Alangkah seronoknya hidup ini kalau dapat jadi bos dengan hanya duduk di rumah. Berpeluang mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja yang boleh bekerja sendiri tanpa perlu kita pantau. Dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga. Cuma Yang kita tahu.. pada setiap hujung bulan hanya melihat keuntungan yang masuk ke dalam akaun syarikat atau akaun sendiri.
Sumber : Klik Di Sini
Adakah keadaan seperti ini mustahil boleh berlaku?
Kalaulah betul boleh berlaku, Bagaimana caranya?
Sebenarnya keadaan ini tidak mustahil boleh berlaku. Malah sudah ramai rakyat Malaysia telah menikmati keadaan tersebut. Cuma mungkin kita masih belum menjadi sebahagian daripadanya, disebabkan kita tidak tahu bagaimana caranya? Dan tidak tahu Apakah sistem yang telah mereka gunakan untuk membolehkan mereka mencapai keadaan tersebut?
Jadi, dalam entri kali saya ingin berkongsi 3 cara nak jadi bos secara part time dari rumah. Berpeluang mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
1. Mempunyai Sistem Affiliate yang menjual produk Digital
Cara yang pertama yang dah ramai orang buat ialah dengan mempunyai sistem affiliate yang ada menjual produk digital.Dengan memiliki sistem affiliate yang ada menjual produk digital, membolehkan pemilik produk menjadi bos secara secara part time dengan hanya bekerja dari rumah. Berikut merupakan antara keistimewaan memiliki sistem affiliate yang menjual produk digital:
- Boleh memiliki agen affiliate (pekerja) seberapa ramai yang kita mahukan. Nak Sepuluh pekerja?, seratus pekerja?, seribu pekerja? dan sebagainya Tak ada masalah. Sebab biasanya pendaftaran untuk jadi ejen affiliate (pekerja) adalah percuma.
- Tak perlu nak memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh ejen Affiliate (Pekerja) pada setiap hari. Mereka boleh bekerja secara bebas untuk menghasilkan jualan. Pemilik produk hanya menunggu jualan masuk untuk menghantar produk kepada pelanggan melalui email.
- Tidak perlu menjaga kebajikan pekerja seperti sokso majikan, elaun kerja over time, elaun kehadiran dan sebagainya
- Tidak perlukan pekerja untuk membungkus dan menghantar produk ke pejabat pos untuk dihantar kepada pelanggan.
- Tidak perlu menyewa kedai atau office. Dah dapat menjimatkan kos pengurusan
- Tidak perlu kawasan atau tempat untuk menyimpan produk.
- 100% boleh dilakukan dari rumah.
- Dapat menjalankan perniagaan 24 jam sehari, 7 hari seminggu tanpa henti
- Perniagaan akan terus berjalan dan pekerja akan terus bekerja sekiranya kita pergi bercuti walau ke luar negara sekali pun
- Pemilik produk (BOS) dan ejen affiliate (pekerja) tidak terikat dengan masa bekerja dan tempat bekerja. Boleh luangkan masa untuk bekerja pada bila-bila masa yang kita suka, dan di mana sahaja kita berada.
Ya.. Inilah kelebihan yang dimiliki oleh seorang peniaga atau usahawan atau bos yang memiliki sistem affiliate yang menjual produk digital seperti ebook, video tutorial, sistem, aplikasi, domain, hosting dan sebagainya..
Anda boleh menjadi bos kepada berpuluh-puluh pekerja, beratus-ratus pekerja, malah beribu-ribu pekerja hanya dengan bekerja dari rumah.
Cuba bayangkan anda mempunyai seribu ejen affiliate (pekerja). Sekiranya setiap ejen affiliate (pekerja) anda dapat menghasilkan 1 jualan sehari, anda sudah berjaya menghasilkan 1000 jualan sehari untuk produk anda. Memang seronoklah kan dapat jadi bos macam ni..
Berikut merupakan contoh carta jualan sistem affiliate yang dimiliki oleh usahawan internet (Bos dari Rumah) tempatan..
Sumber: Klik Di Sini
Tengok gambar di atas.. Berapa ramai ejen affiliate (pekerja) yang manpu menghasilkan jualan sehingga 5 angka, 4 angka, 3 angka dan 2 angka.. Ramai bukan? Adakah mereka dipantau semasa melakukan pekerjaan mereka? Tentu tidak bukan..
Situasi yang sama juga berlaku dalam carta jualan ejen affiliate (pekerja) yang terdapat dalam gambar di bawah.. Ada ejen affiliate (pekerja) yang hampir menghasilkan 6 angka jualan. Seronoknya jadi Bos, bila dapat pekerja macam ni.
Sumber: Klik Di Sini
Tapi nak jadi seorang Bos secara part time dari rumah sehingga ke tahap macam ni memerlukan kita menghasilkan produk yang berkualiti, Copywriting (ayat jualan) yang boleh 'mencairkan hati' pelanggan.
Sebagai contoh boleh tengok beberapa laman web yang ada menjual produk digital dan turut menyediakan sistem affilate:
- PikatLelaki.com
- SuamiUnggul.com
- TipsKereta.com
- RahsiaRezeki.com
- RahsiaSedekah.com
- RahsiaSolat.com
- FormulaKurus.com
- IGKaboom.com
- AnakPintarCerdas.com
- rahsiarumahlelong.com
- RahsiaTaobao.com
- rahsiatemudugakerajaan.com
- sistemsaham.com
- rahsiaunittrust.com
- panduanmuet.com
- rahsiapenulis.com
- bisnesairbalang.com
- bisnesaiskrim.com
- bisnesburger.com
- bisnesfotografi.com
- dekorasibajet.com
- rahsiakambing.com
- ikantilapia.com
- yakjujdanmakjuj.com
- formularezeki.com
- Bukulali.com
Berminat untuk menjadi bos secara Part Time dari rumah seperti mereka?
Bolehlah berusaha untuk hasilkan produk digital anda yang pertama.. Ataupun anda cuba dapatkan produk digital yang boleh anda jual semula daripada pemilik-pemilik produk di atas.
2. Menjadi Uber Partner dengan mengajak rakan-rakan yang berminat untuk memandu bersama UBER
Cara yang kedua nak jadi BOS secara part time dari rumah ialah dengan menjadi Uber Partner dengan mengajak rakan-rakan yang berminat untuk memandu bersama UBER..
Ingat yer... Anda bukan Pemandu UBER.. Tapi jadi Bisnes Partner Uber.. Jadi BOS secara Part time dari rumah kepada puluhan, ratusan, malah ribuan pemandu UBER. Bagaimana Caranya?
Anda hanya perlu mendaftar menjadi partner UBER, dan dapatkan kod tajaan. Kemudian ajak rakan-rakan anda menjadi Pemandu UBER untuk membolehkan mereka mendapat Side Income. Setiap kali rakan anda mendaftar, mereka memerlukan kod tajaan yang anda miliki untuk melengkapkan proses pendaftaran.
Segala maklumat tentang langkah-langkah pendaftaran dan penajaan pemandu UBER ada diterangkan dalam ebook rahsiauber.com
Komisyen UBER akan dibayar setiap kali pemandu yang anda perkenalkan kepada UBER selesai melakukan 25 trip perjalanan. Tak kisahlah berapa lama tempoh yang berjaya dilakukan oleh setiap driver UBER untuk melengkapkan 25 perjalanan tersebut.
Kalau ada driver UBER yang anda perkenalkan kepada pihak syarikat mampu buat 25 trip dalam tempoh 3 hari, jadi dalam tempoh 3 hari lah anda boleh mendapat komisyen daripada UBER.
Sumber : Klik Di Sini
Bayaran akan dibuat pada stiap hari Rabu. Jadi, ada kemungkinan anda mendapat komisyen setelah pemandu UBER yang berdaftar di bawah anda melalukan lebih daripada 25 perjalanan. (Rujuk 2 gambar di atas)
Setakat ini dah ramai rakyat Malaysia yang berjaya mendapat komisyen melalui driver UBER yang berdaftar di bawah mereka. Malah ada yang dah berjaya mendapat komisyen melebihi 5 angka.
Sebagai BOS (Introducer Driver UBER) Adakah anda perlu memantau Driver-driver UBER di bawah seliaan anda?
Jawapannya adalah tidak Perlu!
Pihak UBER yang akan memantau Pemandu-pemandu UBER melalui Rating yang diberikan oleh penumpang setiap kali mereka selesaikan tugas mereka.
Sumber : Klik Di Sini
Sebagai pemandu UBER, biasanya mereka akan memberi layanan yang memuaskan dan ramah dengan penumpang, supaya mereka boleh mendapat rating yang baik daripada setiap penumpang yang menggunakan perkhidmatan mereka. Sekiranya mereka mendapat rating yang teruk, mungkin akan menghadapi masalah untuk mendapatkan penumpang yang seterusnya.
Jadi, sebagai BOS.. Anda tidak perlu bersusah payah untuk memantau pekerja-pekerja anda.. Biar pihak UBER dan para penumpang yang melakukan kerja tersebut bagi pihak anda... Tugas anda hanya perlu mengajak seramai mungkin rakan-rakan anda supaya menjadi pemandu UBER. kemudian tunggu hasilnya!
Dan yang menariknya... Sekiranya terdapat lebih ramai driver UBER yang berjaya anda perkenalkan kepada pihak syarikat, potensi pendapatan kita juga akan menjadi semakin besar.
Antara Rekod Tertinggi bayaran yang diterima oleh Introducer UBER
Sumber : Klik Di Sini
Contohnya.. Dalam gambar di atas menunjukkan antara rekod komisyen tertinggi yang diterima oleh salah seorang Introducer UBER.. Bayaran di terima 3 kali dalam masa satu bulan, iaitu pada 2 Mac 2016 sebanyak RM200, 5 Mac 2016 sebanyak RM10,000 dan 9 Mac 2016 sebanyak RM20,000.
Dalam masa sebulan boleh dapat sampai 3 kali bayaran komisyen. Cuba anda bayangkan kalau gaji anda dibayar 3 kali sebulan. Tentu bestkan? Dan Yang lebih best lagi 2 daripadanya adalah 5 angka.
Inilah keunikan buat duit dengan Rahsia UBER. Asalkan Driver UBER yang anda perkenalkan telah selesai melakukan 25 perjalanan, anda akan terus mendapat bayaran.
Lebih banyak Driver UBER yang berjaya anda perkenalkan kepada syarikat, semakin besarlah potensi pendapatan anda.. Bolehlah anda jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu di pantau!
Sekiranya anda berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang cara Buat Duit Dengan Uber tanpa perlu keluar Rumah, saya syorkan anda layari laman web ini:Inilah keunikan buat duit dengan Rahsia UBER. Asalkan Driver UBER yang anda perkenalkan telah selesai melakukan 25 perjalanan, anda akan terus mendapat bayaran.
Lebih banyak Driver UBER yang berjaya anda perkenalkan kepada syarikat, semakin besarlah potensi pendapatan anda.. Bolehlah anda jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu di pantau!
3. Pelaburan Saham (membeli Saham-saham Syarikat yang di jual di Bursa Saham)
Sekiranya anda tidak mahu lakukan cara pertama dan cara kedua, anda mungkin boleh lakukan cara yang ketiga iaitu dengan membeli saham-saham syarikat yang ada dijual di Bursa Saham Malaysia.
Membeli Saham di Bursa Saham Malaysia seakan-akan kita berkongsi hak milik dalam syarikat tersebut... termasuk hak untuk sebahagian harta syarikat, sebahagian daripada kuasa membuat keputusan, dan peluang untuk menikmati keuntungan syarikat dalam bentuk dividen tahunan.
Menarik bukan?
Sebagai sebahagian daripada pemilik Saham Syarikat, pemegang saham tidak perlu untuk memikirkan masalah-masalah yang ditanggung oleh pemilik syarikat seperti menjaga kebajikan pekerja, berhadapan dengan pekerja bermasalah, memantau kehadiran pekerja, memantau produktiviti pekerja, menguruskan produk, mencari pembeli, memikirkan strategi pemasaran dan sebagainya.
Kita tidak perlu nak memikirkan semua perkara tersebut walaupun kita menjadi pemegang saham kepada syarikat besar yang mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja. Apa yang kita tahu cuma tengok graf pencapaian syarikat-syarikat tersebut. Dan tersenyum melihat angka-angka positif yang bakal memberi keuntungan dalam penyata akaun bank anda.
Tapi, masih ramai yang takut untuk membeli saham atau menjadi BOS secara part time kepada beberapa syarikat dalam satu masa. Kenapa?
Sebab ramai yang takut mengalami kerugian!
Kesudahannya ramai rakyat Malaysia yang memilih jalan selamat dengan melaburkan simpanan mereka ke dalam Amanah Simpanan Berhad (ASB), Amanah Simpanan Nasional (ASN), Amanah Simpanan Wawasan (ASW) dan sebagainya yang kita sendiri tidak pasti bagaimana wang kita dilaburkan? Kita cuma berharap setiap tahun dividen dan bonus pelaburan bertambah. Tapi sayangnya, kebiasaannya tidak seperti yang kita harapkan.. Sebab ada pihak yang mengawal agihan bonus dan dividen tersebut.
Keadaan sudah pasti berbeza sekiranya anda membeli saham-saham syarikat yang anda kenali apa jenis perniagaannya?, di mana kedainya?, apa jenis produknya?, bagaimana sambutan pelanggan terhadap produk-produk mereka?.. Sebagai contoh saham syarikat-syarikat seperti berikut:
- Nestle
- AEON
- F&N
- Padini Concept Store
Selepas ni, setiap kali anda membeli produk-produk keluaran syarikat Nestle anda akan tersenyum... menikmati keenakan ais krim connetto keluaran Nestle di tepi pantai sambil tersenyum hingga ke telinga.. sebab ada keuntungan yang bakal anda dapat melalui syarikat tersebut..
Sekiranya anda melihat rakan-rakan, ahli keluarga atau saudara mara membeli air minuman keluaran syarikat F&N di mini market, R&R, dan di stesyen-stesyen minyak.. Pastinya boleh membuatkan anda tersenyum membayangkan Bonus tahunan yang bakal anda nikmati hasil keuntungan syarikat tersebut.
Pasti anda kana rasa teruja setiap kali mendengar berita AEON akan membuka cawangan baru.. Kalau boleh sekejap tu juga anda nak tengok cawang baru tersebut siap dan boleh beroperasi sepenuhnya.. Sebab anda juga mempunyai kepentingan di situ... ;)
Membeli pakaian di Padini pastinya menjadi keutamaan berbanding membeli pakaian di kedai-kedai lain.. Sebab anda dapat menyumbang keuntungan kepada syarikat "Milikan Bersama anda selaku pemegang saham"...
Alangkah indahnya hidup ini, apabila setiap wang yang kita keluarkan untuk berbelanja akan mengalir kembali ke akaun bank kita pada hujung tahun nanti... Fikir-fikirkanlah... ;)
Selain 4 syarikat yang saya senaraikan di atas, terdapat banyak lagi saham syarikat-syarikat gergasi yang boleh anda miliki seperti:
- Proton
- Bernas
- MSM
- Malakoff
- Johor Port
- Senai Airport
- Gas malaysia
- MMC
- Bonia
- KPJ
- dan Sebagainya..
Sumber : Klik Di Sini
Sekiranya anda nak tahu dengan lebih lanjut tentang Pelaburan Saham, saya syorkan anda melayari laman web berikut:
-> www.SistemSaham.com
Oklah... Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang 3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Peluang mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!.
Semua orang boleh melakukannya pada satu hari nanti. Tetapi dengan syarat, anda perlu mula bertindak dari sekarang. Kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. Seribu langkah hanya akan bermula dengan langkah yang pertama. Good Luck!
Info Berkaitan:
- 7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
- Komisyen Rahsia UBER Di Bayar Pada Setiap Hari Jumaat.. TAPI..
- [BUKTI] Setiap Orang Boleh Buat Duit Dengan Rahsia UBER!
- Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.
- Komisyen ke 3 Rahsia Uber
- Rahsia UBER yang perlu diketahui oleh seluruh Rakyat Malaysia!
dah banyak affiliate sekarang ni. cuma nak atau tak je
BalasPadamYa betul tu.. dah ramai sebenarnya rakyat Malaysia ni dah jadi BOS dgn hanya duduk di rumah...
Padamramai kawan yang terlibat dalam saham sekarang ni
BalasPadamBaguslah tu.. sebenarnya ramai ceo syarikat2 besar dari luar negara yg balik semula ke negara mereka telah membeli saham2 syarikat besar di Malaysia... Walaupun
PadamPerniagaan mereka tidak dapat bertahan di Malaysia.. tapi mereka masih mempunyai byk pelaburan di Malaysia..
Kita jer yg tak tahu strategi pelaburan mereka..
PadamMemang seronok bila jadi bos sendiri dan ada pendapatan yang tetap. Beli saham tu macam menarik juga kan?
BalasPadamkak mmg best kan kalo keje gitu...boleh tolong org lain dpt income
PadamWahhh hebatnyaaa... x bpe paham sgt bab afiliate nih
BalasPadamShiqeen Satar, saya pun tahu tentang affiliate ni setelah membaca buku... Kalau Nak tahu lebih lanjut tentang affiliate, boleh baca laman web ini BuatDuitBlog.com
PadamWahhh hebatnyaaa... x bpe paham sgt bab afiliate nih
BalasPadamaffiliate sesuatu yang belum dapat saya kuasai buat masa skrg
BalasPadamPuan Raihanah, tak susah pun nak belajar tentang affiliate ni... Kalau tak percaya boleh baca di sini -> BuatDuitBlog.com
Padamhaa tahu, cuma kena fokus tu yang menyebabkan belum dpt kuasai
PadamSistem affiliate dah faham sikit tapi bab saham memang OUT la
BalasPadamSaya pun sebenarnya tengah belajar bermain Saham ni.. Sekarang ni tengah baca buku dan study sikit-sikit apa yang dikongsikan dalam group Pelaburan Saham...
PadamTapi, biasanya dalam teori tak 100% sama dengan praktikal... Kalau nak faham dari segi praktikal oloklah layari laman web ini -> SistemSaham.com
wah terbaik
BalasPadamsuka affiliate ini...duit masuk jer kan. tanpa susah payah.
Umminani nak kata duit masuk tanpa bersusah payah tu taklah juga... Tapi Alhamdulillah rezeki melalui Affiliate sentiasa ada setakat ni...
PadamSejujurnya saya pun mahu jadi bos.. Apatah lagi kalau. Bos dari rumah
BalasPadamIn Shaa Allah.. Amin.. Sampai masanya ada rezeki tersebut.. Yang penting kena teruskan usaha..
PadamSejujurnya saya pun mahu jadi bos.. Apatah lagi kalau. Bos dari rumah
BalasPadamSikit-sikit lama-lama jadi bukit.. Betul juga, keep spirit!
BalasPadamYurp... Betul... Biar sikit tapi terus istiqamah... Jangan sesekali giveup..
Padamsuka baca bab ini, bila nak turunkan ilmu untuk umminani
BalasPadamIn Shaa Allah.. Dari masa ke semasa saya akan sentiasa kongsikan ilmu dalam penulisan artikel-artikel di blog saya... Kenalah rajin singgah ke sini selalu..
Padamsape tak nak jadi bos, kam..lebih2 lg dari rumah..
BalasPadamJadi bos dari rumah sememangnya menjadi idaman semua orang... Siapa yang taknak kan?
PadamSejujurnya saya pun mahu jadi bos.. Apatah lagi kalau. Bos dari rumah
BalasPadamSetuju... Jom... Apa kata kita bersama-sama berusaha ke arah itu..
PadamUntungnya jadi bos part time....
BalasPadamTu lah kan... Kena fokus sehingga mencapai matlamat tersebut..
Padamkena ada komitment tinggi macam ni income pun masyukkk..
BalasPadamIn Shaa Allah... Apa yang perlu kita lakukan ialah sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakal..
Padamteruja sgt nak tahu dan belajar regarding affiliate ni tapi xbrp nak faham sgt lagi..
BalasPadamAffiliate ni kena belajar dari mentor... Saya pun masa mula-mula buat affiliate tak ada hasil juga... Tapi lama-lama Alhamdulillah rezeki semakin bertambah..
PadamBest juga jika main saham dan berjaya...kna blajar dlu ni...
BalasPadamBest juga jika main saham dan berjaya...kna blajar dlu ni...
BalasPadamseronok jugak jadi pemandu uber tu ek..tapi xberapa sesuai plk kalau perempuan..utk keselamatan..hihi..
BalasPadamHahaha... Walaupun saya dah daftar jadi pemandu Uber, tapi sampai sekarang saya belum pernah pun ambil penumpang... Shhh.. ;)
Padamperhhhhhhh... jln untk cari wang..
BalasPadamzeo unic tu memang nama yang selalu disebut dalam dunia affiliate
BalasPadamBetul... Nama Zeo Unic sememangnya tidak asing lagi dalam persaingan cabaran affiliate tempatan..
Padamkereta estima 2008 boleh ke? uber
BalasPadamBoleh... Asalkan 2008 ke atas
Padamartikelnya bagus banget, mantap deh, trima kasih dan salam kenal
BalasPadamTerima kasih.. Semoga dapat memberi manfaat
Padammemang ramai tgk menceburi bidang affiliate...penat masa mula2 setup je kan...part setup tu kene belajar
BalasPadamBetul... Masa nak setup tu yang penting... Kena guna flow yang betul..
Padam1) Artikel blog
2) Borang opt in
3) Dapatkan trafik yang berkualiti dari google, facebook dan lain-lain
Ketiga tiga cara ni menarik. Affiliate memang best kalau ada teknik promosi yg betul. Saham pun best jugak...saya pun tengah study tentang saham skg cuma belum betul-betul faham lagi. UBER partner je baru tau bila baca artikel ni. Thanks for sharing ye...
BalasPadamKetiga tiga cara ni menarik. Affiliate memang best kalau ada teknik promosi yg betul. Saham pun best jugak...saya pun tengah study tentang saham skg cuma belum betul-betul faham lagi. UBER partner je baru tau bila baca artikel ni. Thanks for sharing ye...
BalasPadamSama-sama... Saya pun baru nak belajar-belajar berkaitan ke tiga-tiga cara ni... Secara teorinya saya tahu... Secara praktikalnya belum betul-betul master lagi..
Padamcara menarik, TOP
BalasPadamTerima kasih..
Padamcara paling mudah tuh
BalasPadamKawan saya suri rumah sambil2 tu jadi leader produk ,,wow..sekarang duit berkepok2 tau,,siap masuk tv lagi..
BalasPadamTahniah.. Boleh saya kenal siapa nama kawan Rabiahtul Adawiyah? Saya pun nak berkawan dengan di juga...
PadamKata orang kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan dapat wangian yang sama
q3d59h8k11 l4z29j5o59 g5w53m3a26 c0z32w0x88 g5b71f0x69 x9r59y0d55
BalasPadam