Selasa, 15 Mac 2016

Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 40)

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 19 - 22 Ogos 2015 yang lalu, berlangsung Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 40). Kejohanan edisi yang ke 40 ini diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Pasukan Kementerian Pendidikan Tinggi di Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 40)


Syukur Alhamdulillah... Buat kali ke 3, saya terpilih untuk mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kejohanan ini..

Team Mate : Faiz Razali (Bercermin mata) Sedang beraksi di Meja Pertama menentang juara bertahan dari pasukan UiTM 

Ketua Arbiter (pengadil) di bawakan khas dari Terengganu untuk mengendalikan keseluruhan kejohanan ini.. 

Dalam Kejohanan Catur kali ini, terdapat dua kategori yang dipertandingkan,  iaitu Rapid dan Blitz... Melibatkan 6 pingat emas dalam acara catur untuk kejohanan SUKUM 40... 

Team Mate : Tiba giliran Huzairi Husin (Team mate) beraksi di Meja Pertama menentang juara bertahan dari pasukan UiTM 

En. Sazali Sajat (bercermin mata) selaku Rakan Sepasukan Merangkap Pengurus pasukan Catur Kementerian Pendidikan Tinggi.


Game saya menentang Juara Bertahan dari pasukan UiTM.... 
Hmmmm.... Sedih betul, bila mengenangkan kesilapan yang telah saya lakukan...

Team mate Wanita.. Syikin sewaktu beraksi di meja pertama menentang juara bertahan dari pasukan UiTM..






Gambar-gambar Kejohanan yang lain... Melibatkan pasukan catur KPT/KPM 

Keputusan Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 40)

Sumber : Klik Di Sini

Keputusan Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 40) Untuk Acara Bliz Lelaki:
  • Emas : Nazli Johardy Johari (UUM)
  • Perak : Nor Azmi Mohd Nor (UiTM)
  • Gangsa : Mohd Haizal Jamaluddin (UTM)



Keputusan Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 40) Untuk Acara Rapid Individu Lelaki:
  • Emas : Nor Azmi Mohd Nor (UiTM)
  • Perak : Dr. Nasrul Humaimi (UTM)
  • Gangsa : Dr. Abdul Rahim Ramli (UiTM)

Sumber : Klik Di Sini

Keputusan Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 40) Untuk Acara Rapid Berpasukan Lelaki:
  • Emas : Pasukan UiTM
  • Perak : Pasukan UPM
  • Gangsa : Pasukan UTM

Sumber : Klik Di Sini

Keputusan Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 40) Untuk Acara Rapid Individu Wanita:
  • Emas : Aisyah Salihah Kamarozaman (UiTM)
  • Perak : Marina Mohamed  (UiTM)
  • Gangsa : Nurshahida Mhd Kamal (UiTM)


Keputusan Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM 40) Untuk Acara Rapid Berpasukan Wanita:
  • Emas : Pasukan UiTM
  • Perak : Pasukan UPM
  • Gangsa : Pasukan KPM


Pada kejohanan kali ini Pasukan KPM/KPT hanya berjaya memenangi satu Pingat Gangsa menerusi acara Rapid Berpasukan Wanita... 

Performace peribadi saya juga kurang memberangsangkan dalam kejohanan kali ini... Hanya sekadar menduduki tempat ke 17 dalam acara Rapid Individu dengan mengumpul 5.0 mata... 


Pasukan Catur Wanita KPM berjaya memenangi Pingat gangsa dalam Acara Rapid Berpasukan..

Pasukan Lelaki tidak berjaya memenangi sebarang pingat..

Menumpang kegembiraan pasukan wanita KPM

Yang Penting kita Happy... Dan telah berusaha dengan sebaik mungkin... Tapi apakan daya, kekurangan latihan dan pendedahan telah membezakan diantara kami dan para pemenang... 

Dan ada Pengurus pasukan yang sangat sempoi dan Sporting... Terima kasih Encik Sazali Sajat...

Selamat Tinggal UiTM Shah Alam.. In Shaa Allah kalau panjang umur dan ada rezeki, kita jumpa lagi pada Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM ke 41) yang akan datang..

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra