Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Kita bersambung lagi dalam edisi 101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg yang seterusnya. Pada kali ini kita kongsikan pula Tips yang ke 76 hingga tips yang ke 80.
76.
Lakukan
kerja-kerja seperti menarik atau pergerakan yang membuatkan anda terpaksa
membuka dan menutup secara manual.
Selalunya
apabila kita balik kerja dan merasa letih, kita akan meminta orang lain untuk
membuat kerja harian kita.
Terdapat
juga kerja yang kita boleh lakukan dengan mudah tetapi kita tidak lakukannya.
Sikap
sebeginilah yang menyebabkan kita selalu menyuruh anak kita menghantar atau
mengambil itu dan ini bagi kita.
Tetapi
faktanya, sementara anda cuba memastikan anak anda melaksanakan kerja-kerja yang disuruh,
anda sebenarnya telah mengabaikan senaman untuk diri anda sendiri.
Setiap pekerjaan yang kita lakukan akan menjadi satu senaman untuk kita. Lebih banyak pekerjaan harian yang kita buat, secara tidak langsung maka banyaklah senaman yang telah kita lakukan.
![]() |
| Lebih banyak pekerjaan harian yang kita buat, secara tidak langsung maka banyaklah senaman yang telah kita lakukan |
77.
Di
sini kita boleh tengok contoh 5 (lima) soalan pop kuiz.
Eskalator membantu anda untuk:
- Bergerak ke atas dan ke bawah dengan cepat.
- Menambahkan berat badan.
- Berdiri sahaja apabila ia bergerak ke atas dan ke bawah.
- Melihat orang lain ke atas apabila kita turun ke bawah.
- Melihat orang ke bawah apabila kita naik ke atas
Anda boleh memilih jawapan yang betul daripada 5
pilihan jawapan yang diberikan.
Anda akan dapat lihat bahawa kesemua jawapan yang
diberikan adalah betul.
Jadi, lain kali apabila anda berjalan menggunakan
eskalator, jangan hanya berdiri, sebaliknya gunakan peluang yang ada untuk melangkah ke atas atau ke bawah sepanjang
perjalanan anda. (atau lebih baik gunakan tangga).
Ia secara tidak langsung, akan membantu menggerakkan otat-otot anda terutamanya di bahagian kaki.
78.
Di
antara selang masa anda bersenam, anda boleh duduk sepanjang petang sambil
menonton televisyen.
Tetapi
cuba luangkan masa anda semasa iklan.
Semasa
iklan ditayangkan, daripada anda melayari internet, adalah lebih baik anda
bangun dan berjalan.
Regangkan
badan anda dan cuba sentuh hujung kaki atau apa saja senaman ringkas yang anda
dapat lakukan bagi melancarkan pengaliran darah dalam badan anda.
79.
Gerakkan jari kaki dan
tangan anda bila anda berpeluang melakukannya.
Ia juga mengalami tekanan dan
dengan itu anda patut mengerakkannya untuk melancarkan aliran darah di seluruh badan anda.
Ingat! Kebanyakan saraf ada yang ada dalam badan kita akan berhubung dengan saraf-sarf yang terdapat di kaki. Disebabkan itu, rawatan reflexology dilaksanakan pada saraf-saraf yang terdapat di kaki untuk melancarkan aliran darah di seluruh tubuh badan kita.
80.
Tips ke 80 adalah sesuai untuk 'me time' atau terapi buat diri anda secara peribadi.
Contohnya Mainkan muzik yang anda suka dalam bilik anda secara peribadi atau dengan pasangan anda dan menarilah dengan sepuas hati. Tapi, kalau anda tak pernah buat, dan pertama kali nak lakukan perkara ini dengan pasangan anda... Mungkin pasangan anda akan rasa sedikit janggal.. ;)
Contohnya Mainkan muzik yang anda suka dalam bilik anda secara peribadi atau dengan pasangan anda dan menarilah dengan sepuas hati. Tapi, kalau anda tak pernah buat, dan pertama kali nak lakukan perkara ini dengan pasangan anda... Mungkin pasangan anda akan rasa sedikit janggal.. ;)
Pada masa itu, biarkanlah
rambut anda mengerbang buat seketika. Kembalilah kepada zaman kanak-kanak anda.
Tutup
pintu bilik anda dan mainkan lagu sekuat yang boleh asalkan jangan terlalu kuat
sehingga jiran anda marah.
Melompatlah
sepuas hati anda di atas katil. Berguling-bergulinglah di atas lantai.
Berpura-puralah
menjadi seperti Michael Jackson atau Madonna dan lakukan segala langkah liar
yang anda tahu.
Setiap kali anda lakukan perkara ini, akan dapat meredakan ketengangan yang terdapat dalam diri anda.
Ini dari segi untuk meredakan ketegangan dalam diri secara fizikal!
Tetapi, secara dalaman atau secara rohani, anda boleh mengamalkan membaca Al-Quran pada setiap hari di samping melaksanakan solat-solat sunat.
Semoga bermanfaat..
Info berkaitan :
Info berkaitan :


0 Ulasan