Persamaan Nelayan Dengan Diet...

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Untuk mengekalkan konsistensi dalam pemakanan dan melaksanakan aktiviti kecergasan sebenarnya bukan satu perkara yang mudah. 
Lebih-lebih lagi, bila kita tidak berada dalam 'circle' orang yang mempunyai matlamat yang sama dengan kita.

Mereka takkan kisah pun dengan pemakanan dan kecergasan.
Asalkan nampak makanan sedap, mereka bedal..

Dan mereka juga takkan luangkan masa setiap hari untuk aktiviti kecergasan yang boleh membakar kalori.

Bagi anda yang telah mula sedar tentang penjagaan pemakanan dan luangkan masa setiap hari untuk melaksanakan aktiviti kecergasan...
Saya ucapkan, Tahniah!!

Tapi, bagi anda yang telah bermula sebelum ini... Tetapi kembali semula kepada kebiasaan yang asal.... 

Perumpamaan ini, sesuai untuk anda.. 

"Persamaan Nelayan Dengan Diet...
Dua-dua ke Laut 🤣"

Persamaan Nelayan Dengan Diet
Persamaan Nelayan Dengan Diet

Pada pendapat peribadi saya, tak salah pun kalau tak nak jaga pemakanan dan kecergasan.

Itu hak masing-masing!

Tapi, kita kena ingat.. 
Lemak dan kolestrol yang terkumpul dalam badan kita tidak bagus untuk kesihatan. 

Astro Awani : 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obes, juga salah satu daripada kadar obesiti tertinggi di ASEAN.
Astro Awani : 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obes, juga salah satu daripada kadar obesiti tertinggi di ASEAN.

Disebabkan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dah laksanakan pelbagai program kesedaran untuk menangani masalah Obesiti yang sedang dihadapi oleh 1 per 3 rakyat Malaysia dan merupakan kadar obesiti tertinggi di ASEAN.

Antara program yang sedang dilaksanakan dan boleh disertai oleh semua orang yang mempunyai BMI melebihi 25.0 ialah:
  1. Program Intervensi Pengurusan Berat Badan I Fit And Eat Right (IFitEr)
  2. Aktiviti Senaman Aerobik
  3. Aktiviti Brisk Walk
  4. Khidmat nasihat
  5. Pemeriksaan Kesihatan
  6. Ceramah kesedaran tentang obesiti dan kesihatan
  7. dan lain-lain

Terdapat banyak sebenarnya program-program yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membantu rakyat Malaysia mengatasi masalah Obesiti ni. 

Cuma, terpulang kepada kita samada nak join atau tidak?

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang 
program-program yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), boleh datang ke Klinik Kesihatan berhampiran dengan kawasan anda..

Atau boleh terus mengunjungi Wellness Hub yang terdapat di Daerah anda..
Sebagai Contoh, Wellness Hub yang paling hampir di tempat saya ialah Wellness Hub Sabak Bernam

Boleh semak senarai aktivti yang sedang atau akan mereka lansakanakan dalam masa terdekat.

Semoga bermanfaat.

Info berkaitan :

@muhamadanuarmarsib Tak penat ke kita buat rutin kerja yang sama hari-hari? Pergi Kerja, balik kerja., usaha untuk capai KPI., Pergi kerja, balik kerja., usaha capai sasaran yang ditetapkan oleh bos kita., Pergi kerja, balik kerja.., Demi dapatkan gaji untuk menyara kehidupan diri sendiri Dan keluarga., Ada hari, sasaran yang kita tetapkan berjaya dicapai., Ada hari yang lain, perlu diperkemaskan lagi kerja kita, untuk mencapai sasaran seperti yang diharapkan.., Ada hari yang lain pula, sasaran yang kita tetapkan langsung tak berjaya dicapai., perlu di perbaiki lagi., perlu diperkemaskan lagi . tapi kita tetap tidak berputus asa.. Proses tersebut tetap terus berulang.., hari demi hari., Minggu demi minggu.., bulan demi bulan, tahun demi tahun.., Sedar tak sedar dah seminggu berlalu., sedar tak sedar dah sebulan,, sedar tak sedar dah setahun berlalu, sedar tak sedar dah 5 tahun berlalu., sedar tak sedar dah 10 tahun berlalu., Setiap hari tetap ulang perkara yang sama., Pergi kerja, balik kerja.., usaha capai sasaran yang ditetapkan oleh bos kita., Pergi kerja, balik kerja,usaha capai KPI. ,Pergi kerja, balik kerja, dapatkan gaji untuk menyara kehidupan diri sendiri Dan keluarga.. Tak ubah seperti kita bermain bowling., kadang kita berjaya menepati sasaran.., kadang kita tersasar sedikit Dari sasaran..,, Tapi kita tetap membuat balingan.. balingan demi balingan.., supaya sasaran yang kita tetapkan berjaya dicapai.., Tanpa berputus asa. Bak seperti dalam Lirik lagu Kita Usahakan Lagi, yang dinyanyikan oleh Kumpulan Batas Senja. Ada bahagia yang belum kita rasa, Setelah bersama usahakan semua, Kira-kira kapan waktunya tiba, Segala upaya apa pun kita coba, Dan tak pernah lelah kuserahkan padaNya, Sang Pencipta, dengarlah doa kami semua, Jika tidak hari ini, mungkin minggu depan, Jika tidak minggu ini, mungkin bulan depan, Jika tidak bulan ini, mungkin tahun depan, Segala harapan akan datang yang kita impikan, Janganlah menyerah dulu, waktu masih panjang, Ingat doa kita selalu yang tak pernah usang, Kita usahakan lagi, Sayang,Yakin waktunya akan datang.. Begitulah dalam hidup kita. Setiap orang mempunyai kelebihan Masing-masing Setiap orang ada kekurangan atau kelemahan masing-masing, tiada yang sempurna. Setiap orang ada membuat kesilapan,tetapi sokongan Daripada rakan sepasukan yang telah menjadikan kita kuat. bertahan untuk meneruskan perjuangan demi perjuangan, sehingga akhirnya kita berjaya mencapai apa yang kita harapkan. sebab kita yakin Dan percaya bahawa., hasil tidak akan pernah menghianati usaha... #kitausahakanlagi #PapaZola #Perjuangan #JTMKPSIS #PSIS ♬ Epic Inspiration - Kidmada

Catat Ulasan

0 Ulasan