101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 86-90)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bersambung lagi 5 tips yang seterusnya iaitu tips yang ke 86 hingga tips yang ke 90 dalam siri 
101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg.


Tip 86.

Cuba lakukan yoga.

Yoga adalah salah satu cara untuk mengurangkan berat badan.

Saya tidak akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang yoga dalam tulisan saya kali ini tetapi saya boleh memberitahu anda bahawa saya tidak pernah melihat orang yang mempunyai susuk tubuh yang cantik berbanding dengan mereka yang mengamalkan yoga.

Salah satu kelebihan senaman yoga ialah anda akan dapat mempelajari bagaimana untuk mengawal otot dan sendi anda secara virtual, supaya tiada lagi isu tentang peningkatan berat badan.

Tip 87.

Cuba mengurut teman anda.

Ini adalah cara yang baik untuk mengurangkan berat badan.

Ia dapat memberikan kepuasan kepada teman anda dan pada masa yang sama, anda menggunakan tenaga untuk mengurut. Ini akan membawa kepada pengurangan berat badan.

Keadaan ini kita boleh kaitkan dengan cara anda mengurut rakan anda dan selepas itu teman anda akan mengurut anda pula.

Ia bukan hanya kesungguhan dari satu pihak sahaja tetapi juga kesungguhan kedua-dua pihak.

Sememangnya menjadi idea yang baik sekiranya setiap pasangan menjadikan sesi pengurangan badan sebagai rutin bersama.

Mereka akan dapat menjaga sesama sendiri, menolong mengawal perasaan hendak makan dan memotivasikan satu sama lain, supaya terus mengamalkan rutin hidup yang sihat.

Terdapat banyak perkara yang dapat dilakukan oleh setiap pasangan secara bersama, untuk menolong menjadikan mereka sentiasa aktif secara fizikal.

Dapat peluang Berselfie dengan Team Justice League pun best juga.. ;)


Tip 88.

Jika anda ingin memikirkan apa lagi perkara lain yang boleh dilakukan, cuba tumbuk bantal anda.

Ianya adalah satu idea yang agak ganjil, tetapi percayalah ianya berhasil.

Tidak ramai memiliki punching bag di rumah. Tetapi jika anda memiliki bantal yang besar, maka anda boleh gunakannya.

Tetapi saya mencadangkan agar anda tidak menumbuknya dengan kuat sehingga pecah. Jangan terlalu kisah sangat tentang tenaga yang anda gunakan untuk menumbuk bantal berkenaan.

Cuba tumbuk sebanyak 50 kali pada setiap sesi.

Saya ingin memberikan satu tip kepada anda.

Sekiranya anda mempunyai seseorang yang anda tidak suka seperti bos atau jiran anda, atau mungkin bekas teman lelaki atau wanita anda, cuba bayangkan imej muka mereka di sana dan tumbuklah sepuas hati anda. Saya yakin ia akan memberikan anda banyak kepuasan.    




Tip 89.

Daripada turun naik tangga menggunakan satu anak tangga setiap masa, saya cadangkan anda menggunakan dua anak tangga sekaligus.

Namun, anda perlu berhati – hati agar tidak tergelincir.

Apabila anda melakukannya, pastikan kaki anda telah berdiri di setiap anak tangga sebelum anda meneruskan pendakian. Cuba langkah setiap dua anak tangga.

Tip 90.

Jangan selalu duduk dia atas kerusi sahaja tetapi cubalah berdiri dengan posisi yang menegak dan perut anda dikempiskan.

Duduk sahaja merupakan tabiat yang buruk.

Bukan sahaja ia tidak baik untuk tulang belakang anda, tetapi ia akan memberikan bentuk yang mengeleber kerana berlemak.

Cuba amalkan apabila anda duduk, sebaik-baiknya tegakkan badan anda. Posisi duduk sebegini akan mengelakkan sakit tulang belakang.



Catat Ulasan

0 Ulasan