Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Biasanya kalau terlibat dengan Out Station ni nak dapatkan 10 ribu step sehari agak mencabar..
Yer lah dalam perjalanan ke tempat out station sahaja dah naik kereta berjam-jam...
Kemudian semasa out station pula banyak duduk daripada bergerak...
Waktu makan pula ambil masa yang lama untuk menikmati semua menu yang ada...
Jadi, bila masa nak pergi brisk walk?.. 😅
Salah satu usaha untuk dapatkan kekalkan average 10k steps sehari dalam tempoh sebulan...
Sebelum pergi out station, kena pastikan ada step yang lebih sebagai backup..
Contoh sekarang ni average steps yang saya ada ialah 11,596 sehari untuk 25 hari punya brisk walk...
![]() |
| purata 11,596 langkah sehari untuk 25 hari punya brisk walk |
Kalau ambil average 10,000 langkah sehari..
Jadi, saya mempunyai lebihan 1,596 steps sehari...
Darab dengan 25 hari..
Ada lebihan 39,900 steps setakat ini.. Daripada keperluan yang diperuntukkan untuk mendapatkan purata 10,000 langkah sehari
Jadi, 39,900 lebihan steps inilah yang akan cover selama 3 hari saya out station nanti..
Sekiranya dalam tempoh 3 hari tersebut saya tak sempat nak brisk walk...
In Shaa Allah, saya Masih berjaya kekalkan average 10k steps sehari bagi bulan January 2026...
![]() |
| Antara ganjaran yang disediakan untuk pencapaian purata 10,000 langkah sebulan (platinum) |
![]() |
| Antara ganjaran yang disediakan untuk pencapaian purata 10,000 langkah sebulan (platinum) |
Doakan semoga saya terus berada dalam keadaan sihat, supaya berjaya mengekalkan pencapaian status tier Platinum lagi pada bulan Januari 2026 ini..
In Shaa Allah..
..
P/s : Harapnya boleh lah dapat penjimatan 50% masuk Aquaria nanti.. 😆
Semoga bermanfaat..
Info berkaitan:
@muhamadanuarmarsib POV : Bila First time Buat Senaman TABATA Kena amalkan Senaman ini 8 Kali Sehari untuk membentuk otot Dan membuang lemak di perut. #TABATA #Fitness #Senaman #JomBersenam #wellness ♬ original sound - TrueKai



0 Ulasan