Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Semenjak Syarikat kereta tempatan iaitu Produa dan Proton melancarkan kereta EV, pelbagai reaksi dan komen daripada rakyat Malaysia terutamanya Nitizen.
Dua model EV yang sedang mendapat perhatian pada ketika ini iaitu Proton e.MAS 5 dan Perodua QV-E. Masing-masing ada pendekatan dan kekuatan yang tersendiri.
Sekiranya anda tengah fikir nak grab yang mana satu ? Jom kita tengok perbezaan diantara kedua-dua kereta ini:
1) Spesifikasi
Perodua QV-E
- Motor & Kuasa: 150 kW (≈ 201 hp), tork 285 Nm.
- Bateri & Jarak: 52.5 kWh (CATL, LFP) — jarak sehingga 445 km (NEDC).
- Pecutan & Kelajuan: 0–100 km/j dalam 7.5 saat; top speed ~165 km/j.
- Pengecasan: DC 60 kW — 30–80% ± 30 minit; AC 6.6 kW penuh dalam ~8 jam.
- Ciri lain: Sistem kereta lengkap (infotainment, kemudahan asas, inner design praktikal).
Proton e.MAS 5
- Proton e.MAS 5 datang dalam dua variasi: Prime dan Premium.
- e.MAS 5 Prime: Bateri 30.12 kWh, motor 58 kW (~78 hp), tork 130 Nm, WLTP-range ~225 km.
- e.MAS 5 Premium: Bateri 40.16 kWh, motor 85 kW (~114 hp), tork 150 Nm, WLTP-range ~325 km.
- Pengecasan: AC 6.6 kW (rumah), dan DC fast-charging — 30-80% dalam ~21 minit (untuk varian tertentu).
- Ruang & Interior: Kabin yang luas, storage fleksibel, boot + frunk (70 L frunk) untuk ruang tambahan.
- Infotainment & ciri yang moden: 14.6" HD display, sistem operasi moden, sokongan Apple CarPlay/Android Auto, dan lain-lain ciri urban-EV.
Sumber : Proton
2) Kelebihan
👍 Perodua QV-E
- Kuasa dan prestasi: Dengan 150 kW & 285 Nm, QV-E nampak mantap dengan pecutan 0–100 dalam 7.5 saat. Sesuai untuk mereka yang suka “punchy” EV.
- Jarak jauh: 445 km (NEDC) memberikan keyakinan lebih untuk perjalanan jauh atau luar bandar, terutamanya jika infrastruktur pengecasan masih berkembang.
- EV nasional: Sebagai EV pertama buatan tempatan dari Perodua menjadi nilai kebanggaan dan kemudahan servis/parts di seluruh negara.
- Pengecasan pantas (DC 60 kW) + pengecas rumah — fleksibiliti baik untuk penggunaan di kawasan bandar & luar bandar.
👍 Proton e.MAS 5
- Harga mampu milik (terutama variasi Prime/premium dengan potongan harga semasa pelancaran) — menjadikannya EV paling “entry-level affordable” di pasaran EV tempatan.
- Variasi pilihan: Ada variasi bajet (Prime) dan variasi “value + features” (Premium) — fleksibel ikut bajet & keperluan pemilik.
- Praktikal & padat : Saiz B-segment dengan interior luas — sesuai untuk kegunaan semasa di bandar, nak parking kereta mudah, serta kegunaan harian.
- Ciri moden & fleksibel: Infotainment terkini, storage fleksibel, frunk untuk ruang tambahan, dan sistem pengecasan pantas — memberi nilai “EV moden” walau pada harga mampu milik.
- Kos pemilikan lebih rendah: Sesuai untuk pemilik kereta EV kali pertama dengan bajet sederhana, atau keluarga yang kecil yang mahu menggunakan EV tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.
Sumber : Produa
3) Kekurangan
⚠️ Perodua QV-E
- Harga asas agak tinggi iaitu RM80,000 dan harga ini tidak termasuk bayaran sewa bateri (Battery-as-a-Service, BaaS).
- Model tunggal: Tiada varian “low-cost/budget” — tak fleksibel bagi yang nak dapatkan EV mampu milik.
- Anggaran kos jangka panjang: Dengan model sewa bateri, jumlah kos untuk memiliki kereta mungkin melonjak, bergantung pada kadar bulanan & jangka masa atau beberapa faktor yang ramai rakyat Malaysia perlu pertimbangkan.
- Interior & kemasan asas: Berdasarkan laporan, material dalamannya agak standard dan tidak terlalu “mewah” meskipun EV canggih.
⚠️ Proton e.MAS 5
- Jarak & kuasa lebih sederhana (berbanding QV-E) — variasi Prime mempunyai range ~225 km sahaja, tak ideal untuk pemanduan jarak jauh secara kerap.
- Bateri & motor lebih kecil: Membawa kepada prestasi sederhana — mungkin kurang “punch” bagi mereka yang biasa dengan kereta ICE yang berkuasa besar.
- Untuk varian bajet, ciri paling asas mungkin rasa “minimalis” bagi pengguna yang mahu banyak kelengkapan mewah.
- Ruang boot/frunk & kelengkapan keseluruhan boleh jadi tak seluas/semewah seperti model besar - mungkin perlu dibuat penyesuaian mengikut keperluan.
4) Harga
|
Model / Variasi |
Harga (OTR asas / Keadaan
semasa) |
|
Perodua QV-E |
RM 80,000
(tanpa kos bateri) |
|
Proton e.MAS
5 Prime |
RM 59,800
(variasi asas) |
|
Proton e.MAS
5 Premium |
RM 72,800
(variasi lebih baik) |
|
Proton e.MAS
5 Proton (promosi 2025) |
e.MAS 5 Prime
dari ~RM56,800 (mengikut tempoh promosi). e.MAS 5
Premium ~RM69,800 (mengikut tempoh promosi). |
5) Keselesaan & Guna Harian
🚗 Perodua QV-E
Dengan motor berkuasa tinggi dan jarak jauh, QV-E sesuai untuk mereka yang selalu memandu jauh (luar bandar, jalan raya), atau mahu EV dengan prestasi yang mantap. Untuk kegunaan keluarga, keselesaan boleh memainkan peranan kerana lebih fleksibel dari segi jarak & daya. Namun interior agak asas, jadi sekiranya anda expect “luxury EV feel”, QV-E mungkin kereta EV yang biasa-biasa sahaja.
🚗 Proton e.MAS 5
e.MAS 5 bersinar dalam konteks urban / bandar / kegunaan harian: padat, senang nak parking kereta, ruang dalam praktikal, storage fleksibel, dan berciri moden (infotainment + kemudahan hidup digital). Untuk pengguna kereta EV kali pertama atau pengguna yang fokus kepada bajet + practicality, e.MAS 5 kelihatan lebih 'value for money'. Untuk perjalanan jauh kadang-kadang OK, tapi kalau sering ke luar bandar atau jarak jauh, anda perlu membuat perancangan pengecasan dengan lebih teliti (terutamanya bagi variasi Prime).
🎯 Kesimpulan & Pandangan Saya
Sekiranya saya berada di posisi pembeli dan perlu membuat pilihan antara e.MAS 5 dan QV-E ini, kita kena tengok kepada gaya hidup dan keperluan.
- Sekiranya anda mahu EV mampu milik, praktikal untuk bandar & harian, dengan bajet terhad → Proton e.MAS 5 (Prime atau Premium) adalah pilihan paling realistik. Terutamanya bagi anda yang baru kali pertama nak memiliki kereta EV atau mahu "mempunyai EV peringkat permulaan tanpa menjejaskan wang”.
- Tapi sekiranya anda mahukan EV yang lebih berkuasa, untuk kegunaan pemanduan jarak jauh, dan fleksibiliti untuk perjalanan luar bandar / highway, dan anda sedia dengan model sewa bateri → Perodua QV-E lebih sesuai walaupun jumlah kos mungkin lebih tinggi disebabkan anda perlu menyewa bateri.
- Untuk mereka yang mahu EV “balance” pula — ruang, jarak, practicality + prestasi — anda perlu pertimbangkan dari segi pro & cons berdasarkan bajet, gaya pemanduan, dan kos jangka panjang.
Selain membuat pertimbangan 5 ciri di atas, saya syorkan anda juga perlu membuat pertimbangan terhadap beberapa perkara asas sebelum membeli kereta, terutamanya bagi anda yang baru pertama kali ingin memiliki kereta sendiri.
Ini disebabkan komitmen kewangan bagi pembelian kereta ini lama, iaitu sehingga 9 tahun. Jadi, dapatkan ilmu yang betul supaya dapat membantu anda membuat keputusan dengan lebih tepat!
Jadi, saya syorkan kepada anda, supaya baca Dulu Panduan Lengkap Beli Kereta ini, sebelum membeli kereta..
Panduan ini ditulis khas untuk bantu pembeli, terutamanya pembeli kereta kali pertama supaya pilih kereta yang betul, ikut bajet, ikut DSR, dan paling penting tak tersangkut dengan komitmen yang membebankan.
Antara isi dalam panduan ini:
✅ Cara baca dan kira DSR
✅ 7 faktor penting sebelum pilih kereta
✅ Cara elak loan kena reject
✅ Model kereta yang jimat minyak & maintenance rendah
… dan bermacam lagi tips yang pembeli kereta kereta Wajib Tahu!
![]() |
| Cara baca dan kira DSR |
![]() |
| Top 10 Kereta Jimat Minyak |
![]() |
| Sebelum Beli Kereta tengok dulu Kereta yang Jimat Minyak |
![]() |
| Baca ini dulu Sebelum Sign Loan Kereta |
![]() |
| Ramai orang menyesal selepas beli kereta tanpa ilmu |
Menurut laporan NST, berlaku kenaikan kes muflis peribadi di Malaysia bagi tahun 2025 yang sangat membimbangkan.
Dalam sembilan bulan pertama saja, lebih 4,875 orang diisytihar muflis iaitu naik 5.7% berbanding tahun sebelumnya.
Majoriti melibatkan hutang besar antara RM500k hingga RM999k, terutama daripada pinjaman peribadi, bisnes dan pembiayaan rumah.
Lebih membimbangkan, personal loan kekal punca muflis paling besar iaitu 45.1% atau lebih 2,200 kes.
Kes Muflis bagi Golongan muda bawah 30 tahun pun mencanak naik iaitu seramai 332 orang muflis pada tahun ini, meningkat sebanyak 60% berbanding tahun 2024.
Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), golongan muda khususnya dalam lingkungan 20-an dicatatkan sebagai paling ramai diisytihar muflis.
Antara sebab utama adalah tidak mampu membayar ansuran bulanan kereta, sehingga kereta terpaksa di tarik oleh pihak bank. Ramai remaja diisytiharkan muflis disebabkan keadaan ini.
![]() |
| Ramai menyesal selepas beli kereta.. Jangan tersilap langkah |
Untuk mengurangkan risiko daripada menghadapi masalah selepas membeli kereta, saya syorkan supaya dapatkan ilmu yang diperlukan di laman web berikut :
Klikjer.com/mudahnya-beli-kereta
Klikjer.com/mudahnya-beli-kereta
Lebih baik melabur beberapa ringgit ke atas ilmu, daripada terpaksa menanggung kerugian seumur hidup!
Semoga bermanfaat..
Info berkaitan:
@muhamadanuarmarsib Kereta EV keluaran Proton VS Kereta EV keluaran Produa #KeretaEV #EV #Proton #Produa #Fyp ♬ original sound - blog Zahin Travel










0 Ulasan