Jumaat, 17 Mei 2019

Syukur Alhamdulillah.... Dapat Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Berita yang dinanti-nantikan oleh seluruh penjawat Awam akhirnya muncul juga pada hari ke sebelas Ramadhan bersamaan 16 Mei 2019.. Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019

Kebetulan ketika tarikh bantuan khas ini diumumkan merupakan hari guru.. Jadi kita anggap ini sebagai salah satu berita gembira oleh pihak kerajaan untuk guru-guru di seluruh Malaysia yang mempunyai bilangan teramai bagi kakitangan awam di seluruh Malaysia.


Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019
Kenyataan Akhbar : Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019


"PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah serta RM225 kepada 0.8 juta pesara sebagai persediaan menyambut Aidilfitri, bayaran akan dibuat pada 24 Mei ini." -Pejabat Perdana Menteri-



Penjawat Awam di seluruh Malaysia pastinya sangat bersyukur dengan berita ini. Dengan sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan, sedikit sebanyak dapat meringankan beban penjawat awam yang beragama Islam untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri pada 4 Jun nanti..


Info Berkaitan:

2 ulasan:

  1. aLHAMDULILLAH

    RINGAN SEDIKIT BEBANAN UNTUK SAMBUT ALDILFITRI

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah,, syukur sangat bagi dapat tuh.. dari takda langsung kan.. saya kerja swasta..sendiri mau ingatlah..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra