Ramai Ingat nak sihat kena bersenam...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ramai Ingat nak sihat kena bersenam... 

Tapi, sebenarnya, segalanya bermula dari apa yang kita suap setiap hari..

Sebab tubuh kita ni bukan mesin yang boleh ‘layan jer’ apa yang masuk.
Apa yang kita makan tu akan jadi darah, jadi tenaga, jadi hormon… 
dan akhirnya jadi emosi kita sendiri.

Ramai Ingat nak sihat kena bersenam.
Ramai Ingat nak sihat kena bersenam.

Kadang kita pelik kenapa cepat letih?
Kenapa bangun pagi rasa kosong?
Kenapa mood asyik turun naik?

Tapi bila kita tengok balik…
Sarapan pun skip, tengah hari makan apa sempat, malam pula balas dendam makan. Makan ikut sesuka hati. 
Nampak sahaja makanan-makanan viral, terus order.
Tanpa fikir panjang..
Bila nafsu makan dah menguasai akal.

Air kosong kurang, gula lebih.
Protein kurang, kafein berlebihan.
Sayur entah ke mana.

Nak sihat bukan bermula di gym.
Tapi bermula di dapur, di tangan kita sendiri.
Dari apa yang masuk ke mulut kita setiap hari.

Setiap suapan kecil atau besar adalah keputusan untuk jaga diri, atau abaikan diri.
Slow-slow ubah dah masuk tahun baru ni.

Kurangkan manis, tambah air kosong.
Lebihkan protein, pilih yang segar.
Dan dengar apa yang badan cuba bagi tahu.

Kita tak perlu diet ketat, 
cuma perlu lebih sayang diri.

Semoga bermanfaat..


Info berkaitan:

@muhamadanuarmarsib Suka Matcha atau Kopi? Kalau Pilih Kopi Lebih baik ko Pilih KU di sini #Matcha #Kopi #SukaMatcha #Nox #FYP ♬ original sound - LuqSya - LUQHTACIA

Catat Ulasan

0 Ulasan