Sabtu, 21 Julai 2012

Tips Menjimatkan Kos 'Repair' Kereta..

with 50 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ni semasa saya balik ke rumah mertua saya di Batu Gajah.. Saya dapati kereta Kia Spectra kesayangan saya ada mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan apabila membelok di beberapa persimpangan jalan..Sebenarnya sebelum ini pun dah ada bunyi-bunyian tersebut.. Tetapi ianya jarang-jarang berlaku.. Jadi saya menangguhkan untuk memperbaiki kerosakan tersebut..

Kebetulan pula pada ketika itu saya berada di Batu Gajah, jadi inilah peluang terbaik untuk saya repair kereta mana yang patut.. Sebelum ini saya dapati Kos repair kereta di Batu Gajah lebih murah berbanding di tempat saya bekerja.. Ini disebabkan terdapat sebuah kedai yang menjual spare part kereta dengan harga yang murah di sini.. 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berbalik semula kepada masalah kerosakan kereta Kia Spectra saya yang telah berumur 6 tahun.. 

Langkah pertama yang saya lakukan adalah pergi ke bengkel 'repair' kereta yang berhampiran dengan rumah ayah mertua saya.. Saya bagi tahu kepada pomen di bengkel tersebut, tentang masalah yang kereta saya hadapi..

Bagi sebuah bengkel kereta yang bagus.. Mereka akan cuba sedaya upaya melayan pelanggan mereka dengan baik.. ;)

Untuk mengenalpasti kerosakan kereta saya.. pomen bengkel kereta tersebut telah membuat uji pandu ke atas kereta saya.. Dahsyat juga pomen ini... Siap buat drift beberapa kali semasa beliau sedang memandu uji kereta saya.... 

Setelah puas buat drift.. Pomen tersebut memberitahu bahawa kedua-dua Drive Shaft kereta saya mengalami kerosakan.. bagi saya memang patut pun Drive Shaft ini rosak.. Sebabnya saya tidak pernah menggantikan Drive Shaft kereta ini semenjak saya membelinya pada tahun 2006.. 6 tahun pakai tanpa berganti.. Kira lamalah tu kan..   

Semasa pomen bengkel tersebut sibuk mengesan kerosakan kereta saya.. Saya sempat mengambil gambar pada bahagian yang rosak tersebut..

Gambar C.V. Joint atau Constant Velocity Joint yang rosak pada sebelah kanan..

Gambar C.V. Joint atau Constant Velocity Joint yang rosak pada bahagian kiri..

Bahagian yang rosak ini dikenali sebagai C.V. Joint atau Constant Velocity Joint.. Bila dah rosak kenalah baiki.. bagi memastikan keselamatan diri, keluarga dan kenderaan terpelihara..

Jadi saya tanyalah kepada tokey Bengkel kereta tersebut tentang kos Repair untuk kedua-dua C.V. Joint tersebut.. Tokey bengkel tersebut memberitahu kos repair C.V. Joint ersebut termasuk upah ialah RM420.00..

Mak Oi.. Mahal tu.. Mana nak cari duit sebanyak itu dengan serta-merta??

Sebelum ini saya sedia maklum, Spare Part untuk kereta Kia Spectra memang mahal.. Disebabkan Spare Part kereta ini agak susah dicari.. 

Kereta keluaran Korea tidak seperti kereta-kereta keluaran Jepun seperti Honda dan Toyota yang mempunyai lambakan Spare Part di pasaran.. Biasanya Spare Part kereta Kia adalah Spare Part original.. Disebabkan itu harga Spare part kereta ini agak mahal..

Untuk menyelamatkan diri.. Saya memberitahu kepada tokey bengkel kereta tersebut... sekarang ini saya tidak membawa jumlah wang yang mencukupi.. Jadi saya akan repair kereta ini di lain waktu, apabila saya telah mempunyai duit yang mencukupi nanti.. (Bohong sunat tu).. 

Tokey bengkel kereta tersebut bersetuju dengan kata-kata saya.. Beliau berpesan supaya jangan tangguhkan lama-lama untuk repair kereta ni.. Disebabkan ia boleh mendatangkan bahaya sewaktu dalam perjalanan.. Saya faham akan kata-kata tokey tersebut, sambil beredar meninggalkan bengkel beliau yang telah memberikan "maklumat berharga" kepada saya..  

Sekarang ni saya dah tahu bahagian mana yang rosak.. Siap ada gambar lagi.. Tindakan seterusnya yang saya lakukan ialah mengunjungi kedai spare part kereta.. Untuk mendapatkan harga bagi dua C.V. Joint tersebut.. 

Bila saya tanya dekat kedai Spare Part, Harga yang diletakkan untuk seunit C.V. Joint tersebut ialah RM140.. Setelah proses tawar menawar dilakukan saya dapat membeli Drive Shaft tersebut pada harga RM68 seunit.. Untuk 2 unit, saya perlu membayar RM136.. Kira murahlah tu berbanding harga yang dikenakan oleh bengkel kereta tadi.. Syukur Alhamdulillah..

Langkah yang seterusnya saya perlu mencari bengkel kereta yang lain.. Yang boleh memasang C.V. Joint ini pada kos upah yang berpatutan.. 

Bila saya tanya satu kedai tu..  tokey kedai boleh bagi harga RM30 seunit untuk kos pemasangan C.V. Joint  tersebut.. Jadi upah yang dikenakan untuk memasang dua C.V. Joint  tersebut adalah RM60..  

Bila saya jumlahkan kesemua perbelanjaan yang saya keluarkan untuk repair kerosakan C.V. Joint  pada kereta saya, tak sampai pun RM200..  
  • 2 unit C.V. Joint  = RM136 
  • Kos Pasang C.V joint = RM60

Jumlah keseluruhan kos Repair kereta = RM196..  

Jimat RM224 (lebih 50%) berbanding harga (RM420) yang dikenakan oleh bengkel kereta pertama.. Penjimatan yang sangat banyak.. 

Kesimpulan yang dapat saya buat dalam artikel ini.. 

Kita jangan menyerahkan 100% urusan repair kerosakan kereta kita pada mana-mana bengkel kereta. Biasanya bengkel kereta akan meletakkan harga belian pada Spare Part yang mereka jual (Biasalah bisnes).. Sedangkan kita boleh mendapatkan separuh harga untuk Spare Part kereta tersebut, sekiranya kita membelinya di kedai menjual Spare Part.. 

Sekiranya anda tinggal di kawasan Pusing, Ipoh, Batu Gajah.. Saya syorkan anda membeli Spare Part kereta di kedai seperti alamat berikut:

Syarikat Peniagaan Alat-Alat Ganti Ban Fatt
76, Jalan Besar, 31000 Batu Gajah, Perak
Tel : 05-3664858

Kedai ini terletak berhampiran dengan Masjid Besar Batu Gajah.. Setakat ini Alhamdulillah, saya boleh mendapatkan Spare Part kereta Kia Spectra pada harga yang murah di kedai ini..

50 ulasan:

  1. ha.ha.ha..bile bace je..terus stress.. sy kes mcm ni gak tp byr harga lebih kurang yg bengkel 1st tu kasi...sob2..

    lepas ni nk tiru mcm bro..tq for sharing yaww..

    BalasPadam
  2. betul tu, buat survey beberapa kedai dulu sebelum buat keputusan.

    BalasPadam
  3. Tips yang bagus ni.. boleh diamalkan lepas ni

    BalasPadam
  4. Kadang2 ada sesetangah kedai jual parts dengan murah, tapi servis cas mahal x hengat x berbaloi dengan hasil kerja. Apa pun cuba slow talk kot2 boleh nego :)

    BalasPadam
  5. Spectra sy br je dikesan rosak drive shaft...bengkel kt dengkil quot. RM 780 sepasang..sibb baik tak setuju baiki...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tukar ker?
      tukar kat mner?
      druve shaft saya baru rosak...

      Padam
  6. kedai bann fat tu bole pos x spare part yg kita nk oder....kia oh kia.....

    BalasPadam
  7. Sparepart Honda senang nak cari ??? hahahah ... lawak le statement mike ... awok pakai honda dah bertahun dah ... Sparepart mmg cukup payah ... sumer kena tempah ... jarang la boleh beli COD ... heheh

    BalasPadam
  8. Sparepart Honda senang nak cari ??? hahahah ... lawak le statement mike ... awok pakai honda dah bertahun dah ... Sparepart mmg cukup payah ... sumer kena tempah ... jarang la boleh beli COD ... heheh

    BalasPadam
  9. teman punya kerosakn kereta, lower arm sebelah kiri, vios 2010. dah survey2 mcm2 harga.. mcm2 gred kat sparepart tadi.. pening jugak lah.. ada yg rm135.. rm195..rm365..rm395..haaa...pening2..

    BalasPadam
  10. kalau saya kat petaling kedai mana yg ada jual spare part untuk kia spectra ya.

    BalasPadam
  11. kalau saya kat petaling kedai mana yg ada jual spare part untuk kia spectra ya.

    BalasPadam
  12. Terima kasih banyak.saya baru membeli Kia Spectra Tahun 2004 dengan harga RM10000.Memang drive shaft kiri dan kanan perlu diganti.Saya tengok kat mudah drive shaft baru ada 3 brand harga berbeza.Harga brand Victron RM230 satu set.Harga brand chap S RM280 satu set dan harga brand x (kotak hitam) RM240.Maknanya kalau 2 set Victron RM460;Brand chap S RM560 dan brand X (kotak hitam) RM480.Kenapa 3 drive shaft berbeza harga saya pun tak tahu.Mungkin yang paling mahal tu dibuat dari Korea dan yang paling murah chap ayam China saya pun tak pasti.Yang saya tahu ketiga2nya mahal.Tak macam yang uan dapat dari Batu gajah.Kos upah pasang memang betul RM30 untuk satu set,maka 2 set RM60.Tempatnya di Shah Alam.Ada komen dari sesiapa.

    BalasPadam
  13. jangan tertipu driveshaft murah ni slalunya tak tahan lama samada recond atau china kalau betul-betul baru punya harga mahal juga,yg baik punya gkn,ntn,shoji,nkn... dll

    BalasPadam
  14. jangan tertipu driveshaft murah ni slalunya tak tahan lama samada recond atau china kalau betul-betul baru punya harga mahal juga,yg baik punya gkn,ntn,shoji,nkn... dll

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  16. sebenarnya ada pro and cons (positif dan negatif) kalau kita cari spare part sendiri..

    pada saya, mmg harga yang dikenakan oleh bengkel tersebut mahal, tetapi kebiasaannya, ianya datang dengan jaminan.... terutama sekali jika alat tersebut tidak sesuai digunakan apabila dipasang....

    saya lebih suka menyerahkan bulat2 kepada bengkel, terutama bab2 enjin sbb pernah terjadi.... bila dah repair, kerosakan masih berulang...pergi balik bengkel...bengkel tersebut tukar balik dgn brg lain sbb dia pun dapat jaminan dari pembekal alat ganti....

    apa yg penting sebelum pergi bengkel...berdoa dan buat solat hajat byk2 supaya bengkel tersebut memberikan harga yang sewajarnya....

    murah x semestinya bagus, mahal x semestinya mencekik...

    wallahualam

    BalasPadam
  17. Salam... Aku dah kena dah. Beli drv shaft kt kadai spate part. Pasang lps sebulan bunyi balik.. Kok kok kok kok... Elok drv shaft ni cari bengkel harga patut dn repair. Kalo rosak semula boleh tkr lain dlm masa warranty.

    BalasPadam
  18. Aku baru aje minggu lepas ganti drive shafts spectra anak aku. Satu batang yang panjang tu baru RM 160. (Kalu JV aje baru RM90) Kanan kiri baru RM320. Kedai Spare Parts kat Sg Chua Kajang. Upah pasang kat pomen Kajang Mewah dua batang baru RM80.00. Habis RM400 untuk Outer JV dan Inner JV untuk kiri dan kanan sekali.

    Tapi kalu nak murah made in China punya, boleh pergi kedai kat Segambut. Aku tanya kat sana sebatang Shaft satu set panjang tu dia jual RM120 aje. (Rugi aku RM80 untuk 2 batang). Ni aku bagi nama kedai dia:
    AUTO DECENT SDN BHD
    NO. 18 & 20
    LORONG SEGAMBUT TENGAH SATU
    SEGAMBUT INDUSTRIAL AREA
    51200 KUALA LUMPUR.
    TEL : 03-6253088

    Kalu nak beli kena telefon dulu harga dan stok.
    Aku beli spring absober spectra 4 set depan belakang hanya RM360

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih di atas perkongsian tuan, boleh saya tahu drive shaft yang tuan dah tukar di kajang tu yang original atau buatan china

      Padam
    2. terima kasih di atas perkongsian tuan, boleh saya tahu drive shaft yang tuan dah tukar di kajang tu yang original atau buatan china

      Padam
  19. Aku buat sendiri top overhaul civic eg aku. Tanya kedai nak RM550 tak masuk kalau tukar timing belt. Last aku ajak kawan aku buat sendiri. Beli gasket baru RM75. Minyak itam RM50. Oil filter RM8. Upah kawan aku RM50, timing belt RM60. Semua sekali siap timing belt habis baru RM250.

    Bukan susah sangat ponn.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalam abg azrol.bagus la leh diy sndiri..sy nk tnya brkaitan driveshaft hyundai atos sy.driveshaft boot outer tekoyak.kalau nk tukar getah driveshat tu,kena buka sebatangkn..kalau terus tarik dari housing gearbox auto tu perlu ada tool khas tak? ada kesan sampingan tak dekat housing gearbox tu..harap mmbantu abg azrol..tq...

      Padam
    2. assalam abg azrol.bagus la leh diy sndiri..sy nk tnya brkaitan driveshaft hyundai atos sy.driveshaft boot outer tekoyak.kalau nk tukar getah driveshat tu,kena buka sebatangkn..kalau terus tarik dari housing gearbox auto tu perlu ada tool khas tak? ada kesan sampingan tak dekat housing gearbox tu..harap mmbantu abg azrol..tq...

      Padam
  20. Aku buat sendiri top overhaul civic eg aku. Tanya kedai nak RM550 tak masuk kalau tukar timing belt. Last aku ajak kawan aku buat sendiri. Beli gasket baru RM75. Minyak itam RM50. Oil filter RM8. Upah kawan aku RM50, timing belt RM60. Semua sekali siap timing belt habis baru RM250.

    Bukan susah sangat ponn.....

    BalasPadam
  21. Aku kereta rosak drive shaft terus aje tukar kereta lain????

    BalasPadam
  22. Salam..tumpang tanya...saya ada civic eg..masalah saya,tempreature naik aras tengah..radiator ok.adakah perlu d top overhall atau grandvalve? berapa kos nak repair...

    BalasPadam
  23. Jika Encik Masih Tidak Tahu Nak Dapatkan Brake Pad Yang Bagus. En Di Jemput Datang ke Page Fb Kami.
    https://www.facebook.com/EosAutopart Boleh dapat kan Barang2 Sparepart Kereta Tanpa Di manipulasi Harga.

    Thanks And Regards
    Saiful Aksah
    Marketing
    012 979 3720

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalm. Sy nk ty keta saya ade bunyi sebelah kiri kt tayar, sy x pasti dshaft ke arm ke. Sbb kadang2 bunyi time slow break dgn corner. P check kt kdai ckp dshft ok. Buntu

      Padam
  24. Sebenarnya ada 2 perkara yang kita harus tahu...kebanyakan kedai sparepart menjual barangan tiruan dari china..mungkin pomen pertama tu tahu harga sebenar barang ori..ataupun barangan yang kualitinya lebih baik..sbb sparepart kereta korea tidak semudah itu untuk kita dapatkan..kena order dulu baru boleh dpt..dan harganya memang mahal..kalau nak tahu harga sparepart ori pergilah tanya kat servis center..

    BalasPadam
  25. Ada siapa2 yg mahu jual head kia spetra.. Blh col sye 0106646487

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum..
    Terima kasih & sangat membantu.

    BalasPadam
  27. makasih bos infonya dan salam sukses

    BalasPadam
  28. terimakasih gan tentang infonya dan semoga bermanfaat

    BalasPadam
  29. Bell 26.. biasa kalau pusing stereng ada bunyi.. memang drive shaft..

    BalasPadam
  30. Inilah teknik nak jimat dan mengelakkan dari 'diketuk' oleh pomen kereta. Tapi jangan buat selalu, nanti terkantoi.

    BalasPadam
  31. Tapi kalau barang dah pasang rosak..jangan cuba-cuba mintak warranty dari pomen jika barang bawa sndiri..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra