Salam 1 Rejab 1447H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekejap betul masa berlalu..

Hari ini, kita sudahpun melangkah masuk ke 1 Rejab 1447H.

Bila sebut Rejab, maknanya lagi lebih kurang 2 bulan sahaja lagi kita bakal bertemu dengan bulan Ramadan.

Sempena masuknya bulan yang mulia ini, eloklah kita sama-sama perbanyakkan doa yang masyhur ini:

"Allahumma barik lana fi Rajab wa Syaaban wa ballighna Ramadan." 
(Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan).

Doa Bulan Rejab
Doa Bulan Rejab

Semoga Allah panjangkan umur kita dan beri kesihatan yang baik untuk bertemu Ramadan kali ini. Aamiin.

Bercakap tentang Ramadan...

Selain persediaan rohani, ada satu lagi perkara penting yang saya nak ingatkan, terutamanya untuk geng-geng usahawan atau sesiapa yang plan nak cari duit raya tahun ni.

Biasanya bila masuk bulan Rejab, banyak Majlis Daerah atau PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dah mula buka permohonan untuk tapak Bazar Ramadan.

Kalau anda lambat, selalunya tapak yang 'hot' tu cepat je penuh. Jadi, kalau memang ada niat nak berniaga tahun ni, boleh mula riki-riki laman web atau kaunter PBT kawasan anda bermula minggu ini.

Dan alang-alang dah plan nak berniaga tu, mungkin anda tengah fikir nak jual apa?

Dekat sini saya kongsikan beberapa rujukan (panduan dari Klikjer) yang mungkin boleh bantu anda buat keputusan dan persediaan awal:


1. Nak Jual Air Balang?

Untung air ni memang besar, tapi kena tahu rahsia bancuhan supaya pelanggan datang berulang kali. Ramai peniaga air berjaya buat untung yang besar pada bulan Ramadhan disebabkan mereka berjaya menawan hati pelanggan sepanjang tempoh sebulan.

Boleh tengok panduan lengkap ini: 👉 www.bisnesairbalang.com


2. Nak Jual Kuih Raya atau Kek? 

Bagi yang minat baking, permintaan kuih raya pada bulan Ramadhan tak pernah putus. Terutamnya, bagi kuih raya yang dihasilkan sedap. Zaman sekarang ni, ramai orang sanggup cari peniaga yang jual kuih raya yang sedap...  Berbanding kuih raya yang murah, tapi kurang menepati citarasa. 

Nak tahu cara mula bisnes bakeri dari rumah?

Rujuk sini: 👉 www.BisnesBakeri.com


3. Nak Jual Tudung? 

Tudung adalah antara barang paling laku keras bila dekat nak Raya. Tapi persaingan sengit, kena ada strategi. Siapa yang bijak atur strategi dan berjaya memenangi hati pelanggan boleh akan berjaya menghasilkan banyak jualan.

Boleh baca panduan ini: 👉  www.BisnesTudung.com


4. Jual Kurma

Masuk bulan Rejab, ramai umat Islam yang dah mula melaksanakan ibadah puasa sunat. Berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban amatlah digalakkan, sebagai latihan atau persediaan untuk menuju ke bulan Ramadhan.
Ramai orang dah mula mencari kurma untuk dimakan semasa berbuka puasa dan semasa Bersahur. Ini disebabkan memakan Kurma semasa berbuka merupakan satu Sunnah dan baik untuk kesihatan.

Jadi, ini merupakan satu berita baik untuk anda supaya terlibat dalam aktiviti menjual Kurma. Tapi, kalau nak untung jual kurma kena beli secara borong. Kemudian buat pembungkusan semula. Kalau ada modal, buat pekej pembungkusan design anda, supaya anda boleh dapat mengetengahkan jenama anda.

Boleh dapatkan Kurma Harga Borong di sini: 👉  Borong.Kurma

Masa 2 bulan ni adalah masa terbaik untuk test market, kumpul modal, dan buat persiapan stok. Jangan tunggu dah nampak anak bulan puasa baru nak mula, nanti kelam-kabut.

Selamat menyambut 1 Rejab dan selamat merancang!

Semoga bermanfaat.. 
@muhamadanuarmarsib Salam 1 Rejab 1447H . Semoga dipanjangkan umur Dan berpeluang Sampai ke Bulan Ramadhan.. .. Ikhlas Daripada: CoretanAnuar.com #PapaZola #papazolathemovie #Rejab #salam1rejab #SuperHero ♬ original sound - blog Zahin Travel

Catat Ulasan

0 Ulasan