Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pada minggu ini merupakan minggu Validasi Kenaikan Pangkat untuk rakan-rakan pensyarah yang memohon naik pangkat daripada DH41 ke DH44.

Good Luck saya ucapkan kepada rakan-rakan saya... Dan juga rakan-rakan pensyarah dari Politeknik lain yang kena panggil interview untuk kenaikan pangkah DH44...

Saya doakan semoga semua pensyarah politeknik yang menghadiri Validasi kali ni, berjaya dapat DH44. In Shaa Allah... Sama-sama kita doakan...

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH48
Bila nak mintak DH48?

Sebelum ni ada yang bertanya kepada saya....
Rakan : "Anuar mohon ke kenaikan Pangkat DH48 kali ni?"
Anuar : "Saya tak pohon.."

Apabila berjumpa dengan kawan lain.... Termasuk juga pertanyaan yang sama diajukan oleh ayah mertua saya...
Rakan lain: "Anuar, bila ko nak mintak DH48?"
Anuar : "Belum layak.. Nantilah dulu"
Ayah Mertua : "Korang tak mintak ke DH48 kali ni?"
Anuar : "Kami belum layak lagi ayah.."

Sebenarnya... Susah betul saya nak jawab soalan-soalan cepu emas macam ni... Kalau saya jawab tak nak mohon DH48 sampai bila-bila... Takut ada yang berkecil hati dengan jawapan saya...
..

TAPI...
Sebenarnya jawapan yang bersarang di lubuk hati kecil saya ialah... Saya tak berminat nak mohon sebarang kenaikan pangkat setakat ini...
..
Kenapa saya tak berminat nak pohon ke jawatan yang lebih tinggi dalam skim pekerjaan saya sekarang ni?
..
Saya sendiri ada jawapannya.... Rasanya tak perlulah saya nak ceritakan di sini... Sebab ianya terlalu terbuka...

Lagipun kita tak tak tahu apa yang bakal berlaku kepada kehidupan kita di kemudian hari... 
..
Manalah tahu... satu hari nanti tiba-tiba pintu hati saya terbuka untuk mohon jawatan yang lebih tinggi..
..
Tapi... Buat masa sekarang "I Said No"... Hah... kan dah terkeluar perkataan orang putih.... Opppssss..



Untuk pengetahuan anda... Ada rakan-rakan sekerja saya yang bertugas bersama-sama di Mukah Sarawak dulu dah mendapat kenaikan pangkat DH44, DH48, dan DH52 pun ada... Malah ada yang dah dapat PHD, dan ada beberapa orang yang tengah sambung PHD sekarang ni..
..
SAYA?
Tetap sama macam dulu...
...
Inilah kehidupan saya daripada dulu sampai sekarang... sama sahaja...
..
Saya berdoa semoga Allah sentiasa permudahkan kehidupan saya... Kalau satu hari nanti Allah nak bukakan pintu saya untuk memohon kenaikan pangkat.. Saya berharap sangat dapat terus jadi macam sekarang.... mempunyai masa berkualiti bersama isteri dan anak-anak... Doakan ye.. ;)

Terima kasih di atas doa kalian...

Info Berkaitan: