Bertemu lagi kita dalam post blog bersiri 101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg. Pada kali ini kita bersambung dalam Tips yang ke 81 hingga tips ke 85..
Tip 81.
Bawalah
satu cakera lembut atau Frisbee bersama anda setiap masa.
Balingkannya
dan cuba kejar serta ambilkannya. Ini juga
salah satu cara untuk menghilangkan tekanan.
Ia
akan menjadikan anda berasa segar, apabila anda melemparkan sesuatu dan
bersedia untuk mengejarnya. Apa yang penting ialah benda yang anda lemparkan
itu lembut dan tidak akan merosakkan sesuatu.
Setiap
kali anda bangun dan belari untuk menangkapnya, anda sebenarnya memberi peluang
kepada badan anda untuk meregangkan otot dan juga sendi-sendi anda sendiri.
Tip 82.
Jika
anda menaiki bas atau keretapi, berhentilah di stesen awal sebelumnya, dan
lihat samada anda boleh berjalan dari situ shingga ke tempat yang dituju.
Jika
anda menggunakan kereta sendiri, cubalah mendapatkan tempat meletakkan kereta
yang agak jauh dari pejabat anda supaya anda dapat berjalan sambil bersenam.
Tip 83.
Apabila
tidak ada orang melihat anda, cuba lakukan senaman pada bahagian pelvik.
Jika
anda perhatikan, anda akan dapati bahawa bahagian tengah badan anda adalah bahagian
yang paling kurang bergerak dan ini mungkin punca kepada penambahan berat badan
di bahagian ini.
Itulah
sebabnya kenapa kita sukar untuk mengurangkan berat di bahagian ini.
Jadi
apa yang kita dapat lakukan adalah dengan cuba membuat senaman pada bahagian
ini.
Senaman
pada bahagian perut mungkin agak sukar untuk dimulakan, tetapi tidak untuk
senaman pada bahagian pelvik.
Senaman
pada bahagian pelvik membolehkan anda memusingkan bahagian tengah badan anda
kepada semua arah dan ini sebenarnya adalah baik untuk mengetatkan semua otot
pada bahagian tengah badan. Ini membantu kepada pengurangan berat badan.
![]() |
| Usahakan untuk parking kereta sedikit jauh dari tempat yang dituju supaya anda mempunyai peluang untuk berjalan kaki |
Tip 84.
Kempiskan
perut anda semasa berjalan. Cara yang terbaik adalah dengan mengempiskan perut
dan mengembangkan dada.
Jangan
biarkan perut anda mengeleber di atas tali pinggang anda.
Masukkan
ia ke dalam tali pinggang.
Setiap
kali anda mengempiskan perut, anda akan merasakan adanya tekanan ke atas perut
anda.
Pengecutan
dan pengenduran otot adalah lebih baik daripada pengempisan perut.
Tip 85.
Cuba
buat latihan pernafasan.
Anda
akan berasa teruja apabila mengetahui bahawa latihan pernafasan juga akan
membawa kepada pengurangan berat badan.
Jika
anda melakukan latihan pernafasan secara teratur, anda akan mendapati bahawa
anda memberikan tekanan kepada otot di bahagian tengah badan anda. Anda akan
merasakan pengecutan pada otot-otot ini setiap kali anda menarik nafas atau
melepaskannya. Jadi apa tunggu lagi, lakukan latihan pernafasan.
Semoga bermanfaat.
Info berkaitan :


0 Ulasan