Assaalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Ada yang bertanya dalam group kecergasan yang saya sertai.. tentang bentuk latihan atau exercise yang sesuai untuk orang yang baru nak bermula.
Soalannya berbunyi :
Soalannya berbunyi :
"Untuk mereka yang baru nak mula ni.. Apa bentuk latihan ataupun exercise yang sesuai untuk dilaksanakan?"
Jawapannya:
EXERCISE PALING SESUAI UNTUK ORANG YANG BARU BERMULA
Tak perlu pergi gym dan Tak perlu exercise yang terlalu ekstrem. Anda hanya perlu laksanakan exercise berikut, dan laksanakan secara konsisten.
1. Jalan kaki
- 20–30 minit
- Boleh buat bila-bila
- Paling senang konsisten
2. Naik turun tangga
- 5–10 minit pun cukup
- Boleh buat di rumah / office
- Bakar kalori tanpa sedar
3. Home workout ringan
- 5–10 minit sahaja
- Squat, wall push-up, march
- Tak perlu alat
4. Regangan badan
- Lakukan lepas bangun / sebelum tidur
- Kurangkan lenguh & stress
- Bantu badan rasa ringan
5. Lakukan sedikit Gerakan sikit setiap hari
- Tak perlu lama
- Konsisten lebih penting
- buat Sedikit, tapi berterusan sehingga menjadi satu habit
![]() |
| Exercise paling sesuai untuk orang yang baru bermula |
Untuk permulaan, cukup setakat ini dahulu.
Tak perlu buat banyak.
Buat sikit.. tapi selalu.
Semoga bermanfaat.
Nota :
Untuk permulaan, Kita target untuk turunkan berat badan 5kg sahaja terlebih dahulu, tak perlu banyak-banyak!. Kalau dah berjaya kurangkan berat badan sebanyak 5kg, kita usaha untuk turunkan berat badan sebanyak 5kg lagi selepas itu. In Shaa Allah, satu hari nanti kita berjaya ikut jejak langkah En Hafiz yang berjaya turunkan berat badan sebanyak 13.6 Kg. Boleh baca kisahnya -> Di sini
Good Luck! Semoga berjaya..
Good Luck! Semoga berjaya..
Info berkaitan :
- Rahsia Turun 45KG dalam masa 3 bulan
- 101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 91-95)
- Program Intervensi Pengurusan Berat Badan I Fit And Eat Right (IFitEr) Sesi 2/2025
- Mereka Kata Saya Gemuk.... Betul ker?
- Ramai kawan lama kata saya dah GEMUK.... Tapi
- 101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 86-90)
- 101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 81-85)
- 101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 76-80)
@muhamadanuarmarsib POV : Bila First time Buat Senaman TABATA Kena amalkan Senaman ini 8 Kali Sehari untuk membentuk otot Dan membuang lemak di perut. #TABATA #Fitness #Senaman #JomBersenam #wellness ♬ original sound - TrueKai


0 Ulasan