Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Selain Bulan Beribadah, bulan Ramadhan juga dikenali sebagai bulan membeli-belah. Lebih-lebih lagi bila masuk pertengahan bulan Ramadhan.. Masa ni lah masing-masing dah sibuk rambang mata nak beli baju raya.
Ramai di antara kita shopping sakan untuk keperluan hari raya. Ada tu sampai sanggup berhabis duit untuk membeli baju raya berjenama yang diidamkan.. Bak kata orang tua-tua, "Biar Pape asal Bergaya"
Nak beraya tak salah..
Nak bergaya tak salah..
Maklumlah raya kan setahun sekali..
Tapi.. Kena juga tengok ketebalan duit dalam beg duit... Atau duit dalam akaun..
Berbelanja mengikut kemampuan... Membeli berdasarkan keperluan bukan kehendak...
Hahaha... Ali... Ali...
Tak serik-serik lagi..
lepas raya makan maggi..
Sebab lari budget lagi..
Perghh... Boleh jadi pantun 4 kerat...
Boleh Ali... Kalau nak juga pakai barangan berjenama masa raya nanti... Saya ada satu idea untuk Ali...
Meh kita beli barangan Bundel... Ali boleh dapat pelbagai pakaian berjenama mewah (Gred A) pada harga mampu milik..
Selain Bulan Beribadah, bulan Ramadhan juga dikenali sebagai bulan membeli-belah. Lebih-lebih lagi bila masuk pertengahan bulan Ramadhan.. Masa ni lah masing-masing dah sibuk rambang mata nak beli baju raya.
Ingat!!Walau sibuk mana pun anda nak bershopping, jangan lupa perbanyakkan amal ibadah terutamanya di waktu malam. Siapa tahu, Mungkin ini Ramadhan yang terakhir dalam hidup kita. Baca Artikel ini -> Kenapa bilangan Jemaah yang menunaikan Solat terawikh di surau-surau atau Masjid-masjid berkurangan pada 10 malam terakhir Ramadhan?
Ramai di antara kita shopping sakan untuk keperluan hari raya. Ada tu sampai sanggup berhabis duit untuk membeli baju raya berjenama yang diidamkan.. Bak kata orang tua-tua, "Biar Pape asal Bergaya"
Nak beraya tak salah..
Nak bergaya tak salah..
Maklumlah raya kan setahun sekali..
Tapi.. Kena juga tengok ketebalan duit dalam beg duit... Atau duit dalam akaun..
Berbelanja mengikut kemampuan... Membeli berdasarkan keperluan bukan kehendak...
"Tapi.. Saya tak kira... Saya nak juga pakai pakaian berjenama masa raya nanti" Ali, bukan nama sebenar
Hahaha... Ali... Ali...
Tak serik-serik lagi..
lepas raya makan maggi..
Sebab lari budget lagi..
Perghh... Boleh jadi pantun 4 kerat...
Boleh Ali... Kalau nak juga pakai barangan berjenama masa raya nanti... Saya ada satu idea untuk Ali...
Meh kita beli barangan Bundel... Ali boleh dapat pelbagai pakaian berjenama mewah (Gred A) pada harga mampu milik..
Sumber : https://www.lubukbundle.com
Ya!! Ini sahaja jalan penyelesaiannya...
Untuk golongan yang kurang berkemampuan, tapi nak bergaya memakai pakaian berjenama mewah..
Untuk makluman, pakaian yang dijual dekat kedai-kedai bundle tak semuanya barangan yang dah buruk dan lusuh..
Ada juga pakaian-pakaian yang masih baru, atau dalam kategori Gred A..
Contohnya boleh tengok dalam gambar-gambar di bawah ni..
Jaket-jaket ni nampak masih baru kan?
Blazer/kot ni juga nampak masih baru kan?
Saya ada pengalaman beli baju jacket jeans bundle semasa belajar di Universiti... Lama juga saya pakai baju jacket tu.. semasa pergi kuliah, semasa pergi jalan-jalan, semasa setai program-program di universiti ( contoh Jelajah Titiwangsa 2002) saya pakai jacket tu. Siapa tahu saya beli baju jacket tu dekat bundle. Sangkut juga awek walaupun pakai baju-baju bundle hehehe...
Lagi satu, paling saya tak lupa semasa saya menghadiri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2009. Setiap penerima anugerah diwajibkan untuk memakai baju formal lengkap dengan baju kemeja, tali leher, kasut, blazer/tuxedo.
Masa tu mana nak dapatkan blazer/tuxedo yang murah? Bajet yang saya ada cuma RM100.. Dah puas cari dekat shopping complex, paling murah pun boleh dapat dalam RM150-RM200...
Nak tak nak kena juga pakai... Jadi, jalan penyelesaiannya beli dekat Bundle... Alhamdulillah dapat beli blazer branded yang cun pada harga RM100 sahaja..
Semasa naik ke pentas menerima anugerah.. Fuhhh... Rasa bukan main bergaya lagi pakai blazer beli dekat bundle... Orang bukan tahu pun saya pakai blazer bundle masa tu... Hehehe...
Selain Blazer dan jacket ada banyak lagi pakaian branded yang boleh diperolehi di bundle pada harga yang murah...
Seluar Jeans berjenama mewah (Seluar jeans bundle terpilih ada yang berharga jauh lebih mahal berbanding seluar jeans baru yang ada di pasaran)
Seluar jogging/bersukan
Kasut berjenama
Baju sejuk bundle berjenama
Terlalu banyak sebenarnya barang-barang bundle ni...
Contoh lain lagi..
- Pillow Cover (Sarung bantal) Gred A USA
- Flannel Pajama USA
- Ladies Long Sleeve Tshirt Japan
- MEN MIX TSHIRT ROUNDNECK/COLLAR SHORT SLEEVE
- Boxer Short
- Light Baby Wear USA
- Beg tangan wanita
- jogging pants USA
- Special Jacket Nylon Unicorn
- dan banyak lagi...
Tapi yang pasti anda boleh membeli barang-barang berjenama seperti di atas pada harga yang sangat murah di Bundle..
Contoh-contoh Barangan Bundle.
Sumber : https://www.lubukbundle.com
Anda nak tahu tak berapa kos yang dikeluarkan oleh peniaga-peniaga bundle untuk menjual pakaian-pakaian berjenama tersebut?
RM10,000?
RM8,000?
RM5,000?
Susah kan nak berteka-teki...
Sebenarnya modal yang mereka keluarkan untuk membeli seguni bundle yang penuh dengan pelbagai jenis pakaian ni tak lah mahal mana pun...
Sumber : https://www.lubukbundle.com
Harganya dalam lingkungan RM50 hingga RM200 sahaja..
Bergantung kepada kebolehan pembeli untuk mendapatkan stok barang tersebut...
Sekiranya penjual tahu lubuk yang sebenar nak beli stok barang bundle ni, memang boleh dapat harga yang sangat murah... Contohnya seperti info yang terdapat di laman web https://www.lubukbundle.com
Macam tak percaya boleh dapat harga sampai murah macam tu sekali...
Contohnya, setiap kali raya anda keluarkan kos beli baju raya antara RM500-RM1000. Ini baru kos beli baju raya anda sekeluarga.. Belum lagi termasuk kos beli baju raya keluarga abang, keluarga kakak, keluarga adik, emak, ayah, keluarga sebelah mertua.. Bila dikumpul-kumpulkan kos tersebut mungkin jumlah keseluruhannya boleh capai sehingga RM10,000.
Ada kemungkinan sebahagian besar pakaian yang kita perlukan (dalam nilai RM10,000) ada dalam satu guni bundle yang bernilai cuma dalam RM100 hingga RM200 sahaja... Nampak tak betapa besar penjimatannya di situ...
Sebagai kesimpulannya...
Ekonomi sekarang dah tak menentu..
Secara realitinya ramai rakyat Malaysia dah tak mampu nak berbelanja mewah untuk membeli pakaian-pakaian baru dan berjenama untuk menyambut hari raya..
Walaubagaimanapun pilihan terletak di tangan masing-masing... Kalau rasa masih mampu nak membeli baju-baju baru dan berjenama... Belilah... Siapa yang rasa tak mampu boleh jadikan pakaian-pakaian bundle sebagai pilihan kedua...
Masih nampak bergaya... Masih nampak pakai baju baru... Cuma baju yang terpakai...
Itu sahaja perkongsian saya pada kali ini semoga bermanfaat..
Info Berkaitan:
- Syukur Alhamdulillah.... Dapat Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019
- 111 Formula Tarik Rezeki
- Kumpul Duit Raya Bersama Team Rahsia Buat Apps
- Kenapa bilangan Jemaah yang menunaikan Solat Terawikh di surau-surau atau masjid-masjid berkurangan pada 10 malam terakhir Ramadhan
- 10 TIPS JUTAWAN SENYAP DARIPADA PENIAGA PASAR MALAM, PENIAGA PASAR HARIAN, PENIAGA BAZAR RAMADHAN DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL
- Peluang Perbaiki Bacaan Al-Quran Di Bulan Ramadhan bersama FURQAN WORKS SDN. BHD.
- 10 Perniagaan yang sesuai dijalankan sebelum dan semasa bulan Ramadhan
- BISNES TUDUNG VS BISNES CENDERAHATI . Mana yang Lebih Masyuk??
2 Ulasan
bundle memang jadi pilihan... ada peminatnya sendiri...
BalasPadamThanks for sharing..kadang-kadang biar kita berbelanja secara sederhana..beli barang branded tapi bergaya..
BalasPadam