Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Berjumpa lagi kita dalam 101 Tips mengurangkan berat badan “Setiap hari” untuk sambungan 5 tips yang berikutnya.. Iaitu tips yang ke 66 hingga ke 70..
Tips untuk mereka yang bekerja menghadap Komputer setiap hari
66.
Jika
anda melakukan kerja yang kebanyakannya duduk, cuba bangun dan regangkan badan
anda setiap setengah jam.
Kebanyakan
pekerjaan pada hari ini memerlukan kita lebih banyak duduk.
Ini
selalunya berlaku kepada mereka yang bekerja dengan menghadap komputer dan
memegang tetikus sepanjang hari.
Jadi,
jika anda melakukan kerja sebegitu, cuba amalkan kaedah bangun setiap setengah
jam dan regangkan badan anda.
67.
Sementara
anda menjawab telefon, cubalah berjalan mundar-mandir.
Saya
berharap agar anda setuju dengan saya bahawa ini adalah cadangan yang sangat
berkesan.
68.
Gunakan
tangga berbanding lif.
Lif
adalah cara termudah untuk anda naik ke tingkat yang lebih tinggi terutamanya
bagi bangunan yang ada dua puluh tingkat.
Tetapi
lif juga membuatkan kita rasa malas.
Mungkin
juga tidak masuk akal seandainya anda cuba mendaki tangga bangunan dua puluh
tingkat kerana apabila anda sampai di atas, anda mungkin menjadi sangat letih.
Tetapi,
jika anda ada masa cubalah turun menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
Berjalan
menuruni tangga kurang meletihkan.
Bercakap
tentang faktor masa, saya tidak fikir ia memberi banyak perbezaan.
Kadang-kadang
untuk anda tunggu pintu lif dibuka pada tingkat anda, memerlukan masa yang lebih
lama.
69.
Merokok
adalah tidak baik untuk anda, ketika anda cuba untuk mengurangkan berat badan.
Merokok
tidak menyumbang kepada penurunan berat badan tetapi ia mendorong kepada
perubahan tabiat makan dan penggantungan kepada benda lain seperti kopi.
70.
Jika
anda tidak suka berlari, anda tidak perlu menyertai marathon untuk berasa
cergas.
10
minit latihan kardio setiap hari sudah mencukupi.
Pergi cari dekat Tiktok.
Cari video-video senaman yang membakar kalori berdurasi 1-3 minit seperti Tabata. Ikuti langkah demi langkah yang di ajar dalam video tersebut. Dapat amalkan setiap hari secara konsisten sudah memadai untuk membakar kalori yang terdapat dalam badan anda.
Semoga bermanfaat:

0 Ulasan