Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sebelum ni saya pernah kongsikan pengalaman saya menyertai Program Intervensi Pengurusan Berat Badan I Fit And Eat Right (IFitEr) Sesi 2/2025 (Klik Di Sini)..
Setelah 29 minggu menyertai program tersebut, saya dapati berat badan saya tak turun banyak. Cuma berjaya turun dalam 2 hingga 3 kilogram sahaja.
Sedangkan, hampir setiap hari saya konsisten amalkan brisk walk sekitar 10 ribu langkah sehari.
Bila saya baca beberapa info di internet, baru saya tahu...
Setakat brisk walk sekitar 10 ribu langkah sehari tidak mencukupi untuk menurunkan berat badan...
Disebabkan, semasa Brisk Walk kita hanya membakar kalori.
Sedangkan, yang menjadi masalah kepada berat badan kita ialah LEMAK!
Nak membakar lemak dengan efektif, memerlukan kita melaksanakan aktiviti yang lebih daripada sekadar brisk walk.
![]() |
| Aktiviti Fizikal Untuk Obesiti |
Jadi, dalam poster di atas, saya kongsikan perkara yang sepatutnya anda lakukan sekiranya anda betul-betul nak turunkan Berat Badan..
1) Laksanakan Aktiviti Fizikal Intensiti Sederhana
Contoh Aktiviti Fizikal Intensiti Sederhana ialah seperti Brisk Walk, berbasikal dalam tempoh 150 hingga 30 minit seminggu. Aktiviti ini yang telah saya lakukan sepanjang menyertai Program Intervensi Pengurusan Berat Badan I Fit And Eat Right (IFitEr) Sesi 2/2025. Hasilnya, seperti yang sedang saya alami sekarang ialah Bantu kekalkan berat badan. Berat badan saya kekal seimbang dalam tempoh 29 minggu. Ada penurunan berat badan, tetapi terlalu sedikit sahaja.
2) Laksanakan Aktiviti Fizikal Intensiti Tinggi

Contoh Aktiviti Fizikal Intensiti Tinggi ialah seperti Berjogging, berlari laju, angkat berat, senamrobik, buat senaman TABATA (versi Proffesional) dalam tempoh 75 hingga 150 minit seminggu. Melalui aktiviti-aktiviti ini akan dapat membantu tubuh kita untuk membakar lemak dengan Cepat!. Tapi, untuk melaksanakan aktiviti fizikal Intensiti tinggi ni agak mencabar terutamanya bagi mereka yang baru mula nak berjinak-jinak dalam bidang ini.
3) Gabungkan pelaksanakan Aktiviti Fizikal Intensiti Tinggi dan Sederhana
Jadi, sebagai penyelesaiannya.. Boleh gabungkan pelaksanaan aktiviti Fizikal Intensiti Tinggi dan Sederhana! Mungkin sebagai permulaan, kekalkan konsisten setiap hari dengan ktiviti Fizikal Intensiti Sederhana. Kemudian, luangkan masa tiga atau empat hari seminggu untuk laksanakan Aktiviti Fizikal Intensiti Tinggi.

Boleh cuba amalkan dulu Tips berharga ini..
Tips kurus:🍀 Carilah circle atau kawan yang sama-sama bantu kita untuk kurus.. bukan cari kawan yang menghasut lagi kita untuk makan sedap-sedap dan banyak😄🍀 Konsisten adalah kunci utama. Bukan hari ni exercise esok dah kurus. Anda nak naik berat badan pun makan masa bertahun. Inikan lagi nak kurus!
Kredit: Admin Misi Bebas Obes
Semoga bermanfaat.
Info berkaitan:
@muhamadanuarmarsib Jom TABATA 4 Minit.. Kena amalkan Senaman ini 8 Kali Sehari untuk membentuk otot Dan membuang lemak di perut.. .. .. #TipsSihat #Tabata #LostWeight #weightloss #Misi10RibuLangkah ♬ original sound - TrueKai

0 Ulasan