
Keuntungan setahun
Jumlah
21
6255.49
17112.00
1711.20
25078.69
22
25078.69
17112.00
4219.07
46409.76
23
46409.76
17112.00
6352.18
69873.93
24
69873.93
17112.00
8698.59
95684.53
25
95684.53
17112.00
11279.65
124076.18
Nota:

  • Menggunakan RM 29,000 untuk membayar deposit rumah  ke 6.. 
  • Bayaran ansuran bulanan Rumah ke 2 telah selesai
  • RM 94,653 digunakan untuk menyelesaikan bayaran hutang rumah No 3 (RM35,640), rumah no.4(RM29,220) dan rumah no.5(RM29,820) 
  • Akaun berbaki RM0,000.00

RUMAH 6

  • Wang Deposit Hartanah : RM29,000.00 (Sebahagian Dana yang berjaya dikumpul sebelum ini)
  • Tempoh Pinjaman : 5 Tahun (8% setahun)
  • Bayaran bulanan ansuran rumah kediaman : RM1481.87
  • Sewa rumah sebulan RM650 
  • Pendapatan tahunan untuk 5 buah rumah yang telah selesai dibayar adalah RM39,000
  • Anggaran dana yang berjaya dikumpul untuk 6 buah rumah sewa bagi tahun ke 26 hingga ke 30 seperti dalam jadual di bawah:
Tahun
Baki akaun semasa
Simpanan tahunan
Keuntungan setahun
Jumlah
26
0.00
39000.00
3900.00
42900.00
27
42900.00
39000.00
8190.00
90090.00
28
90090.00
39000.00
12909.00
141999.00
29
141999.00
39000.00
18099.90
199098.90
30
199098.90
39000.00
23809.89
261908.79
Nilai RM 261,908.79 ini akan ditolak dengan bayaran ansuran rumah ke 6 iaitu RM1481.87x12x5 = RM88,912.20.Baki wang yang ada dalam simpanan kita adalah RM 172,996.59

Sekarang  mari kita lihat rumusan keseluruhan hasil daripada pelaburan ke atas pembelian rumah teres kos sederhana selama 30 tahun dengan membeli seunit rumah setiap 5 tahun.

Rumah
Tahun membeli
Wang terkumpul setiap 5 tahun
Tahun Tamat Membayar
Harga rumah pada tahun 2041
Rumah 1
2012
RM 32718.45
2032
RM 250,000
Rumah 2
2017
RM 41130.84
2037
RM 225,000
Rumah 3
2022
RM 57879.72
2037
RM 200,000
Rumah 4
2027
RM 66255.49
2037
RM 175,000
Rumah 5
2032
RM 124076.18
2037
RM 150,000
Rumah 6
2037
RM 261908.79
2042
RM 125,000
HARGA ASET PADA TAHUN 2040 (JUMLAH)
RM 1,125,000

Setelah 30 tahun berlalu berikut adalah nilai keuntungan yang diperolehi:-

  • Wang dalam akan simpanan berbaki RM 172,996.59
  • Mempunyai nilai aset sebanyak RM1,125,000.00
  • Memperolehi pendapatan pasif berterusan setiap bulan daripada penyewa sebanyak RM3,250 sebulan.
Inilah hasil keuntungan minimum yang berjaya diperolehi melalui pelaburan hartanah dengan komitmen kewangan sebanyak RM1,000 sebulan selama 30 tahun.. Keuntungan sebenar mungkin lebih banyak daripada itu sekiranya kita dapat mengurangkan faedah pinjaman perumahan (kurang 8% setahun) dan peningkatan harga rumah melebihi 5% setahun..

Disebabkan itulah orang kaya menjadi semakin kaya.. Lebih-lebih lagi sekiranya para pelabur hartanah menggunakan strategi pelaburan hartanah tanpa modal yang dilakukan oleh brader ini (klik di sini) 



Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini.. Semoga info yang saya berikan dapat memberi manfaat kepada kita semua, untuk mempelajari strategi dalam pelaburan Hartanah..

P/s: Sekiranya anda menyukai entri ini, sila klik "like Facebook button" yang terdapat pada entri ini..

17 ulasan:

  1. Saya reader Robert T. Kiyosaki jugak!
    Alhamdulillah memang tahu all of this tp sekarang baru nak start degree.. so cam tak sabar giler nak start! Wish I have another business yang produce passive income so that boleh start my real estate investment a.s.a.p.. Ada suggestion tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Razil Tahir, saya ada suggestion.. boleh emel saya di: sutera2006@yahoo.com
      bina passive income tanpa modal :)

      Padam
  2. Good Job Nuar..

    Long Term plan ko ni memang terbaik la. Sepatutnya ramai bumuputera esp Melayu yang ceburi hartanah sebab for long term, hartanah takdelah susah pun. Cuma nak ke taknak jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih alhamidi..

      Golongan yang kurang berkemampuan macam saya ni kena buat perancangan long term..

      Supaya aliran tunai dalam poket masih lagi stabil.. ;)

      Padam
  3. RM1k X 12 bulan X 30 tahun, sepatutnya berjumlah RM360k, bukan RM390k..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas respon yang diberikan..

      Sibungakecil, cuba wak baca balik apa yang saya tulis..

      Modal yang kita keluarkan adalah sebanyak RM30,000 + (RM1,000 X 12 bulan X 30 tahun) = RM 390,000..

      Ada depostit RM30k yang awak terlepas pandang.. ;)

      Padam
  4. handalnya bro dlm bidang hartanah ..macam AE dah ye..hehe ..good luckbro

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sikit2 tu bolehlah.. Banyak lagi yang perlu saya pelajari dalam pelaburan hartanah..

      Lepas ni saya nak menuntut dengan AE, Tuan Bri, Saufi Karim, dan sesiapa sahaja yang pakar dalam pelaburan Hartanah..

      Padam
  5. suke jugak bace buku2 robert kiyosaki... untuk isteri cube suggest bace buku2 yg wife dia publish...mmg boleh menaikkan semangat kaum prmpuan utk lebey berjaye... hehe

    BalasPadam
  6. otai ni mmg pandai serba serbi... god bro

    BalasPadam
  7. Ada byk cara nk jadi jutawan skrg.. kalu start dari awal maybe cara senang amik asb loan for 20 years and max rm200k. Remain dividen dlm akaun n just compounded jer.. maintain byr abt rm1000++ every mth for 20 years. After 20 yrs dah jadi 1m pada kdar atleast 8% pyear... kalu ada rumah sewa lagi cepat. No need amik asb loan. Just refinancing, campak lebihan mkt price rumah dgn refinancing. Rumah sewa yg byr mthly refinancing... senang hidup!

    BalasPadam
  8. penjelasannya sangatlah lengkap, jadi pengen juga berinvestasi di bidang properti

    BalasPadam
  9. Adakah anda sedang mencari pinjaman yang sangat asli? pada kadar faedah yang berpatutan? diproses dalam tempoh 4-6 hari bekerja. Adakah anda telah ditolak secara berterusan oleh Bank anda dan institusi kewangan lain? Berita baik ada di sini !!! Saya menawarkan pinjaman pada kadar faedah 4.%. PINJAMAN untuk membangunkan perniagaan dan peningkatan daya saing / perniagaan.
    Saya menawarkan jenis pinjaman dan banyak lagi:
    * Pinjaman peribadi (Pinjaman Tidak Bercagar)
    * Pinjaman Perniagaan (Pinjaman Tidak Bercagar)
    * Pinjaman Penyatuan Hutang
    * Gabungan Pinjaman, Pinjaman Keras Wang
    * Pembaikan rumah
    * Pinjaman Kereta, pinjaman hartanah dan pinjaman Pelaburan.
    KELAYAKAN:
    1) Peminjam mestilah berusia kurang dari 18 tahun
    2) Walaupun dengan kredit Buruk, kami masih Menjamin Peminjam Pinjaman
    3) Pinjaman Boleh Diberikan Walaupun dengan kredit rendah
    4) Tiada penalti bayaran.
    5) Anda tidak memerlukan Co-Signer
    6) Anda mestilah Warganegara atau mempunyai permit kediaman di mana anda berada
    memohon dari.
    Hubungi: Bolandloanservices4all@gmail.com
    Terima kasih

    BalasPadam
  10. Adakah anda memerlukan Pinjaman?
    Adakah anda mencari Kewangan?
    Adakah anda mencari Pinjaman untuk memperbesar perniagaan anda?
    Saya fikir anda telah sampai di tempat yang betul.
    Kami menawarkan Pinjaman dengan kadar faedah rendah.
    Orang yang berminat mesti menghubungi kami di
    Untuk maklum balas segera terhadap permohonan anda, Mohon
    balas e-mel ini di bawah sahaja.
    Whatsapp +918256953815
    ushaservicesonline@gmail.com
    Tolong, berikan kami Maklumat berikut sekiranya berminat.

    1) Nama Penuh: ………
    2) Jantina: ………
    3) Jumlah Pinjaman Diperlukan: ………
    4) Tempoh Pinjaman: ………
    5) Negara: ………
    6) Alamat Rumah: ………
    7) Nombor Mudah Alih: ………
    8) Pendapatan Bulanan: …………………
    9) Pekerjaan: ………………………
    ) Laman web mana yang anda ada di sini mengenai kami ...

    Terima kasih dan salam mesra.
    ushaservicesonline@gmail.com
    +918256953815

    BalasPadam
  11. Do you need a Loan?
    Are you looking for Finance?
    Are you looking for a Loan to enlarge your business?
    I think you have come to the right place.
    We offer Loans at low interest rate.
    Interested people should please contact us on
    For immediate response to your application, Kindly
    reply to this emails below only.
    Whatsapp +918256953815
    ushaservicesonline@gmail.com
    Please, do provide us with the Following information if interested.

    1) Full Name:………
    2) Gender:………
    3) Loan Amount Needed:………
    4) Loan Duration:………
    5) Country:………
    6) Home Address:………
    7) Mobile Number:………
    8)Monthly Income:…………………
    9)Occupation:………………………
    )Which site did you here about us…………………

    Thanks and Best Regards.
    ushaservicesonline@gmail.com
    +918256953815

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra