Sabtu, 26 Ogos 2017

Sekitar Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) ke 42 di UPSI, Tanjung Malim Perak

with 9 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 29 Julai hingga 5 Ogos 2017 yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) kali yang ke 42 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Pasukan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 42 di Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI), Tanjung Malim, Perak

Syukur Alhamdulillah... Sekali lagi saya diberi peluang untuk mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam acara catur bagi menyertai kejohanan ini..

Dalam kejohanan Catur SUKUM kali ini menawarkan 6 pingat iaitu dalam acara:
  1. Blitz Individu lelaki
  2. Blitz Individu Wanita
  3. Classical Individu Lelaki
  4. Classical Individu Wanita
  5. Classical Berpasukan Lelaki
  6. Classical Berpasukan Wanita
Kejohanan sukan yang diadakan setahun sekali ini pastinya meriah dan Hangat dengan penyertaan pemain-pemain terbaik dari setiap pasukan. Boleh tengok kemeriahan kejohnana ini dengan menonton video yang disediakan oleh UPSI TV 


Jom kita tengok pula gambar-gambar pasukan kami sepanjang menyertai Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia ke 42 (SUKUM) 42


Team Mate : Tn. Haji Sazali (Bercermin mata) Sedang pemain dengan salah seorang pemain dari pasukan UPM
Inilah Saya.. Hehehe
Terima kasih kepada yang sudi tolong ambil gambar saya..
Team Mate : Huzairi dari Politeknik Muadzam Shah... Ayam tambatan kami..
Team Mate : Tarmizi... Welcome to the Team.

Team Mate : Syiqin... Tahniah!! Walaupun Baru jadi raja sehari tapi tetap sudi join untuk support team..
Team Mate : Huda
Team Mate : Faiz bergambar kenangan dengan Ketua Arbiter kejohanan 

Keputusan Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) Kami ke 42 di UPSI, Tanjung Malim Perak

BLITZ LELAKI
Keputusan Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 42) Untuk Acara Blitz Lelaki:
  • Emas : Dr. Nasrul Humaimi (UTM) 
  • Perak : Nazli Johardy Bin Johari (UUM) 
  • Gangsa : Mohd Azman Bin Ahmad (UPM)
Sumber : Klik Di Sini

BLITZ WANITA
Keputusan Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 42) Untuk Acara Blitz Wanita:
  • Emas : Aisyah Salihah Bt Kamarozaman (UiTM)
  • Perak : Norazira Bt Ishak (UPM)
  • Gangsa : Norulaini Bt Ramly (KPT)

Sumber : Klik Di Sini

Para pemenang Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 42) Untuk Acara Blitz Wanita

CLASSICAL INDIVIDU LELAKI
Keputusan Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 42) Untuk Acara Classical Individu Lelaki:
  • Emas : Nor Azmi Mohd Nor (UiTM)
  • Perak : Dr. Mohd Haizal Jamaluddin (UTM)
  • Gangsa : Dr. Abdul Rahim Ramli (UiTM)
Sumber : Klik Di Sini



CLASSICAL INDIVIDU WANITA
Keputusan Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 42) Untuk Acara Classical Individu Wanita:
  • Emas : Dr. Norhidayah Bt Azman (USIM)
  • Perak : Marina Bt Mohamed (UiTM)
  • Gangsa : Dr. Rashidah Bt Arsat (UTM)
Sumber : Klik Di Sini

CLASSICAL BERPASUKAN LELAKI
Keputusan Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 42) Untuk Acara Classical Berpasukan Lelaki:
  • Emas : Pasukan UTM
  • Perak : Pasukan UiTM
  • Gangsa : Pasukan UUM/UPM
CLASSICAL BERPASUKAN WANITA
Keputusan Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 42) Untuk Acara Classical Berpasukan Wanita:
  • Emas : Pasukan UiTM
  • Perak : Pasukan UTM
  • Gangsa : Pasukan KPT/UPSI
Tahniah diucapkan kepada pasukan Catur Wanita KPT di atas kejayaan membawa pulang pingat gangsa..


Keputusan Rasmi Keseluruhan kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia ke 42 (SUKUM) 42 di UPSI, Tanjung Malim Perak

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, terutamanya pasukan Univerisiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana terus mendominasi pungutan pingat bagi acara ini..

Pada kejohanan kali ini Pasukan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hanya berjaya memenangi dua Pingat Gangsa sahaja iaitu menerusi acara Blitz Individu wanita dan Classical Berpasukan Wanita... 


2 pingat gangsa yang berjaya di menangi oleh pasukan KPT dalam kejohanan catur kali ini.

Walaupun belum berpeluang memenangi pingat emas, tapi alhamdulillah pasukan kami telah menunjukkan peningkatan berbanding kejohanan yang kami sertai 2 tahun yang lalu di UiTM Shah Alam..


Bergambar kenangan dengan pengurus pasukan kami Encik Saiful (Di tengah sekali) 
Encik Saiful tersenyum gembira dengan peningkatan pencapaian anak buah.. ;)

PENCAPAIAN PERIBADI SAYA??
Dalam kejohanan kali ini, Performace peribadi saya agak kurang memberangsangkan... Hanya sekadar menduduki tempat ke 13 dalam acara Blitz Individu Lelaki dengan mengumpul 5.0 mata... dan lebih teruk lagi dalam acara Classical Individu lelaki.. Huhuhu..
Minta maaf ye rakan-rakan semua.. 


Secara keseluruhannya, Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia ke 42 kali ni merupakan kejohanan catur SUKUM terbaik yang pernah saya sertai setakat ini. Tahniah diucapkan kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) selaku tuan rumah dan juga para arbiter yang telah bertungkus lumus menganjurkan kejohanan ini.. TAHNIAH!!


Video penglibatan Pasukan KPT dalam Kejohanan SUKUM 2017 UPSI

Semoga panjang umur dan jumpa lagi dalam kejohanan Catur SUKUM yang akan datang... In Shaa Allah.. 

Info Berkaitan:


9 ulasan:

  1. Tahniah buat semua pemenang dan peserta SUKUM UPSI 2017.

    BalasPadam
  2. Orang yang main catur ni ni dah latih otaknya untuk ingat step dan undur step

    Semoga tuan anuar sukses

    Banyak kelebihannya

    Saya pernah tengok dalam rancangan al khawater

    BalasPadam
  3. Tahniah bro saya paling tak suka sukan ni benci tgk catur hehehe

    BalasPadam
  4. Tahniah bro saya paling tak suka sukan ni benci tgk catur hehehe

    BalasPadam
  5. Tuan Anuar belum berjaya..

    Kehebatan tuan pada penulisan blog.

    Keep it up


    -mrhanafi-

    BalasPadam
  6. dah lama tak main catur nih... entah macam mana agaknya step dia..haha itu tipu sangat kalau tak pandai main..

    BalasPadam
  7. Memang respek la buat pemain catur sekalian. Bukan senang. Kalau yang dah tahap power tu, rasa geram pun ada. Nampak macam dia boleh predict movement kita pulak.

    BalasPadam
  8. catur ini memang pelik aku sukanya main halma atau dam

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra