Rabu, 12 Julai 2017

Rangkaian Pak Ya

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Pagi ni pihak Google ada menghubungi saya menerusi email, memberitahu berita menggembirakan yang mana koleksi gambar-gambar yang saya upload di Google Map sudah mencapai 10,000 view.

Syukur Alhamdulillah... Tak sangka ramai juga yang sudi tengok gambar-gambar yang saya upload di google Map... 

Kemudian, dalam email tersebut juga pihak google ada memberi pautan untuk membolehkan saya melihat gambar-gambar tersebut.   

Menerusi hasil pautan tersebut, terpaparlah peta Rangkaian Pak Ya seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di bawah..


Peta Rangkaian Pak Ya, merujuk kepada link yang diberikan oleh google..


Peta sebenar. Boleh klik pada peta dia atas untuk mendapatkan view yang lebih jelas

Berikut pula merupakan Gambaran dari satelit Google tentang Rangkaian Pak Ya..

Gambaran Rangkaian Pak Ya melalui satelit Google, merujuk kepada link yang diberikan oleh google..


Gambaran Satelit sebenar. Boleh klik pada peta dia atas untuk mendapatkan view yang lebih jelas

Alhamdulillah... Dalam tak sedar, rangkaian Pak Ya semakin berkembang di kawasan Batu Gajah sehingga ke Seri Iskandar Perak.

Bermula Pak Ya Homestay 1 yang mula wujud pada tahun 2010.

Kemudian diikuti dengan Restoran Pak Ya Nasi Pandan


Kemudian diikuti pula dengan Pak Ya Homestay di Perak 2 (Rumah corner lot)



Dan yang terakhir sekali buat masa ini Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak


Syukur Alhamdulillah, sedikit demi sedikit rangkaian Pak Ya semakin berkembang.. dan semoga terus berkembang lagi pada masa akan datang sehingga mampu diwarisi oleh generasi cucu dan cicit Pak Ya nanti...

In Shaa Allah, sama-sama kita doakan...


3 ulasan:

  1. semakin berkembang nampaknya rangkaian pak ya.. semoga terus sukses legasi pak ya!!

    BalasPadam
  2. wahh.. semakin maju sekarang siap ada restauran.. semoga terus maju lagi di masa akan datang. amin..

    BalasPadam
  3. Wah sangat berkembang maju!! Semoga terus sukses Pak Ya.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra