Khamis, 15 November 2012

Azam Tahun Baru 1434 Hijrah

with 6 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434 kepada seluruh umat Islam yang setia membaca blog Coretan Anuar... Tidak kira Walau di mana jua anda berada..



1433 Hijrah telah pun melabuhkan sayapnya... Semoga amal ibadah kita selama setahun yang lalu diterima oleh Allah S.W.T... Dan sebagai hambanya marilah sama-sama kita muhasabah diri untuk mencari kelemahan atau kekurangan dari segi amal ibadah yang kita lakukan pada tahun lepas supaya dapat kita perbaikinya pada tahun ini... Insya Allah...



Sempena menyambut maal hijrah ini kita disyorkan untuk melaksanakan amalam sunat antaranya membaca doa Akhir tahun selepas solat asar, membaca doa awal tahun selepas solat Maghrib, Membaca surah Yasin selepas solat Maghrib, menghidupkan malam Qiamullail, Berpuasa sunat pada 10 Muharam dan sebagainya...



Semoga kita dapat bersama-sama meluangkan sedikit masa untuk meningkatkan amal Ibadah kita pada bulan yang mulia ini... Agar kita dapat bersama-sama beroleh syafaat daripadanya dan sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T.... 


Sempena kehadiran tahun baru ini, marilah kita bersama-sama berazam untuk berhijrah menjadi insan yang lebih baik, insan yang lebih soleh dan solehah berbanding tahun lepas.. Semoga kita tergolong dalam golongan insan yang berjaya mengecapi kejayaan di dunia dan di akhirat... Amin...
Allah swt.berfirman yang mafhumnya :
"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah ( untuk membela dan menegakkan Islam ) , nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang  banyak dan  rezeki  yang makmur , dan sesiapa yang  keluar dari rumahnya  dengan tujuan untuk berhijrah  kepada Allah dan RasulNya , kemudian ia mati ( dalam perjalanan) , maka sesungguhnya telah tetap  pahala hijrahnya  di sisi Allah. Dan (ingatlah ) Allah Maha  Pengampun lagi Maha Mengasihani ". ( QS an-Nisa ayat 100 ). 

Azam tahun Baru..

Sempena tahun baru 1434 Hijrah ini, saya berazam untuk memahami dan manghayati isi kandungan Al-Quran, menjadi anak yang soleh, seorang suami Mithali, ayah yang penyabar dan penyayang..

Untuk memenuhi hasrat tersebut, kita disyorkan untuk mencontohi sifat dan keperibadian  baginda nabi Muhammad SAW.. 

Walaupun Rasulullah telah pergi meninggalkan kita, tetapi kita masih boleh mempelajari dan mencontohi cara kehidupan beliau melalui dua perkara yang beliau tinggalkan kepada kita, iaitu Al-Quran dan Sunnah.. 

Jadi, marilah kita sama-sama membaca, menghayati dan memahami Isi Kandungan Khutbah terakhir Rasulullah SAW sebelum baginda pergi meninggalkan kita... 
"Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini."
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil."

"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh."
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku."

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu."
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, hampir kesemua perkara dilakukan oleh seluruh umat islam pada hari ini seperti bersembahyang 5 waktu sehari semalam, berpuasa di Bulan Ramadhan, Menunaikan Zakat, Menunaikan Fardhu haji di Mekah, membaca Al-Quran dan sebagainya..


Tetapi malangnya keimanan umat islam masih lagi nipis.. Masih ramai lagi dalam kalangan kita yang cenderung untuk melakukan dosa, termasuk dosa besar.. Di mana silapnya?



Berdasarkan pesanan Rasulullah S.A.W, saya percaya ramai dalam kalangan umat islam pada hari ini tidak memahami isi kandungan Al-Quran.. Ramai umat islam boleh membaca Al-Quran, tetapi tidak ramai yang memahami isi kandungan Al-Quran.. Jadi sempena tahun baru ini, marilah kita sama-sama berazam untuk membaca, memahami dan menghayati isi kandungan Al-Quran...



Setakat ini, syukur Alhamdulillah... Saya telah pun mempunyai dua teknologi yang mungkin dapat membantu saya memahami isi kandungan Al-Quran iaitu:


  • Al-Quran Digital Read Pen, dan
  • DVD Al-Quran Interaktif

Kedua-dua teknologi ini sangat berguna kepada saya dan anak-anak untuk mempelajari, menghayati dan memahami isi kandungan Al-Quran..


Kotak Al-Quran Digital Read Pen

Isi Kandungan Al-Quran Digital Read Pen

Selain Al-Quran dan Pen Digital terdapat juga buku-buku lain yang yang turut disertakan bersama.. 

1 Al-Quran + 4 Buku + Pen Digital + Aksesori Tambahan

Bacaan dan terjemahan mengikut ayat demi ayat atau mengikut surah

Boleh memilih bacaan Qari-Qari masyhur yang kita kehendaki.. 
Untuk maklumat lanjut boleh Klik Di Sini

Buku ini sangat sesuai untuk anak-anak saya..

Mengandungi Doa-doa harian

Mengandungi Muqaddam untuk anak-anak yang baru nak belajar mengaji

Mengandungi panduan solat untuk anak-anak

Mengandungi cara bacaan dan hukum-hukum tajwid dalam Al-Quran
Sangan sesuai untuk mempelajari tajwid

Buku Doa

Buku Sahih Muslim


Talking Dictionary


Produk ini sangat membantu saya untuk membaca, menghayati dan memahami isi kandungan Al-Quran.. Dalam masa yang sama dapat saya gunakan untuk menarik minat anak-anak saya mempelajari Muqaddam dan doa-doa harian..


Sebelum saya membeli Quran Digital Read Pen, saya ada membeli DVD Interaktif untuk tujuan yang sama.. Iaitu membaca, menghayati dan memahami isi kandungan Al-Quran..


 DVD ini sangat sesuai dimiliki.. Ianya mengandungi pelbagai info yang bermanfaat seperti:
  • Bacaan Al-Quran 30 Juzuk oleh Qari terkenal, Sheikh Saad Said Al-Ghamidi
  • Asas Tajwid
  • Himpunan Pelbagai Doa
  • Panduan Solat dan Panduan Wuduk
  • Panduan Haji dan Umrah



Harga untuk DVD ini sekitar RM50 sahaja.. Ianya sangat berbaloi untuk dimiliki.. Tetapi untuk menggunakan DVD ini, saya terpaksa menghidupkan komputer terlebih dahulu.. Perkara tersebut telah menjadi satu kekangan kepada saya kerana terpaksa berebut komputer dengan anak-anak saya.. ;)



Jadi, untuk menyelesaikan masalah tersebut, saya lebih selesa menggunakan Quran Digital Read Pen..



Semoga dipermudahkan segala urusan supaya dapat memenuhi azam tahun baru 1434 Hijrah dengan jayanya.. Amin.. .. ;)



6 ulasan:

  1. salam maal hijrah..sha ada buat GA..sponsor femes tau..jom join http://opzzpinky.blogspot.com/2012/11/birthday-ga-by-sharina.html

    BalasPadam
  2. semoga usaha kita semua diberkati olehNya

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, salam maal hijrah.. wahh dah canggih sekarang ni, senang budak2 malah org tua nak baca al-Quran dengan lebih baik... =D

    BalasPadam
  4. Salam maal hijrah untuk bro sekeluarga juga.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra