Cara buat Video AI : Promo 12.12 (Belajar AI Siri 2)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selepas saya Publish Video AI : Promo 12.12, saya dapat banyak feedback positif dalam group AI Academy. Ada yang minta saya kongsikan cara macamana saya hasilkan video tersebut? Guna platform apa?

Paparan Video AI : Promo 12.12

Jadi, untuk tidak menghampakan sahabat-sahabat yang bertanya.. Saya buat sedikit tutorial.. Kongsikan langkah demi langkah, bagaimana saya menghasilkan video tersebut. 


1) Gunakan 8 keping gambar untuk hasilkan Prompt Gambar di ChatGPT

 


8 keping gambar yang saya gunakan untuk hasilkan Prompt di ChatGPT

Buka ChatGPT, dan berikan arahan kepada ChatGPT untuk hasilkan Prompt gambar yang diperlukan. Attachkan bersama 8 keping gambar ini sebagai rujukan.

Arahan yang saya berikan kepada ChatGPT untuk menghasilkan Prompt Gambar


2) Gunakan Prompt yang diberikan oleh ChatGPT, untuk menghasilkan gambar di Gemini (Banana - Buat Gambar)

Buka Google Gemini, kemudian Copy and paste sahaja Prompt yang telah dihasilkan oleh ChatGPT ke Gemini.. Attachkan bersama 8 keping gambar ini sebagai rujukan. Kemudian pilih 'Banana - buat gambar' dan tekan button generate gambar.

Copy and Paste Promp yang dihasilkan di ChatGPT ke Gemini (Banana)

Inilah dia gambar Promo 12.12 saya yang telah dihasilkan oleh Banana Gemini


3)  Gunakan 3 keping gambar untuk hasilkan Prompt Video di ChatGPT

Buka ChatGPT, dan berikan arahan kepada ChatGPT untuk hasilkan Prompt Video yang diperlukan. Attachkan bersama 8 keping gambar ini sebagai rujukan.

Arahan yang saya berikan kepada ChatGPT untuk menghasilkan Prompt Video


Prompt Video yang dihasilkan oleh ChatGPT :
(Disebabkan Promptnya terlalu panjang, Saya kongsikan terus format Json yang telah saya hasilkan)

Veo 3 Prompt — 70 Seconds Master Prompt English
Use ALL 8 scene prompts in sequence.

(Boleh baca post blog sebelum ini tentang cara nak buat Prompt format JSON. Awas! jangan skip step tersebut.)

Hasil Format JSON Prompt untuk Video pertama


Hasil Format JSON Prompt untuk Video kedua


Hasil Format JSON Prompt untuk Video Ketiga


Hasil Format JSON Prompt untuk Video Keempat


Hasil Format JSON Prompt untuk Video Kelima


Hasil Format JSON Prompt untuk Video Keenam


Hasil Format JSON Prompt untuk Video ketujuh


Hasil Format JSON Prompt untuk Video Kelapan


Hasil Format JSON Prompt untuk Video Kesembilan


Hasil Format JSON Prompt untuk Video Kesepuluh





4) Gunakan Prompt yang diberikan oleh ChatGPT, untuk menghasilkan Video di Google Flow

Buka Google Flow, kemudian Copy and paste sahaja Prompt yang telah dihasilkan oleh ChatGPT ke Google Flow.. Attachkan bersama 1 atau 2 keping gambar sebagai rujukan (Ikut kesesuaian berdasarkan kepada apa yang nak kita paparkan dalam setiap video). Kemudian pilih 'Frame menjadi Video' dan tekan button generate Video.

Copy and Paste Promp yang dihasilkan di ChatGPT ke google flow
(Contoh saya attachkan satu gambar sahaja untuk video Pertama)


(Contoh saya attachkan 2 gambar sahaja untuk video ke 6)

(Contoh saya attachkan 2 gambar sahaja untuk video ke 7)

(Contoh saya attachkan 2 gambar sahaja untuk video ke 8)

(Contoh saya attachkan 1 gambar sahaja untuk video ke 8)


Dalam google Flow, akan ada 2 video yang dihasilkan oleh setiap Prompt. Jadi, kita boleh pilih video mana yang sesuai dengan kandungan video kita. kalau nak dijadikan sebagai Backup, boleh sahaja kalau nak download kedua-dua video yang dihasilkan oleh setiap Prompt

Contoh 2 video yang dihasilkan oleh setiap prompt yang digunakan

Setelah saya gunakan semua 10 Prompt, maka jadilah 10 pecahan Video AI : Promo 12.12 yang masing-masing berdurasi sekitar 8 saat. Kemudian, saya cantumkan kesemua sepuluh video tersebut di Tiktok. 
(Tak perlu nak edit sangat dah, sebab hampir semua dah complete. Jadi, memadai untuk saya cantumkan video-video ini terus di Tiktok. Jimat sikit masa saya)

Maka, selesailah video seperti yang terdapat di bawah sekali dalam post ini. (Selamat menonton).

Sebelum tu, tunggu dulu....

Ada yang bertanya...

1) kena bayar ke nak generate Video di Gemini?

Jawapannya YA... Kena bayar
Selepas penggunaan pada bulan Pertama..
Bermaksud penggunaan pada bulan pertama percuma sahaja selepas anda Subscribe.. Kemudian akan dikenakan bayaran pada bulan yang berikutnya...


2) Berapa bayarannya

Sebulan RM97.99 sebulan sekiranya anda membayar secara terus di laman web google Gemini. 
Tetapi, anda boleh dapat pada harga RM30 setahun (macam yang saya dapat), setelah menyertai Team AI Academy

Kadar bayaran untuk generate Video di paltform Gemini (Veo 3)


Kadar bayaran untuk generate Video di paltform Gemini (Veo 3)


Kadar bayaran untuk generate Video di paltform Gemini (Veo 3)


3) Macamana cara nak menyertai AI Academy

Anda boleh daftar menyertai AI Academy, melalui link ini
-> Klik untuk mendaftar

Sumber : Klik Di Sini

4) Apa yang saya akan dapat selepas menyertai AI Academy?

Anda akan mendapat video Tutorial step by step untuk menghasilkan gambar dan video Ai di samping Group Support yang sangat membantu orang yang baru nak mula nak belajar dalam bidang ini.

Sumber : Klik Di Sini


5) Berapa Video yang boleh dihasilkan dalam sebulan?

140 video sebulan berdurasi 8 saat bagi setiap video, yang mana video tersebut akan dihasilkan melalui 2 platform iaitu:
  • Google Flow - 50 video sebulan (setiap video akan menggunakan 20 kredit; setiap bulan dapat 1000 kredit)
  • Gemini (Veo 3) boleh menghasilkan 3 video sehari atau 90 video sebulan 
140 video sebulan berdurasi 8 saat bagi setiap video

Sebenarnya ada lagi tambahan 300 video sebulan (10 video sehari) dengan menggunakan Google Vid. Tapi, video yang dihasilkan oleh google Vid tidak secantik Video yang dihasilkan oleh Google flow dan Gemini (Veo 3).

Soalan : Boleh ke kalau nak dapatakan Gemini Pro 12 bulan sahaja, tanpa sertai AI Cademy?

Jawapannya: Boleh! 
Ada kawan saya yang jual Gemini Pro 12 bulan pada harga yang lebih murah berbanding harga yang terdapat di di Laman Web Google Gemini. 
Nak tahu lebih lanjut, boleh layari laman web berikut 
-> https://aipowerpromax.com/geminipro/


Semoga bermanfaat..



@muhamadanuarmarsib Promo YES 12.12 Sempena jualan akhir tahun 12/12 ni kami ada buat harga promo untuk beberapa pakej Percutian.. .. Pakej Singapore Dari JB RM99 sahaja.. .. Pakej Singapore Dari KL RM150 sahaja.. .. Pakej Semporna Sabah bermula Dari RM500 sahaja .. Pakej Jogjakarta Indonesia bermula Dari RM449 sahaja .. Pakej Bali Indonesia bermula Dari RM400 sahaja.. .. Pakej Bandung Indonesia bermula Dari RM699 sahaja.. .. Dan Pakej Batam Indonesia bermula Dari RM490 sahaja.. .. Boleh dapatkan harga promo sempena YES 12.12 ni.. .. Tawaran sah sehingga 12 Disember 2025 sahaja.. Untuk Maklumat lanjut, klik link di bio.. .. Jangan lupa klik like button Dan share video ini supaya lebih ramai orang mendapat manfaat melalui perkongsian ini. .. #YES #YES2025 #PakejPercutian #singapore #indonesia🇮🇩 ♬ Sound Viral 2025 - dj amoy

Catat Ulasan

0 Ulasan