Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kata orang, malang tu tak berbau... 
Kalau malang tu ada bau durian ke?, cempedak ke?... Senang nak dihidu!!
Betul tak?

Tapi disebabkan tak berbau, kita tak dapat nak kesan bila malang tu akan hadir dalam hidup kita.

Bila dah terkena malang tu.. Kita terima sahaja dengan redha.. Pasti ada hikmah disebaliknya.

Kos Repair Bamper kereta Nissan Sylphy
 Tak pasti langgar anjing atau Khinzir pada jam 5.40 pagi

Pada satu hari tu saya bawa anak-anak balik dari rumah ayah mertua saya dari Pusing Perak ke Sabak Bernam.

Bertolak dari Pusing pada jam 4.00 pagi. Dijangka boleh sampai ke Sabak Bernam dalam pukul 6.00 pagi.

Nak dijadikan cerita, ketika hampir sampai ke Sabak Bernam saya ada terlanggar sesuatu binatang yang tak dapat nak saya pastikan "Binatang apakah itu?" "Adakah Anjing atau Khinzir?" Keadaan berlaku dengan sekelip mata.. Ada binatang meluru keluar dari kiri jalan, saya terlanggar binatang itu dan kemudian hilang. Cuma saya ada dengan seaakan-akan bunyi anjing. Tapi bila saya tengok kiri kanan depan belakang tak ada pula sebarang binatang.

Cuma kesan pada bamper kereta sahaja yang tinggal. Bamper kereta pecah!

Pagi keesokannya dalam pukul 7.40 pagi saya datang kembali ke tempat kejadian. Nak tengok kalau-kalau ada binatang yang mati di sekitar tempat kejadian. Tapi tak ada.

Selepas dah selesai buat survey, saya bawa kereta ke bengkel kimpalan dan cat. Tanya dekat tokey bengkel tu, samada dia boleh repair bamper kereta yang rosak.

Bamper kereta Nissan Sylphy
Bamper kereta pecah dan koyak. Tokey bengkel kata tak boleh repair. Kena beli bamper baru.

Tokey bengkel Kimpalan dan cat kereta kata Tak boleh nak repai bamper ni. Sebab bamper dah pecah. Kena beli bamper baru dekat kedai Spare Part. Nanti dia boleh tolong pasangkan.

Sekali survey harga Bamper kereta Nissan Sylphy ni boleh tahanlah juga harganya.. huhuhu.. 

Tak pasal-pasal duit melayang macam tu jer kalau nak beli Bamper kereta baru.

Nak jimat punya pasal, cuba cari alternatif lain untuk repai bamper kereta ni..

2 hari saya biarkan kereta tu macam tu jer. 

Bila sampai ke Pusing Perak baru cari Ikhtiar macamana nak repair kereta ni tanpa mengeluarkan kos yang besar. 

Ayah mertua cadangkan suruh pergi dekat sebuah bengkel kimpalan dan cat kereta di Pusing Perak.

Saya pun ikut cadangan ayah mertua saya.

Sekali jumpa dengak tokey kereta bengkel kimpalan tu... Betapa bersyukurnya saya..

Tokey tu kata, dia boleh buat!

Sekali saya tanya bila boleh siap?

Tokey tu kata dalam masa satu hari sahaja boleh siap. Lu hantar sekarang petang ni dalam pukul 5.30 lu boleh datang ambil.. Alhamduilillah..

Kedua saya tanya berapa anggaran kos untuk baiki Bamper kereta Nissan Sylphy ni?

Dia kata RM300 siap repair dan cat semula seluruh bamper kereta. Tapi kos tak termasuk kos ganti sebarang aksesori yang rosak.

Tanya dia boleh baiki tak aksesori yang rosak tu?

Dia kata.. Mana yang boleh dibaiki dia akan cuba baiki... Alhamdulillah... Dah nampak banyak penjimatan di situ..

Hasilnya...

Bamper kereta Nissan Sylphy yang telah dibaiki
Harga Bamper kereta Nissan Sylphy
ALhamdulillah... bamper kereta dah pun siap dibaiki dan dicat.. Sama seperti keadaan asal.

Keseluruhan kos yang telah saya keluarkan untuk baiki Bamper kereta Nissan Sylphy ni RM300. Murah ke?

Kalau anda rasa murah, bolehlah datang ke Bengkel kereta Pusing Kong. Kalau anda ada jumpa tempat lain yang lebih murah, tak perlulah datang ke sini.
Bengkel Kereta Kong Pusing, Perak No. Telefon - 0165579171 (Mr. Kong)- Bersebelahan dengan kedai cuci kereta- Satu jalan dengan Majid Pusing
P/s: Saya rasa sangat berpuas hati repair bamper kereta di sini sebab Tokey bengkel kereta ni sebab tak tekan harga dan akan sangat membantu dari segi khidmat nasihat.