Assaalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah, ini merupakan 6 Tips yang terakhir dalam siri 101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg. Jadi, jom kita tengok Tip yang ke 96 hingga tip yang ke 101
Tip Diet ke 96.
Jangan
membawa telefon bimbit anda bersama, tetapi tinggalkannya di tempat yang anda
boleh dengar deringannya jika ada panggilan masuk.
Dengan
cara ini, anda sekurang-kurangnya bangun dan berjalan untuk mengangkat dan
menjawab panggilan.
Bunyinya
agak pelik tetapi ia membantu.
Kehidupan
sekarang sangat mudah, sehingga boleh dikatakan semua perkara dikawal dihujung
jari.
Apa
yang kita lakukan hanyalah menekan butang untuk sesuatu yang dikehendaki.
Dengan
cara sebegini, maka hanya jari kita sahaja yang akan melakukan senaman.
Suatu
ketika dahulu, Charles Dawin mengemukakan satu teori ‘use and disuse’.
Berdasarkan
teori ini, beliau menyatakan bahawa bahagian - bahagian tertentu dalam badan
kita yang digunakan selalu akan berkembang manakala bahagian badan yang lain
yang tidak digunakan akan menjadi kecil dan lama - kelamaan akan lenyap.
Contoh
yang digunakan ialah mengenai leher zirafah yang panjang, yang mana menjadi
memanjang disebabkan ia digunakan untuk mencapai daun-daun muda pada pucuk
pokok.
Oleh
sebab itu, saya mencadangkan supaya anda memaksa diri anda untuk bergerak sepenuhnya.
Penggunaan
telefon bimbit mungkin menyenangkan, dan pada masa yang sama ia telah
memudahkan kehidupan kita.
Terdapat
juga beberapa pertanyaan mengenai penggunaan telefon bimbit tetapi ia tidak
termasuk di dalam topik kita.
Apa
yang saya ingin cadangkan ialah semasa anda di rumah atau pejabat, tinggalkan
telefon bimbit anda di satu tempat yang anda dapat dengar deringannya, tetapi
biarkan ianya agak jauh untuk dicapai oleh tangan anda.
Oleh
itu, anda perlu bangun dan berjalan beberapa langkah sebelum anda dapat
menjawab panggilan masuk anda.
![]() |
| Telefon Bimbit satu keperluan, tapi jangan disebabkan Telefon bimbit menjadikan pergerakan fizikal kita tidak aktif |
Tip Diet ke 97.
Semasa
anda menaiki lif, daripada anda hanya berdiri sambil melihat orang di
sekeliling anda, adalah lebih baik untuk anda cuba menaikkan tumit dengan hanya
berdiri dengan jari kaki sahaja dan kemudian turun semula.
Lakukannya
beberapa kali.
Cuba
bengkokkan otot punggung anda juga.
Sebenarnya
ada banyak otot pada badan kita yang boleh diputar dan diregangkan tanpa
melibatkan otot di bahagian lain.
Jika
ada otot lain yang terlibat, ianya tidak menjadi masalah kerana anda hanya
meregangkan otot pada bahagian berkenaan sahaja
Orang
akan mengatakan anda gila kesihatan, tetapi bukankah ia lebih baik daripada
orang mengatakan anda si gemuk.
![]() |
| Saya terpaksa bergerak aktif untuk mengelakkan diri daripada lensa-lensa kamera... Eh ceh..ceh.. ceh.. ;) |
Tip Diet ke 98.
Tanggalkan
pakaian anda dan lihatlah diri anda di cermin.
Jika
apa yang anda lihat tidak memuaskan hati anda, maka anda akan mula memikirkan
untuk bersenam.
Cuba
kempiskan lemak berlebihan di semua bahagian yang besar, ini akan memberikan
anda satu idea bahagian mana yang memerlukan senaman.
Ia
adalah cara yang terbaik untuk mengenalpasti samada perut anda mula menaik atau
telah membuncit.
Cuba
tarik nafas dalam-dalam dan lihat kepada bahagian perut anda. Jika anda dapati
bahawa ia telah menurun sedikit, maka ada harapan untuk anda di situ.
Jika
anda bermula sekarang, anda akan dapat mengawalnya dan mungkin juga jika anda
betul-betul ingin melakukannya, anda akan dapat mengurangkannya lagi beberapa sentimeter dalam beberapa
minggu.
Tip Diet ke 99.
Jika anda mempunyai pemegang tangga/susuran tangga atau kisi-kisi/tempat birai, duduk di atasnya dan lunjurkan kaki anda seperti anda sedang mengayuh basikal. Tapi, awas supaya tidak terjatuh.
Ini satu lagi idea yang agak gila-gila.
Saya hanya ingin memberitahu anda bahawa dengan melakukan idea yang gila-gila seperti ini, anda juga dapat mengurangkan beberapa kilogram daripada berat anda.
Ini adalah satu cara untuk melatih minda anda untuk menjadi lebih bersedia pada setiap masa.
![]() |
| Orang yang Sentiasa berfikiran positif pasti akan berjaya mendapat hasil yang diusahakan |
Tip Diet ke 100.
Ramai orang menghadapi masalah untuk menghilangkan lemak di perut.
Hanya mereka yang mempunyai disiplin yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti senaman harian sahaja, yang berjaya menghilangkan lemak di perut.
Walaupun ramai yang merasakan nak hilangkan lemak di perut adalah sesuatu perkara yang mustahil, tetapi sebenarnya mereka tak nak memberikan komitmen dan luangkan masa setiap hari secara berdisiplin untuk senaman.
Walaupun ramai yang merasakan nak hilangkan lemak di perut adalah sesuatu perkara yang mustahil, tetapi sebenarnya mereka tak nak memberikan komitmen dan luangkan masa setiap hari secara berdisiplin untuk senaman.
Sebenarnya Tiada perkara yang mustahil untuk dilaksanakan, asalakan kita BEMULA dan KONSISTEN.
Boleh tengok video di akhir POST ini, untuk laksanakan contoh senaman yang sesuai untuk perut dan kecergasan.
Bagi umat Islam, telah ada "senaman harian" yang wajib kita laksanakan iaitu semasa kita melaksanakan solat Fardhu 5 waktu sehari semalam.
Untuk mendapatkan badan yang ideal, perlu berusaha untuk perbanyakkan lagi dalam melaksanakan solat-solat sunat seperti solat Tahajud, Solat Dhuha, Solat Rawatib, solat Hajat, Solat Taubat dan solat-solat Sunat yang lain.
Untuk mendapatkan badan yang ideal, perlu berusaha untuk perbanyakkan lagi dalam melaksanakan solat-solat sunat seperti solat Tahajud, Solat Dhuha, Solat Rawatib, solat Hajat, Solat Taubat dan solat-solat Sunat yang lain.
Tip Diet ke 101.
Tips ini merupakan tips paling penting yang perlu anda laksanakan setiap hari!
Kita
tahu bahawa kebanyakan kita akan mengalami penambahan berat pada bahagian
tengah badan.
Jadi,
saya akan menerangkan kepada anda cara termudah untuk mengurangkan lemak di
bahagian perut dan pinggang anda.
Walau
bagaimanapun, ianya tidak sesuai dilakukan oleh ibu – ibu yang baru lepas
bersalin.
Cuba
tarik nafas anda sekuatnya dan pada masa yang sama kempiskan perut anda.
Tahan
nafas anda untuk beberapa saat dan kemudian secara perlahan-lahan, hembuskan
nafas anda dengan perut anda masih dikempiskan.
Ulanginya
sebanyak 50 hingga 60 kali dalam sehari. Sebenarnya, anda boleh bernafas
seperti ini bilamana anda ingat untuk melakukannya.
Selepas
sehari, anda akan dapat merasakan bahawa otot perut anda mengecut setiap kali
apabila anda melakukannya.
Sekiranya
anda membuat latihan sebegini selama 20 hari berturut-turut, anda akan
mendapati bahawa sukat lilit perut anda akan berkurangan sekurang-kurangnya 1
inci.
Di
bawah, saya ada sertakan jadual tentang beberapa senaman dan bilangan kalori
yang dapat di bakar untuk senaman tersebut.
Pilihlah
senaman yang anda suka lakukan dan juga sesuatu yang anda suka buat untuk
jangka masa yang panjang.
Pemilihan
senaman adalah bergantung kepada anda sendiri, tetapi cuba apa sahaja yang anda
ingin buat bagi tempoh sekurang-kurangnya 20 minit.
Kadar
kalori yang dibakar sebenarnya hanya akan dapat dicapai sekiranya anda dapat
menghabiskan senaman tersebut selama 20 minit.
|
Senamrobik
|
200-250 kalori
|
|
Berbasikal,
Statik
|
250-300 kalori
|
|
Berbasikal
sebenar
|
300-400 kalori
|
|
Berlari
5~6 batu/jam
|
300-350 kalori
|
|
Memanjat
tangga
|
200-250 kalori
|
|
Berenang
|
350 kalori
|
|
Berjalan pantas
|
150-180 kalori
|
Daripada jadual diatas, anda
boleh dapati bahawa berjalan juga adalah merupakan satu senaman yang tidak
patut ditinggalkan.
Jika
anda mendapati bahawa jadual seharian anda sangat ketat untuk diisi dengan
senaman, pilihlah untuk berjalan.
Berjalanlah
sebanyak yang mungkin.
Cuba
rancang perjalanan anda ke sesuatu tempat lebih awal.
Ia
akan memberikan anda peluang untuk berjalan.
Semoga bermanfaat.
Boleh amalkan kesemua 101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg.
Kita target 5kg sahaja terlebih dahulu, tak perlu banyak-banyak!. Kalau dah berjaya kurangkan berat badan sebanyak 5kg, kita usaha untuk turunkan berat badan sebanyak 5kg lagi selepas itu. In Shaa Allah, satu hari nanti kita berjaya ikut jejak langkah En Hafiz yang berjaya turunkan berat badan sebanyak 13.6 Kg. Boleh baca kisahnya -> Di sini
Good Luck! Semoga berjaya..
Good Luck! Semoga berjaya..
Info berkaitan :
- Rahsia Turun 45KG dalam masa 3 bulan
- 101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 91-95)
- Program Intervensi Pengurusan Berat Badan I Fit And Eat Right (IFitEr) Sesi 2/2025
- Mereka Kata Saya Gemuk.... Betul ker?
- Ramai kawan lama kata saya dah GEMUK.... Tapi
- 101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 86-90)
- 101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 81-85)
- 101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 76-80)
@muhamadanuarmarsib POV : Bila First time Buat Senaman TABATA Kena amalkan Senaman ini 8 Kali Sehari untuk membentuk otot Dan membuang lemak di perut. #TABATA #Fitness #Senaman #JomBersenam #wellness ♬ original sound - TrueKai




0 Ulasan