Review Filem PAPAZOLA The Movie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Saya sebenarnya jarang buat Review filem...
..
Tapi, untuk PAPAZOLA THE MOVIE ni ada sesuatu yang ingin saya kongsikan....
Ikhlas dari sudut Hati saya setelah menonton filem tersebut.

Gambar Kenangan Anuar Bersama PAPAZOLA (Guna AI Jer ni)
Gambar Kenangan Anuar Bersama PAPAZOLA (Guna AI Jer ni)

Terutamanya tentang perjuangan seorang ayah yang tidak didendangkan...

Hanya ayah-ayah sahaja yang tahu tentang pelbagai perkara yang berlegar-legar di fikirkan mereka... 
Terutamanya Dari Segi kewangan untuk mencukupkan keperluan keluarga (isteri Dan anak-anak.

Filem PAPAZOLA The Movie mula ditayangkan di Pawagam pada 11 Disember 2025
Filem PAPAZOLA The Movie mula ditayangkan di Pawagam pada 11 Disember 2025

Dalam filem ini menceritakan tentang perjuangan seorang ayah yang sanggup buat sampai 3 kerja dalam masa sehari semata-mata nak bahagiakan family dia..
  1. Jadi driver van ambil anak-anak balik sekolah 
  2. Tulis buku Dan jual buku cerita kanak-kanak
  3. Jadi grab rider 
  • Semata-mata nak bawa anak Dan isteri pergi bercuti.
  • Semata-mata tak nak susahkan isterinya (Suri rumah sepenuh masa).
  • Semata-mata nak menggembirakan hati anaknya.
Pelbagai ujian Dan dugaan yang dilalui oleh Papa Zola dalam perjuangan beliau semasa mencari nafkah setiap hari.

1) Menjual buku
Mendapat 'tolakan' demi 'tolakan' Daripada Pelanggan, malah ada pelanggan yang memberikan kata-kata negative kepada PapaZola 

2) Grab Rider 
Kadang motor rosak, kadang lambat disebabkan ada masanya perlu selesaikan cabaraan untuk Kerja pertama, kadang terlibat dengan masalah motor, terlibat dengan kemalangan, dan lain-lain. 
Bila lambat hantar makanan dapat Komen negative daripada Pelanggan, sehingga ada Pelanggan yang tak nak bayar atau dapat ratting rendah Dari Pelanggan dalam aplikasi.

3) Driver van Sekolah 
Selalu ambil anak-anak Pelanggan (termasuk anak sendiri) lewat disebabkan perlu menyelesaikan urusan yang dihadapi semasa melaksanakan Kerja pertama Dan Kerja kedua.

5 Perkara yang ayah tak pernah beritahu pada kita
5 Perkara yang ayah tak pernah beritahu pada kita

Seorang ayah mungkin nampak tenang…
Tapi dalam diam, dia sedang memikul beban demi beban. 
Sedang berjuang untuk mencukupkan keperluan keluarga.
Seorang ayah sorok penat dia dalam senyum.
Seorang ayah telan pahit hidup dalam diam.
Seorang ayah menangis, tanpa disedari oleh orang lain.

Cuti sekolah bukan tentang pergi mana, tetapi tentang masa yang diluangkan bersama
Cuti sekolah bukan tentang pergi mana, tetapi tentang masa yang diluangkan bersama

Terima kasih Dan Tahniah diucapkan kepada penulis skrip Dan pengarah filem ini yang telah mengangkat pengorbanan seorang ayah untuk tatapan isteri Dan anak-anak.

Ternyata filem ini berjaya memecahkan emosi seorang lelaki yang bernama ayah. Contohnya saya, daripada asal cuma nak temankan anak-anak tengok wayang, sambil nak bergelak-gelak tengok gelagat Papazola (karakter dalam filem BoBoiBoy). 

Tapi, Tak sangka... Kali ni ada mesej lain yang disampaikan...  yang sangat menyentuh hati kami bapa-bapa. 

Sesuatu yang bagi saya sangat menarik tentang filem ini ialah:
  • Dalam lawaknya ada mesej.
  • Dalam selambanya ada nasihat.
  • Dalam aksinya ada air mata.

10 minit pertama filem ni dah buat kita rasa macam tengok spy movie international
Berlaku aksi kejar mengejar, tumbuk menumbuk, lompat melompat, tembak menembak...

Tapi bila masuk ke fasa keluarga..
ayah-anak-isteri...
terus menyentap emosi (terutamanya kepada sesiapa yang pernah atau sedang melalui fasa tersebut).
Untuk semua bapa yang pernah berkorban.
Untuk semua keluarga yang masih percaya bahawa kasih sayang ayah, mungkin tak selalu ditulis, tapi sentiasa terasa.
.
Serius, filem ni sangat best.
Saya rekemenkan untuk korang Bawak satu keluarga.
Hadiahkan momen cuti sekolah ini untuk tengok wayang bersama-sama.

Kerana sesekali dalam hidup…
Filem bukan hanya untuk hibur,
tapi untuk menyentuh.

Lirik lagu untuk Ayah-ayah..

Kita Usahakan Lagi
(Oleh Batas Senja)

Ada bahagia yang belum kita rasa,
Setelah bersama usahakan semua,
Kira-kira kapan waktunya tiba,

Segala upaya apa pun kita coba,
Dan tak pernah lelah kuserahkan padaNya
Sang Pencipta, dengarlah doa kita berdua,

Jika tidak hari ini, mungkin minggu depan,
Jika tidak minggu ini, mungkin bulan depan,
Jika tidak bulan ini, mungkin tahun depan,
Segala harapan akan datang yang kita impikan,

Janganlah menyerah dulu, waktu masih panjang,
Ingat doa kita selalu yang tak pernah usang,

Kita usahakan lagi, Sayang,
Yakin waktunya akan datang..
 
Terima kasih Papa Zola...

Rating yang saya berikan untuk filem ini ialah 9/10

Kutipan terkini (Hari ke 11) Papa Zola The Movie telah pun mencapai lebih RM25 juta. Tahniah!!

Kutipan terkini (Hari ke 11) Papa Zola The Movie
Kutipan terkini (Hari ke 11) Papa Zola The Movie

Kepada korang yang belum sempat lagi nak tengok movie ini.. Boleh lah gunakan peluang masa cuti sekolah ini bawa anak-anak tengok Papa Zola The Movie ni. Mesti dia orang suka!!
Jika tidak hari ini, mungkin minggu depan,
Jika tidak minggu ini, mungkin bulan depan,
Jika tidak bulan ini, mungkin tahun depan,
Segala harapan akan datang yang kita impikan...

Semoga bermanfaat..

Kredit gambar : Page Papa Pipi Zola 


Info berkaitan :

@muhamadanuarmarsib Salam 1 Rejab 1447H . Semoga dipanjangkan umur Dan berpeluang Sampai ke Bulan Ramadhan.. .. Ikhlas Daripada: CoretanAnuar.com #PapaZola #papazolathemovie #Rejab #salam1rejab #SuperHero ♬ original sound - blog Zahin Travel

Catat Ulasan

0 Ulasan