Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Syukur Alhamdulillah.. Kita dah pun berada Di Bulan terakhir bagi tahun 2025. sebaiknya kita terus jaga momentum dengan usaha yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2025, supaya dapat kekal sihat dan cergas.. In Shaa Allah..
Baiklah, sterusnya kita sambung lagi dalam episod 101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg untuk Tips yang ke 71 hingga 75.
Baiklah, sterusnya kita sambung lagi dalam episod 101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg untuk Tips yang ke 71 hingga 75.
71.
Dan
apabila anda tidak dapat berlari, cubalah untuk berjalan. Dengan berjalan
secara cepat selama 15 minit sehari sudah memadai untuk anda menjadi cergas.
72.
Tidak
kisah berapa jarak yang anda ingin berjalan, cuma ambil kira tempat yang anda
selalu pergi dengan memandu (contohnya ke pasar, sekiranya tempat berkenaan
tidak berapa jauh dari kediaman anda).
Mungkin
anda akan mengambil masa yang agak lama untuk sampai, tetapi bayangkanlah
kebaikannya untuk kesihatan anda seumur hidup.
73.
Bunyinya
macam tidak dapat dipercayai, tetapi ada orang yang melaporkan bahawa mereka
dapat mengurangkan lebih banyak berat badan apabila mereka minum kopi yang
hitam pekat sebelum bersenam.
Walaupun
tiada sebarang data kukuh tentang penyataan ini, tetapi pakar-pakar pemakanan
menspekulasikan bahawa kafein yang ada di dalam kopi menyebabkan badan
bergantung kepada lebihan lemak untuk dibakar sebagai tenaga semasa bersenam.
Ia
berbaloi untuk dicuba.
![]() |
| Saya berjaya mengekalkan purata berjalan kaki 10 ribu langkah sehari sepanjang bulan Oktober 2025 |
74.
Dibawah
disenaraikan kontra daripada tips diatas.
Elakkan
daripada meminum kopi berlebihan kerana ia boleh menyebabkan badan mengurangkan
pembakaran lemak kesan daripada kafein.
![]() |
| Saya berjaya mengekalkan purata berjalan kaki 16 ribu langkah sehari sepanjang bulan September 2025 |
75.
Dengan kecanggihan Teknologi yang ada pada zaman sekarang ni mungkin boleh menjadi penghalang kepada pengurangan berat badan.
Sebabnya segala kerja sekarang dah jadi mudah!
Sebabnya segala kerja sekarang dah jadi mudah!
Nak On kan televisyen, boleh menggunakan unit kawalan jarak jauh.
Nak buka pintu pagar rumah, boleh menggunakan sensor atau unit kawalan jarak jauh.
Nak basuh baju, tinggal masukkan baju dalam mesin basuh, sehingga cukup masa baju selesai di baju.
Kemudian nak keringkan baju dah tak perlu lagi sidai baju di ampaian, dah boleh keringkan baju guna mesin dryer.
Kemudian nak keringkan baju dah tak perlu lagi sidai baju di ampaian, dah boleh keringkan baju guna mesin dryer.
Bila teknologi dah semakin canggih, banyak memudahkan urusan kerja rumah secara harian...
Tetapi, dari segi sumbangan untuk usaha
mengurangkan berat badan, ianya tidak membantu.
Ia
lebih cenderung menggalakkan kita berbaring dan berehat-rehat secara santai di rumah.
Saya tidak bermaksud bahawa dengan adanya teknologi-teknologi tersebut, menjadi satu kesalahan. Tetapi, saya sangat mengharapkan supaya walaupun telah membantu anda... anda masih boleh bangun dari tempat
duduk dan melaksanakan kerja-kerja rumah atau bersenam di rumah bagi membolehkan anda bergerakkan seluruh anggota badan walaupun sedang berada di dalam rumah.
P/s : Kalau isteri anda bagi tahu nak beli mesin lipat baju atau mesin basuh pinggan supaya dapat memudahkan kerja di rumah, mungkin anda boleh menggunakan poin-poin ini supaya tidak membeli mesin-mesin tersebut... ;)
Info berkaitan:




0 Ulasan