Ahad, 7 September 2014

Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 39)

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 13 - 23 Ogos yang lalu, berlangsung Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia. Kejohanan pada kali ini merupakan edisi yang ke 39, dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor Bahru telah terpilih sebagai tuan rumah dalam kejohanan pada kali ini.

Seperti pada tahun lepas, sekali lagi saya terpilih sebagai atlet untuk mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam acara catur.. ;)




Acara catur diadakan pada Fasa ke 2 kejohanan iaitu bermula pada 19 Ogos dan berakhir pada 23 Ogos 2014..

Jadual Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 39)

Syukur Alhamdulillah.. Kerana diberi peluang untuk menyertai kejohanan ini secara dua tahun berturut-turut..  Walaupun pada asalnya saya terpaksa menolak, disebabkan tidak dapat untuk memberi sepenuh komitmen dalam pertandingan ini atas kekangan tugas yang lain..


Tetapi setelah dipujuk berkali-kali oleh pengurus pasukan, akhirnya saya join juga pertandingan ini walaupun tidak dapat untuk bermain kesemua game.. Mujur pula pertandingan Catur secara berpasukan, ada simpanan.. Jadi tiada masalah walaupun saya hanya bermain separuh game sahaja..

Tetapi seronok dapat join pertandingan kali ini... Selain berpeluang bermain mewakili kementerian, dapat bawa pulang sebuah beg (Line 7), 3 helai baju sukan, satu set windbreaker (Line 7) dan sepasang kasut sukan (Line 7)

Syukur ALhamdulillah dapat Sebuah beg (Line 7), 3 helai baju sukan, satu set windbreaker (Line 7)

dan Sepasang kasut sukan (Line 7)

Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada barisan pengurus pasukan Team KPM, terutamanya pengurus pasukan Catur kerana memberikan saya hadiah-hadiah ini.. Sepanjang pengalaman saya menjadi atlet catur, baik diperingkat sekolah mahupun Universiti, ini kali pertama saya dapat kasut sukan percuma..  ;)  

Bergambar kenangan Bersama Pasukan Catur Lelaki dan Wanita KPM dalam Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 39)

Gambar Kandit 1.. ;)

Jom layan gambar-gambar sekitar Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 39)


Game Pertama Pasukan KPM Lelaki menentang pasukan UKM.. Kami kalah dengan mata 
UKM 2.5 - 1.5 KPM

Syukur ALhamdulillah.. Saya menang dalam Game Pertama..


Menunggu pasukan UiTM dalam Game Ke dua

Pasukan Catur KPM lelaki menentang UiTM dalam Game Ke dua.. Kami kalah dengan mata 
UiTM 4 - 0 KPM

Saya kalah dalam Game Ke 2.. Walaupun kalah masa, tetapi kalah tetap kalah..



Dalam Game ke 3, pasukan Catur Lelaki KPM menentang pasukan UUM.. Kami menang UUM 1 - 3 KPM...

Syukur ALhamdulillah.. Saya menang dalam Game Ke 3..

Cukup setakat 3 game sahaja saya dapat berjuang bersama-sama pasukan Catur KPM pada kali ini.. Tepat pukul 12 tengahari saya dan keluarga telah meninggalkan Johor Bharu untuk pulang ke Sabak Bernam, Selangor.. Mohon maaf banyak-banyak kepada pengurus pasukan dan juga rakan sepasukan kerana terpaksa meninggalkan kalian di saat perjuangan masih belum selesai... 

Walaupun saya tidak meneruskan perjuangan sehingga ke titisan terakhir, tetapi saya tetap mengikuti perkembangan kejohanan tersebut... Dan keputusannya..

  • Pingat Emas (Lelaki) : Pasukan UiTM
  • Pingat Perak (Lelaki) : Pasukan UTM
  • Pingat Gangsa (Lelaki) : Pasukan UPM
  • Tempat ke 4 (Lelaki) : Pasukan KPM
  • Best Board 1 : UTM
  • Best Board 2 : UiTM
  • Best Board 3 : UiTM
  • Best Board 4 : UiTM
  • Best Board 5 : KPM
  • Best Board 6 : UUM


Barisan penerima pingat Best Board 1-6 (Lelaki)
  • Pingat Emas (Wanita) : Pasukan 
  • Pingat Perak (Wanita) : Pasukan 
  • Pingat Gangsa (Wanita) : Pasukan 
  • Tempat ke 4 (Wanita) : Pasukan KPM
  • Best Board 1 : 
  • Best Board 2 : 
  • Best Board 3 : 
  • Best Board 4 : 
  • Best Board 5 : 
  • Best Board 6 : KPM


Barisan penerima pingat Best Board 1-6 (Wanita)


Pingat Best Board ke 6 (Wanita)

Pingat Best Board ke 5 (Lelaki)

Pemenang Pingat Best Board ke 5 (Lelaki) dan Best Board ke 6 (Wanita) 

Walaupun kami tidak berjaya membawa sebarang pingat berkumpulan untuk acara lelaki dan wanita dalam Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 39), setidak-tidaknya kami berjaya juga membawa pulang 2 pingat individu.. 



Selamat Tinggal UTM.. In Shaa Allah kalau panjang umur dan ada rezeki, kita jumpa lagi pada Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM ke 40) pada tahun hadapan.. Dengar ceritanya UiTM yang akan menjadi tuan rumah pada tahun hadapan.. Eloklah tu.. Tak jauh dari Sabank Bernam.. ;)


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra