Khamis, 17 Ogos 2017

Terima Cek Terakhir daripada NUFFNANG :(

with 20 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah... Cek yang ditunggu-tunggu daripada Nuffnang telah pun tiba..

Lama dah tunggu Cek ni... selepas lebih 2 bulan baru cek ni sampai kepada saya... Saya Cashout Cek ni pada 7 Jun 2017 dan pada 17 Ogos 2017 baru dapat cek ni.. 
Isteri saya kata... "Cek abang lambat dihantar sebabkan nilainya sikit sangat kot... Kos  pihak syarikat nak keluarkan cek dan nak hantar cek lebih besar daripada nilai yang ditulis di atas Cek" Hmmm.. Mungkin ada kebenarannya juga kata-kata isteri saya ni 
Cek Terakhir daripada NUFFNANG

Walaubagaimanapun Alhamdulillah... Dapat juga cek yang ditunggu-tunggu daripada Nuffnang... Walaupun lambat, tapi dapat juga akhirnya..

Begitulah pengalaman Buat Duit dengan Nuffnang. Setakat ini Nuffnang tak pernah gagal daripada membayar komisyen kepada para blogger. Cuma samada lambat atau cepat sahaja. 

Sebenarnya dah ramai blogger yang meninggalkan Nuffnang disebabkan bayaran yang diberikan tidak setimpal dengan trafik yang datang ke blog..

Ramai yang telah beralih arah kepada Adsense disebabkan adsense bagi komisyen pay per klik yang lebih banyak daripada Nuffnang.

Setakat ni saya masih setia bersama Nuffnang disebabkan, Nuffnang satu-satunya advertiser yang membayar komisyen dalam bentuk Cek.. Yang lain semua transfer melalui akaun. Sekali sekala ada orang hantar cek kepada kita, tentulah hati rasa berbunga-bunga kan?

Tapi kalau dah lambat sangat tunggu cek tak sampai-sampai, bunga-bunga mekar pun boleh jadi layu... Hehehe... Betul tak?

So, ini mungkin cek terakhir yang saya terima daripada Nuffnang...

Buat Duit Secara Online tak semuanya Menggembirakan 

Peluang buat duit secara Online ni sememangnya banyak.. 
Sekarang ni terlalu banyak laman web yang ada menyediakan Program Affiliate.. 
Nak tahu lebih lanjut tentang senarai laman web yang ada menyediakan program affiliate, boleh download ebook belajar Buat Blog.

Tapi masalahnya... tidak semua laman web (penyedia program affiliate) membayar komisyen dengan cepat...

Ada sesetengah laman web tu kita rasa sakit hati pun ada.. Dah lah komisyen lambat bayar... Lepas tu bila kita hubungi mereka melalui email tidak pula dibalas.

Sebagai contoh laman web cytron.com.my . Setakat ni komisyen terkumpul yang telah saya dapat melalui laman web ni dah berjumlah RM164. 


Sumber : cytron.com.my

Biasanya minimum Cashout yang ditetapkan oleh sebuah laman web adalah RM100. Kalau ikutkan memang saya dah layak untuk Cash Out komisyen tersebut. Tapi bila saya hubungi pihak syarikat melalui email, sehingga sekarang masih belum ada sebarang jawapan. Dah 2 minggu saya hubungi mereka melalui email, tapi masih belum ada sebarang jawapan.

Bila keadaan berlaku macam ni, apa yang boleh saya buat hanyalah bersabar... Bersabar... Dan terus bersabar... dalam masa yang sama berdoa semoga terbuka pintu hati pihak syarikat untuk membayar komisyen saya.... Walaupun tak banyak, tapi duit jugak tu...

Pengajaran Buat Duit Secara Online

Jadi, sebagai pengajaran buat kita semua... 
Kalau nak buat duit secara online, sebaiknya terlebih dahulu kenal pasti prestasi pihak syarikat semasa membayar komisyen.  
Kena dapatkan maklumbalas daripada rakan-rakan lain yang pernah mempromosikan produk sesuatu syarikat... Ada masalah tak dari segi bayaran komisyen?

Kalau ada masalah ataupun lambat bayar komisyen kena fikir masak-masak sebelum nak promote produk milik syarikat tersebut... Lebih-lebih lagi bagi blogger/usahawan internet sepenuh masa yang bergantung hasil pendapatan 100% melalui blog.. Memang kecepatan dan ketepatan pembayaran komisyen tersangat penting... Sebab kalau komisyen lambat dibayar, mau tak berasap dapur dibuatnya.

Bagi blogger/usahawan internet yang ada sumber pendapatan lain selain mengharap komisyen buat duit secara online, masih boleh survive lagi kalau komisyen lambat di bayar.

Senarai Prestasi laman web yang membayar Komisyen Affiliate 

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, di sini saya senaraikan Prestasi laman web yang pernah membayar komisyen affiliate kepada saya sebagai rujukan kita bersama. 

Berikut merupakan senarai laman web mengikut ranking terbaik membayar komisyen berdasarkan pengalaman saya dan pengalaman rakan-rakan lain.

Berdasarkan senarai di atas, anda boleh tahu laman web mana yang TIP TOP dari segi pembayaran komisyen kepada ejen affiliate. Ada yang bayar dalam tempoh tak sampai seminggu, ada yang bayar dalam tempoh seminggu, ada yang bayar dalam tempoh sebulan, ada yang bayar dalam tempoh melebihi sebulan, dan ada yang tak bayar langsung pun ada.

Ya betul... Saya pernah terkena... Ada laman web yang langsung tak bayar komisyen affiliate pun ada.. Masa tu saya berjaya dapat komsiyen sebanyak RM450. Sampai ke sudah satu sen pun saya tak dapat bayaran komisyen. Paling menyedihkan masa tu dah nak raya. Ingatkan bolehlah gunakan duit komisyen tu untuk sambut hari raya.. Tapi kesudahannya cukup mengecewakan.

Semoga sedikit pengalaman dan perkongsian saya ini boleh menjadi ikhtibar buat kita semua yang nak buat duit secara online.

Lepas ni bolehlah pilih laman web mana yang terbaik sekiranya anda nak dapatkan duit samada secara segera atau lambat sikit pun tak apa melalui pendapatan secara Online..

Semoga info yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda.. In Shaa Allah..

20 ulasan:

  1. Alhamdulillah..masih ada pendapatan dari nuffnang tu..

    BalasPadam
  2. nuffnanglah mula2 sekali bg saya duit hasil berblog..duk tggu2 BE zaman dahulu...sekarang sudah banyak affiliate..syukur..adsense mmg paling femes dikalangan blogger

    BalasPadam
  3. dah lama berpisah dengan Nuffang ni..

    BalasPadam
  4. Tak pernah cuba. Cuma berbisnes melalui blog secara sambilan je.

    BalasPadam
  5. Saya baru je cashout baru ni dkt nuffnang..1st time benornya sebab baru cukup jumlah nak keluar..haha...ni tengah pikior nak setia ke tidak dengan nuffnang sebab iklan dah kurang..

    BalasPadam
  6. join adsense juga tp dalam masa sama nuffnang pun ada skali..tp komisen nuffnang dah tak berapa nak ok..

    www.kickstory.net

    BalasPadam
  7. Saya x prnah sekali pun dapat...

    BalasPadam
  8. Cek saya pun otw dan samalah, saya rasa ini lah cek terakhit dr diorg sbb amaun skrg ni kalah siput jalannya

    BalasPadam
  9. Nak jugakk duit! Tak pernah dapat nufnang ni. OK bye

    BalasPadam
  10. Cara nak register nuffnang lebih mudah berbanding sesetengah affiliate lain. Perkongsian 'Pengajaran Buat Buat Duit Secara Online' di atas penting untuk pendedahan semua orang.

    BalasPadam
  11. dah tak boleh nak rely dengan nuffnang sahaja. kena banyak paip income

    BalasPadam
  12. Tahniah bro.
    sy pon dh quit nuffnang. guna adsense je skang. tp xpndai sgt. haha

    BalasPadam
  13. Lama dah sy tinggal nuffnag ini. Dulu masa muda2 buat duit guna blogspot rajin juga kejar earning nuffnag .. skang adsense jer la.. and layan mana2 affiliate program. Thanks sebab share list affiliate program.

    BalasPadam
  14. Saya kena dengan Rahsia Uber. Dia tak bayar komisen tapi bila cek kat member area kata dah bayar. Berbalas-balas emel dengan owner web tu, tapi dia tetap kata yang dia dah bayar.

    Dia ingat kita ni noob sangat kot dengan program affiliate. Last2 malas dah nak promote

    BalasPadam
  15. SA sedang tunggu adsense lulus..ingat nak ceraikan nuffnang...tp baru-baru ni banyak plak iklan yg kuar

    BalasPadam
  16. Sekarang ni harap pada affiliate je, adsense tak lepas lagi, nuffnang pun dah lama curang..huhu

    BalasPadam
  17. lama dah tak login..nuffnang.. kejam tak.hehe.. sayang jugak dekat nuffnang nih dulu..dululah selang dua bulan dapat cashout,.lepas tuh kelaut..

    BalasPadam
  18. 2 tahun lalu guna innity dan cash out langsung transfer ke bank tapi sekarang tak pernah loging lagi

    BalasPadam
  19. Dah lama buang iklan Nuffnang ni. Merasa juga cashout sikit2 hoho

    BalasPadam
  20. Tapi aku nampak di blog rakan2 blogger, nampak macam iklan nuffnang makin comel tapi dah malas nak pasang balik. Nak cuba2 berjinak dengan adsense dulu huhu

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra