Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Dalam kehidupan kita pada hari ini, kita tidak akan terlepas daripada masalah hutang.. Betul tak? Kalau ada diantara anda yang langsung tidak berhutang, saya memang "tabik spring" dekat anda.. Tentu anda mempunyai cara yang "luar biasa" untuk "survive" dalam dunia yang serba materialistik ini, tanpa sebarang hutang..
Bagi golongan yang bekerja makan gaji seperti saya.. biasanya duit gaji yang masuk ke akaun bank, sekadar persinggahan sementara.. Waktu pagi pada hari dapat gaji, adalah duit beberapa ringgit dalam akaun bank..
Tetapi apabila tiba sebelah petang, duit dalam akaun bank tetap ada.. Tapi nilainya susut 3/4 daripada jumlah keseluruhan.. Yang selebihnya duit tersebut habis buat bayar hutang..
Dalam sehari jer, habis duit buat bayar hutang kereta, hutang rumah, hutang kad kredit, bayar sewa rumah, bayar pengasuh anak-anak, bayar bil astro, bayar bil broadband, telefon, dan sebagainya..
Itulah hakikat dalam kehidupan kita pada hari ini..
Kesan daripada hutang ini telah menyebabkan sebanyak 116,379 kes kebangkrapan yang melibatkan rakyat Malaysia diantara tahun 2005 sehingga April 2012..
Setelah siasatan dilakukan, didapati antara Faktor utama yang menjadi penyebab kepada kebangkrapan tersebut adalah hutang Sewa kenderaan (25%) dan Pinjaman Perumahan (12%).. Untuk maklumat lanjut sila Klik Di sini
Bagi golongan yang bekerja makan gaji seperti saya.. biasanya duit gaji yang masuk ke akaun bank, sekadar persinggahan sementara.. Waktu pagi pada hari dapat gaji, adalah duit beberapa ringgit dalam akaun bank..
Tetapi apabila tiba sebelah petang, duit dalam akaun bank tetap ada.. Tapi nilainya susut 3/4 daripada jumlah keseluruhan.. Yang selebihnya duit tersebut habis buat bayar hutang..
Dalam sehari jer, habis duit buat bayar hutang kereta, hutang rumah, hutang kad kredit, bayar sewa rumah, bayar pengasuh anak-anak, bayar bil astro, bayar bil broadband, telefon, dan sebagainya..
Itulah hakikat dalam kehidupan kita pada hari ini..
Kesan daripada hutang ini telah menyebabkan sebanyak 116,379 kes kebangkrapan yang melibatkan rakyat Malaysia diantara tahun 2005 sehingga April 2012..
Setelah siasatan dilakukan, didapati antara Faktor utama yang menjadi penyebab kepada kebangkrapan tersebut adalah hutang Sewa kenderaan (25%) dan Pinjaman Perumahan (12%).. Untuk maklumat lanjut sila Klik Di sini
Saya ingin berkongsi pandangan tentang isu tersebut.. Lebih-lebih lagi isu tentang pembelian kereta yang melebihi daripada kemampuan seseorang..
Pada zaman sekarang ni kereta merupakan satu keperluan.. Tetapi keperluan untuk membeli kereta berdasarkan kemampuan seseorang adalah berdasarkan kepada 15% daripada pendapatan bulanan seseorang..
Katakan gaji seseorang RM2000 sebulan.. Jadi wang peruntukkan untuk membayar installment kereta adalah sebanyak RM350 sebulan sahaja.. Kemudian tempoh bayaran pula tak boleh lebih daripada 5 tahun.. Ini berdasarkan info yang pernah saya baca daripada buku pengurusan wang..
Tapi saya percaya tidak ramai orang yang bersetuju dengan apa yang dinyatakan dalam buku pengurusan wang tersebut.. Tentu ada orang yang mengatakan, kereta apa yang hendak dibeli dengan bayaran Installmen bulanan sebanyak RM350 dalam tempoh 5 tahun.. Mana Class naik kereta Second Hand.. Betul tak?
Tapi saya percaya tidak ramai orang yang bersetuju dengan apa yang dinyatakan dalam buku pengurusan wang tersebut.. Tentu ada orang yang mengatakan, kereta apa yang hendak dibeli dengan bayaran Installmen bulanan sebanyak RM350 dalam tempoh 5 tahun.. Mana Class naik kereta Second Hand.. Betul tak?
Untuk pengetahuan anda, Sekiranya kita membeli kereta melebihi daripada kemampuan tersebut.. Kita mungkin akan menghadapi masalah dalam Cash flow bulanan kita.. dan sekaligus boleh menyebabkan kita menghadapi masalah untuk membayar balik hutang pinjaman kereta..
Melainkan kita ada side income yang bagus.. Ataupun kita masih bujang dan belum berminat untuk membuat pelaburan dengan membeli rumah.. ;)
Melainkan kita ada side income yang bagus.. Ataupun kita masih bujang dan belum berminat untuk membuat pelaburan dengan membeli rumah.. ;)
Saya percaya orang-orang zaman dulu, telah membeli kereta dengan mengambil kira agihan pendapatan tersebut.. Disebabkan itu, kebanyakan orang zaman dulu tidak ramai yang membeli kereta-kereta mewah.. Saya teringat kebanyakan cikgu semasa zaman saya bersekolah dulu setakat pakai kereta buruk-buruk jer..
Termasuk juga pengetua sekolah saya yang hanya memakai kereta DUTSON lama sahaja.. Pada hal pada ketika itu kereta Proton, Iswara dan Wira telah pun berada di jalan raya.. Masa tu kalau dapat tengok orang naik kereta Wira, kita beranggapan orang tersebut memang kaya raya..
Ini cerita zaman 15 tahun yang lalu.. Tapi kita lihat pada zaman sekarang ini.. kebanyakan anak muda zaman sekarang lebih berminat untuk membeli kereta mewah.. Ada diantara mereka baru bekerja 3 bulan dah berani beli kereta Honda, Toyota VIOS, NISSAN baru dan sebagainya..
Jadi, tak mustahillah sekiranya bilangan status bangkrap disebabkan oleh kegagalan membayar hutang kereta semakin bertambah..
Apa yang saya cuba sampaikan ini adalah berdasarkan pandangan dan pengalaman peribadi saya.. Kalau ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya.. Atau nak marah, terpulanglah..
Oklah saya cerita sedikit kisah benar dalam hidup saya..
Sebelum saya membeli kereta (kira-kira 6 tahun yang lepas).. ayah mertua saya mengesyorkan kepada saya supaya membeli kereta terpakai sahaja seperti wira, Iswara, Kelisa, Kenari dan sebagainya..
Menurut beliau, kereta terpakai boleh diperolehi dengan harga yang agak murah.. dan saya boleh menyelesaikan keseluruhan installmen bayaran kereta tersebut dalam masa 5 tahun sahaja dengan hanya menggunakan 15% daripada pendapatan bulanan saya.. (sama seperti apa yang diperkatakan dalam buku pengurusan kewangan)
Ayah mertua saya berharap saya dan isteri dapat memulakan kehidupan baru cara orang lama-lama iaitu “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”.
Masa tu saya tidak mendengar nasihat ayah mertua saya.. Biasalah.. Jiwa orang muda.. Nak juga merasa pakai kereta baru.. Lagipun pada ketika itu saya tinggal di Mukah Sarawak.. Perjalanan daripada satu bandar ke bandar yang lain di Sarawak agak jauh.. dan kebanyakan jalan yang biasa kami lalui adalah jalan pedalaman..
Apabila mengambilk kira faktor keselamatan dan kemungkinan yang bakal kami hadapi, sekiranya kereta rosak dalam perjalanan.. Saya nekad untuk mengambil sebuah kereta Kia Spectra baru..
Masa mula-mula beli tu.. Saya tidak menghadapi masalah kewangan pun.. Disebabkan masa tu saya masih bujang lagi..
Tapi apabila saya telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak disamping mempunyai komitmen untuk membeli rumah.. Saya dapati duit perbelanjaan bulanan keluarga ada kalanya tidak mencukupi..
Baru saya tahu tentang kebenaran kata-kata ayah mertua saya, Tentang budjet yang sepatutnya saya keluarkan untuk membeli kereta..
Sejak itu, saya mula membaca buku-buku tentang pengurusan wang.. Dan hasil daripada pembacaan saya, saya ada menulis satu ebook tentang pengurusan wang, untuk diberikan secara percuma kepada orang ramai..
Tujuan ebook ini ditulis adalah untuk memberi panduan kepada golongan muda seperti saya supaya dapat menguruskan kewangan dengan baik..
Saya pernah menghadapi situasi yang agak sukar untuk menguruskan wang gaji saya pada suatu masa dahulu disebabkan saya tidak tahu tantang ilmu pengurusan kewangan..
Jadi, saya tidak mahu ada lagi golongan muda yang berada di luar sana, yang tersilap langkah seperti saya dalam menguruskan wang gaji.. Cukuplah saya seorang sahaja yang mengalami situasi tersebut.. Segala-galanya telah pun berlalu dan mustahil untuk masa berundur semula..
Tetapi anda masih belum melalui situasi sukar seperti yang pernah saya lalui.. Dan anda masih berpeluang untuk mengurus kewangan anda dengan baik..
Disebabkan itu, saya berharap anda boleh membaca isi kandungan ebook ini.. Anda boleh mendapatkan ebook ini secara percuma dengan klik pada gambar atau tulisan di bawah:
Tujuan ebook ini ditulis adalah untuk memberi panduan kepada golongan muda seperti saya supaya dapat menguruskan kewangan dengan baik..
Saya pernah menghadapi situasi yang agak sukar untuk menguruskan wang gaji saya pada suatu masa dahulu disebabkan saya tidak tahu tantang ilmu pengurusan kewangan..
Jadi, saya tidak mahu ada lagi golongan muda yang berada di luar sana, yang tersilap langkah seperti saya dalam menguruskan wang gaji.. Cukuplah saya seorang sahaja yang mengalami situasi tersebut.. Segala-galanya telah pun berlalu dan mustahil untuk masa berundur semula..
Tetapi anda masih belum melalui situasi sukar seperti yang pernah saya lalui.. Dan anda masih berpeluang untuk mengurus kewangan anda dengan baik..
Disebabkan itu, saya berharap anda boleh membaca isi kandungan ebook ini.. Anda boleh mendapatkan ebook ini secara percuma dengan klik pada gambar atau tulisan di bawah:
Niat saya supaya tiada lagi orang ‘muda’ yang akan melakukan kesilapan yang sama seperti mana yang pernah saya lakukan.. Kita hidup sekali jer.. Sekali kita buat silap, sukar untuk kita berpatah balik..
Lebih-lebih lagi sekiranya kesilapan yang kita lakukan melibatkan pengurusan wang sehingga terpaksa menanggung hutang yang tak mampu kita membayarnya..
Kita kena beringat sebelum terkena..
Kalau dah terkena macam statistik yang dinyatakan di atas, takker naya dibuatnya..
Saya rasa sedih bila tengok rakan-rakan kita yang berada dalam status bangkrup ini.. Syukur alhamdulillah.. Masalah kewangan yang pernah saya hadapi, tidak melarat sehingga berada di status bangkrup tersebut..
Semoga Allah menjauhkan kita daripada bebanan hutang dan penindasan orang.. Amin..
terbaek la entry nie....GK pun sekarang banyak berkongsi mengenai pengawalan kewangan dengan semua blogger...
BalasPadamTerima kasih.. Semoga entri ini dapat membantu orang ramai.. Supaya dapat menguruskan kewangan dengan baik..
PadamSalam. BW. Coretan ada kebenarannya. Kena kembali semula apa yang telah dipraktikkan orang2 terdahulu. Cuma kita olahkan mengikut kesesuain masa kini. Thks perkongsian.
BalasPadamWaalaikumsalam.. Sama-sama..
PadamTu la,saya ni campur gaji dgn husband pun x cukup. Kadang2 tu ngam2 je sampai nak ke gaji. Ni belum ad anaklagi...belum beli rumah lagi. Anyway thanks for the e book...hopefully it will help me to manage my financial
BalasPadamSama-sama Marini.. Semoga ebook ini dapat memberi banyak manfaat kepada orang ramai..
PadamSalah Satu lagi perkara yang menentukan masa depan kita adalah "Sekarang". Kenapa Sekarang? 3 Sebab Perlu lakukan Sekarang
BalasPadamPengalaman Saya, lebih baik kita berhutang sekarang jika ada keperluan untuk masa hadapan seperti kereta, rumah dan barangan wajib dapur.Jika kita hanya menggunakan duit hanya untuk tujuan Lain (tidak penting) kita pasti akan mengalami masalah kelak.
Bayangkan jika hutang sudah selesai ketika kita berumur 32-35 tahun, sudah tentu akan meringankan beban kita juga dimasa kelak. :)
Apapun perkongsian yang baik dari CA. :)
Saya setuju dengan pendapat awak.. Disebabkan itu saya dan isteri membeli rumah awal.. Sebab bila kita lambat membeli rumah harga rumah akan naik dari setahun ke setahun..
PadamSetakat ini saya masih belum pernah mendengar lagi ada dekat mana-mana kawasan harga rumah jatuh..
Bila kita lambat membeli rumah, pasti kita akan menggigit jari apabila harga rumah yang kita tangguhkan pembeliannya boleh naik sehingga RM20K dalam tempoh setahun atau dua tahun (bergantung kepada kawasan)..
Saya ingin berkongsi cerita tentang pengalaman saya untuk membeli sebuah rumah Banglow satu tingkat di batu Gajah..
Semasa rumah bunglow tersebut baru diiklankan, harganya adalah RM148k.. Bagi saya berbaloi membeli rumah Bunglow satu tingkat dengan harga tersebut..
Jadi kami pun pergilah melawat ke tapak pembinaan dan telah menempah untuk satu unit rumah bunglow tersebut.. Bunglow ini didirikan mengikut fasa.. Setelah fasa 1 siap pemaju akan menyiapkan fasa kedua, ketiga dan seterusnya..
Rumah yang kami tempah berada di fasa yang keempat.. Sedangkan pada ketika itu rumah yang sedang dalam pembinaan berada pada fasa pertama..
Jadi kami menjangkakan dalam tempoh 2 tahun, projek fasa keempat akan dibangunkan..
Setelah setahun setengah berlalu.. Pembangunan baru berjalan setakat fasa kedua sahaja.. Dan harga rumah bunglow tersebut telah meningkat sebanyak RM20k.. Jadi harga rumah standard di kawasan tersebut telah menjadi RM168k berbandingan RM148k pada setahun setengah sebelumnya..
Saya berasa terkilan sangat pada ketika itu.. Disebabkan pemaju lambat membangunkan Fasa demi fasa rumah bunglow tersebut, pembeli yang bakal menanggung harga kenaikan rumah tersebut...
kalaulah kami berjaya membelinya dua tahun yang lepas, saya dah dapat jimat RM20k..
Iklim ini paling ketara di sebahagian besar kawasan tengah dan timur ... Di Amerika Utara, iklim subjenis ini merangkumi sebahagian besar kawasan timur dan ...
BalasPadamTahniah nuar.entri yg betul2 menarik.memg ada kebenarannya.
BalasPadamTerima kasih.. Saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu berdasarkan pembacaand an pengalaman peribadi saya.. ;)
PadamTahniah nuar.entri yg betul2 menarik.memg ada kebenarannya.
BalasPadamAssalamualaikum...memang ada kebenarannya apa yg Tuan katakan..org kg pernah bekerja di sektor awam sebelum mnjlnkan perniagaan sendiri..ramai kawan2 yg tidak dpt mengurus kewangan dgn baik akhirnya menganggu kerja & kehidupan harian mrka.
BalasPadamWaalaikumsalam.. Saya setuju dengan pandangan awak..
PadamPengurusan kewangan diumpamakan seperti kita menguruskan sebuah perniagaan.. Kalau kita gagal menguruskannya dengan baik, kemungkinan besar kita akan menghadapai masalah pada kemudian hari.. Wallahualam..
Semoga kita dapat dijauhi daripada masalah tersebut.. Amin..
terima kasih berkongsi. dlm ebook pasal kaad kredit tu memang bagus dan sebagai pengguna perlu sangat berhati2.
BalasPadamTerima kasih Tuan Denaihati kerana sudi membaca ebook saya.. Suatu ketika dahulu semasa berkhidmat di Mukah Sarawak, saya aktif menggunakan Kad Kredit disebabkan kerap menaiki kapal terbang.. Terutamanya untuk balik ke kampung..
PadamSekarang ni Alhamdulillah.. Saya dah berjaya mengurangkan penggunaan Kad Kredit.. Tapi hutang kad kredit sebelum ini masih lagi ada..
postingan yang bagus tentang
BalasPadamSebahagian Besar Rakyat Malaysia di bebani Hutang Rumah dan Kereta
terima kasih kerana sudi meberikan maklum balas positif tentang artikel ini..
PadamSangat setuju. Samalah dengan saya masa saya makan gaji dulu. Siap campur dengan gaji isteri pun still tak cukup. Itu belum lagi dicampur inflasi barangan harian, inflasi pendidikan, perubatan dll..something is wrong somewhere..
BalasPadamSaya juga menjemput mereka yang berminat untuk memaksimumkan simpanan KWSP pada kadar 12-15% untuk keperluan masa tua nanti. Berganda ganda daripada dividen KWSP.
Ingat, one of the most powerful power in the universe is compounding rate.
salam m. anuar...entri yang sangat menarik dan bagus...malangnya saya xdapat download ebook tu (prob pc kot)...leh emelkan kat saya x? huhu
BalasPadamhannooh22@gmail.com
time kasih :)
orang kita memang banyak berhutang. hoho..
BalasPadamRamai orang berhutang untuk perkara yang tidak produktif. Contohnya beli kereta mewah, renovate rumah berlebihan, beli perabot dan sebagainya. Orang kaya bertambah kaya kerana mereka tahu cara berhutang yang produktif. Hutang untuk menambah nilai kekayaan contohnya beli hartanah, membuat projek berdaya maju dan sebagainya. Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari industri pelaburan hartanah, boleh sertai seminar pelaburan hartanah mampu saya pada 17 Nov. 2013 di UTM skudai. Setiap orang yang bekerja seharusnya mampu untuk melabur di dalam hartanah. Teknik deposit hampir sifar juga ada diajar. Boleh hubungi saya di zulfakar@gmail.com.
BalasPadam